Ibu ada followers ke??

Tuesday, July 18, 2017

Insiden menyayat hati - ohh Haziq :'(

5 Syawal..
29 Jun 2017.. Khamis
Insiden menjelang mahgrib, lepas balik dari beraya.. 
Ibu, farah & adik tengah lepak2 kat bilik. 
Tetiba ayah balik dari cerut rumput,  ayah minta air sejuk.. So ibu pesan ke kakak minta tlg jaga adik kejap.. Ibu nak buatkan air utk ayah.. 
Sampai je kat dapur ibu dgr da benda jatuh.. 
Ibu jerit ke kakak '' adik jatuh ke kakak?''
Kakak jawab tak! 
Rupa2nya bekas benang2 (gambar bawah) yg jatuh.. berterabur benang2..
Tapi kakak x kemaskan balik.. 
Ibu x ingat yg ibu ada selit 1 jarum kat salah satu benang, lepas ibu guna utk adjust baju2 raya baru ni.. Biasanya ibu x simpan pun jarum kat dalam bekas ni... Ermmm.. benda nak jadi kan..  Tetap terjadi wpun selama ni ibu berjaga2 bab2 jarum ni.  :(

Seram tgk..  Mcmana dalam masa yg singkat jarum tu boleh masuk belaka dalam kaki adik.. 
Sampai skrg mikir mcm x masuk akal.  Masuk mendatar pulak tu. 
Tu ada cebisan benang.. Baki jahit haritu sebelum  raya..
Orang kata jarum boleh berjalan dalam badan.. 
Haihhla seram betul dgr! 


Mula2 ibu terus bergegas ke kecemasan hospital Hulu Trg tapi servis agak lambat. Dgn nak xtray lagi..  Bertabahla lambatnya wpun x ramai org..  Ibu dah gelap..  Terus tinggal ke hospital Hulu,  ajak ayah terus ke KTS.. lagipun adik ada medical kad. Bila lagi nak guna kan? 


Kesian adik.. Layu je mata penat nangis.. Masa ni dah kat KTS.  Kena kejong jugak sekejap nak tarik jarum.. Haihhla..  Seksanya la tgk adik nangis.. sakit sangat la tu... :(
Dah x-tray.. dan doctor kata memang kena operate. So ibu setuju je la.. Dah konfem book bilik,  tetiba doctor kata pakar bedah masih bercuti..sampai 2 Julai.. 
Aduhla..  Macam2.. 
Then terus kita zoom ke kecemasan hospital besar kuala trg..  HSNZ.. 
servis memang bagus.. Adik diberi keutamaan..  Terus warded dan esok doctor kata masuk dewan bedah..  Ibu lega dengar.. 
Tp malam tu agak menyayat hati. Adik kena berpuasa sedangkan susu badan je la makanan dia skrg ni.. 
Kesian adik.. Dah la lapar.. Sakit lagi.. Memang ibu x nak dah igt kenangan tu kalu boleh.. :'(
Inilah jarum durjana tu.. memang agak panjang dan halus.. Jarum berjaya dikeluarkan.. 
Adik lepas keluar dewan bedah.. 
Ibu sedih ngat masa ibu iring adik masuk dewan bedah..  Adik kena bius 1 badan.. Masa adik dah x sedar tu, nurse srh la ibu kucup sebelum keluar dewan bedah..  Ibu rasakan macam adik nak pergi.. Ada risiko jugak adik buat pembedahan ni sebab dia ada selsema dan batuk.. bila wayar dimasukkan ke salur pernafasan, ia boleh menyebabkan risiko kematian kalu berlaku yg x diingini kesan drpd selsema n batuk tadi.. 
Tapi apa nak buat..  Jarum pun kena kuarkan..  Ibu kena sain surat tanggung risiko la jawabnya.. 
Lega sesangat bila ibu tgk adik masih bernafas.. 
Alhamdulillah..
Pembedahan amik masa 1jam setengah jugak.. 
Syukur semua selamat
Ni adik lepas operate..  Bad mood je muka.. 
Nurse kata lepas 4jam baru boleh bg susu..  Tp adik nampak ibu je terus nak isap susu.. Nurse test bagi minum air masak.. Ok x muntah..  Then baru ibu bagi susu.. Alhamdulillah 
Tgk mata ibu pun sebab semacam je kan.. sebab sepanjang pembedahan ibu asyik menangis jer..  Sedih woii :')




Ni hari kita nak discharge dah




Agak peel jugakla adik lepas operate..  kena dukung sokmo la jawabnya..  doh asik ngamuk nak jalan, sedangkan kaki sakit lg tu..




Terjumpa plk ngn kawan ibu masa kat jabatan audit dulu, Cik Badariah. kebetulan datang hospital tengok anak sedara sakit
2 Julai.. Ahad.. ibu amik cuti lagi seminggu selepas cuti raya.. nikmatnya boleh cuti lagi. hahah
Ni masa kita buat follow up kat klinik kesihatan wakaf tapai..  Cek jahitan adik.. 








awal2 balik umah memang ibu balut kaki.. adik ni agak buas jugakla.. bimbang terbuka jer jahitan tu.. pastu, ibu masukkan adik dalam walker supaya beban badan tu dapat dikurangkan..
tapi tu mula2 jer.. adik pandai dah keluar daripada walker tu.. ermm.. lagi la bahaya.. 
akhirnya ibu simpan jer walker ni :(
ni bekas jahitan selepas seminggu.. Alhamdulillah.. tgk semakin baik
tengokla dia.. rajin bebenor.. macam ayah dia jugak.hahah
apa yang berlaku banyak hikmahnya.. pasti..
selepas ni ibu, ayah, abang dan kakak kena lebih berhati2..


No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...