Ibu ada followers ke??

Thursday, December 25, 2014

Perlawanan Sukan @ AKMAL

25.12.2014, Khamis
Hari ni cuti Hari Krismas
perlawanan sukan round ke 2.. 
plan asal perlawanan ni akan diadakan pada 28hb tapi memandangkan tarikh itu penyelaras nak bagi kami outing, so game ni diawalkan.. :)
hari sukan sebelum ni DISINI 
so game hari ini ialah bola sepak lelaki dan bola tampar wanita..
bola tampar lelaki memang dah sah2 JUARA...DISINI
 
now, Praven, ketua Biro Sukan sedang memberi taklimat tentang game bola tampar ni..

Glamorous Garden Night | A Night To Remember

24.12.2014, Rabu malam khamis
Majlis makan malam bagi meraikan kami peserta2 Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 Siri 2/2014..
last day kat sini ialah pada 31 Dis, tapi dinner ni kami buat awal..
tinggal lebih kurang 7 hari je sebelum kami melapor diri di stesen masing2.. sob.. sob...


aktiviti mendaki gunung | Gunung Angsi Neg 9

hari yang dinanti telah tiba.. selama hayat ibu x pernah lagi join aktiviti hiking seperti ini...
19.12.2014, Jumaat petang bertolak dari AKMAL ke Ulu Bendul Negeri Sembilan..

jom belajar menembak

18.12.2014, khamis
ibu & peserta wanita lain ada kelas menembak hari ni
berdebor2 rasa nak pegang senjata + peluru hidup..
maklumlah malang ni x berbau.. ada dimana2 kalu cuai..
sebelum boleh pegang senjata, kami ada taklimat sikit..
berkaitan penggunaan senjata & keselamatan..

Wednesday, December 17, 2014

Taekwando @ AKMAL

Bersiaran lansung dari dalam dewan AKMAL...
ibu dan kawan2 sdg menjalani latihan taekwando... hari ni dan esok sahaja.. minggu depan ujiannya.. selepas balik dari panjat gunung...

Presentation & public speaking

16 Dis 2014... hari presentation assignment group ibu...
tajuk 'the importance and effectiveness of company auditing to increase national revenue'
'Auditan Syarikat dibawah Bahagian Pematuhan, JKDM'
Tempoh assignment hanya 2minggu..
dan hari ni hari utk membentangkan hasil kajian.. :)

Monday, December 15, 2014

Exam Kursus Asas Penguasa Kastam

Lintas langsung selepas tamat exam...
exam tadi start jam 2.30ptg dan berlangsung selama 1jam.
Alhamdulillah... banyak gak kuar soalan yg dijangka.. nak lulus boleh la.. nak score x kot.. huhu

Sunday, December 14, 2014

Aktiviti panjat gunung

Gambar ni adalah gambaran awal tempat kami nak mendaki nanti pada 19hb-21hb ni...
aktiviti panjat gunung... khabarnya gunung angsi di Neg 9... pastu dengar kat gunung dato' pulak.. ntahla.. yg penting buat preparation sebaiknya.. stamina yg penting.. kemudian brg2 keperluan pulak mcm sarung tangan, kasut daki, tongkat, baju hujan, energy bar, torchlight, dan plg penting makanan la....
ibu dah pesan Cik Marita belikan serunding & pos ke sini.. boleh jugak mkn dgn nasi kan kalu lauk x masak... hahaha

gambar ihsan dari pen. penyelaras yang membuat tinjauan ke lokasi sebenar
So lepas naik gunung, ibu akan update soon.. babai

Sesi Pembelajaran di AKMAL

Ni gambar2 minggu lepas...
Ihsan dari hp member ibu sebenarnya, kak amy asal dari penang... (gmbar depan ni)
Kami berada dlm dewan ni utk sesi pembelajaran hal2 berkaitan perkastaman..
sebelum2 ni biasa peserta akan dibahagi kepada 2 kumpulan dan sesi pembelajaran dibuat dlm bilik kuliah. Tapi kali ni semua peserta dalam 1 dewan je.. katanya akhir2 tahun ni ramai pegawai2 kanan bercuti... ke oversea la.. maklumla... cuti sekolah kan  :)

Taklimat Fire Drill By Pasukan Bomba Melaka

Ahad, 14 dis 2014
hari ni ada taklimat fire drill oleh Jbtn Bomba Bukit Katil Melaka..
taklimat kt dalam dewan.. then latihan kt luar dewan ni ha..

Saturday, December 13, 2014

Hari Kesihatan AKMAL & Derma Darah

13.12.2014~ kempen derma darah di AKMAL..
Pagi tu dalam pukul 9 ada ceramah berkaitan kanser... macam2 jenis kanser.. pembunuh no. 1 di Malaysia tu.. serammmm.. jauhkanlah Ya Allah....

Friday, December 12, 2014

Aktiviti di AKMAL

Sebenarnya xde citer nak up... 
xpe la.. tepek je gambar ibu & the gang utk kenang2an nanti...
lepas ni bila pulak nak jmpa kan??? Melainkan bila ada kursus bersama2  lepas ni..

Menghitung Hari

Hari2 ibu menghitung hari
Less than 20 hari nak balik dah..
Happy mmg happy tapi lepas ni kena study hard la pulak pasal gst.. sebabnya kalu ibu ditempatkan di bhgn gst, insyaAllah wajib kena bagi ceramah kat syarikat2 yg berdftr dengan JKDM for gst... aduhaii

Dalam tempoh 18 hari akan datang ni, ibu takut nak exam... nak public speaking.. nak ujian renang... hihi..
Tapi x sabar nak gi panjat gunung... can't wait.. huhu~

Tuesday, December 9, 2014

Yeayy menang!!!

Hari ni final bola tampar lelaki.. antara platun 5 dan 2...
game start 5.30ptg.. habis kelas tadi jam 5ptg..
plan petang ni ibu nak pegi training swimming... tapi demi kejayaan platun dan semangat kesukanan, ibu relakan jua menapak ke gelanggang bola tampar nak bagi semangat.. hanya 3 org geng wanita yang datang menyokong berbanding 19 orang kesemuanya.. haihh~

Monday, December 8, 2014

Dating time!!

Sabtu, 6 dis.. ayah sampai amik ibu dalam pukul 12.00tgh.. pastu terus check in hotel dulu... ayah penat drive jauh2 kan.. hihi
then malam tu ibu ajak ayah dinner kat Restoren Asam Pedas Pokok Besar ni...
kedai ni disuggest oleh kawan ibu org Melaka.. katanya kedai ni famous.. tu yg ibu nak try.. 

Saturday, December 6, 2014

yeaayyyy outing time!!

Alhamdulillah.. setelah almost 3 minggu dok AKMAL ni, dapat jugak kami outing bermalam kat luar.. walau hanya dapat 1 malam..
 
Muka riang ria ceria Aidilfitri ehhh?? x heran dah dengan muka yg sunburn teruk x hilang2 lagi nih..haihh

hati nak sangat balik Trg tapi mana la sempat kan.. tempoh outing hari ni jam 8.00 pagi hingga esok 10.00 malam.. kalu lewat kena denda ok!
kalu naik bas, malam je ada bas dari Trg balik ke Melaka.. so memang x boleh nak balik Trg..
Tapi mujur ayah nak datang Melaka!! yeayyy!! semata2 nak jumpa ibu.. sayangnya la ayah kat ibu kan?... hihihi

Tuesday, December 2, 2014

Tahniah Audit Terengganu!!!!

Semalam telah diadakan pertandingan KIK peringkat Jabatan Audit Negara...
pertandingan antara JAN negeri..
Alhamdulillah... pagi ni dpt maklumat JAN Trg menjadi JUARA!!!!!!
TAHNIAH SEMUA!!

Sunday, November 30, 2014

Jom kita bersukan

30.11.2014 Ahad.. 
sukan berlangsung antara platun..
ni gambar geng lelaki platun ibu.. platun 5..
hari ni punya game sepak takraw, bola tampar lelaki dan bola jaring..
Alhamdulillah bola tampar lelaki masuk final.. bila finalnya ibu x pasti... belum ditentukan lagi..

Saturday, November 29, 2014

Pertandingan bola jaring

Esok akan diadakan pertandingan bola jaring dan sepak takraw inter platun..
platun ada 6 semuanya..
so ptg td sempatlah platun ibu training dan susun strategi nak main esok..
chehhhh macam player kebangsaan pulak yer???
ibu tgk platun2 lain hebat2 belaka...
but its ok la.. ibu try my best wpun platun x semua kaki sukan.. tapi ada jugak yg tau main.. boleh la dari xde kan  :)
ibu main as goal attack (GA) or goal shooter (GS) esok...
Wish me luck!!!!!! Hehehe..
jom layan je gambo2 bawah ni...

Last Day Minggu Kawad | Akademi Kastam Diraja Malaysia

Alhamdulillah... maka dengan jayanya ibu & peserta2 Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 Siri 2/2014 menamatkan minggu kawad kami... yeayyyyyy!!!
amat2 lega dan merdeka!!!
Sebenarnya kawad ni bukanlah benda yang susah bagi ibu sebab ibu biasa dah berkawad sejak di sek menengah dan di universiti, join kesatria.. cuma bila usia dah macam ni, biasa la... stamina pun x macam dulu.. pakai pulak pakai kasut boot berat ni.. hadei la.. bawa badan debab ni pun dah penat, tambah lagi beban berat boot pulak.. memang la haru.. :(
selama hampir 2 minggu ibu & kawan2 melalui minggu kawad ni.. dari 20 hingga 29 Nov..
         Alhamdulillah.. kami semua diumum lulus dengan jayanya...
masa kawad ni, bukan jer diajar berkawad tapi jurulatih akan mencari pengkawad terbaik lelaki & wanita...
setiap platun akan menghantar beberapa org wakil utk diuji oleh ketua jurulatih..  bukan je kena pandai berkawad tapi mesti boleh mengkawadkan skuad juga.. platun ibu, platun 5 menghantar 2 lelaki dan 2 perempuan sebagi wakil.. termasuklah ibu.. jurulatih ibu, En Roslan kata kononnya suara ibu kuat... ye ke?  hehe..

Friday, November 28, 2014

Assignment ohhh assignment

Bersiaran langsung dari AKMAL Melaka..
Malam ni lepas isyak xde aktiviti... hanya rehat selepas seharian di stadium berkawad.. 
setel minggu kawad, minggu kuliah pulak... mula la ada assignment..
semalam group ibu dah dapat topik assignment.. so apalagi, malam ni dah start google maklumat berkaitan...
kena buat report mcm kajian tempatan la pulak.. kena bukukan dan kena present in English soon.. ermmmm... dari dulu mcm tu la aktivitinya bila baru masuk satu2 jabatan.. ermm...

Tp mata dah mula nak mengantuk ni.. cane???


Thursday, November 27, 2014

Anugerah Kecemerlangan SK Tanggol

Pada 19.11.2014, sk tanggol mengadakan majlis anugerah cemerlang...
mcm tahun sebelum2 ni, ibu pasti join saja nak bagi semangat kat sekolah tnda sokongan kita sebagai mak ayah... biar anak2 ibu x dpt anugerah apa2 pun, tp insyaAllah ibu akan join.. tapi tahun ni ibu xdpt nak join sbb ibu disini, di AKMAL Melaka.. masih berkursus.. sedih... 

Monday, November 24, 2014

Aktiviti di AKMAL

Ada calon simpanan tahun 2014 yg request supaya ibu update aktiviti di AKMAL sepanjang berkursus disini...
So ibu akan laporkan mengikut sumber yang ada je la.. dan bergantung kepada masa..
hari ke 2 dan 3, aktiviti kami hanyalah aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK),.. tujuannya supaya kami boleh kenal antara satu sama lain dalam masa yg singkat.. setiap aktiviti yang dilakukan, ahli kumpulan akan bertukar.. so lebih ramai orang yang boleh kita kenal dalam masa 2 hari jer..

Sunday, November 23, 2014

Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 Siri 2/2014 @ Akademi Kastam Diraja Malaysia, Melaka

Hari yang dinanti telah pun tiba... masa untuk lapor diri sebagai Penguasa Kastam W41..
excited pun ada... sedih pun ada.. takut pun ada...
kita bertolak dari hotel lebih kurang jam 7.45 pagi 
anak2 sibuk main kad lagi sementara tunggu ibu ayah bersiap

Persiapan nak lapor diri

alamak.. entry tertinggal.. sedikit keperluan yang perlu ibu sediakan sebelum lapor diri...

gambar passport.. ibu buat 8 keping.. kat kedai depan bustand Kuala Trg.. sangat2 murah,, hanya RM15 jer.. kualiti pun ok..

Jalan jalan Melaka | Lapor Diri

17 Nov 2014.. tarikh ibu lapor diri di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL)
16hb pagi2 kita dah bertolak dari rumah memandangkan ayah x bape tahu jalan ke sana lalu short cut..
ibu dapat maklumat laluan dari Paklong memandangkan dia sering berulang alik ke Melaka dari Trg atas urusan kerja..

Saturday, November 22, 2014

Majlis Perpisahan Bersama Warga Jabatan Audit Neg Terengganu

13.11.14 Khamis - Last day ibu keje di Jab Audit Negeri Trg (JANT)
seperti biasa, kalu ada pegawai yang akan keluar dari JANT, KESKAT akan buat majlis perpisahan utk mereka..
dan biasanya ibu la yg sibuk urus memandangkan ibu ialah Pengerusi Biro Kebajikan, tapi kali ni merupakan majlis ibu sendiri..hihi.. so sad... :(

Wednesday, November 19, 2014

Farewell dengan bff Pej Audit

Rabu 12.11.14, ibu dapat jemputan dari bff ibu nak belanja makan.. dorg offer nak makan apa.. so ibu kata mana2 pun boleh la.. lagipun kat Trg ni apa la yg ada kan.. hahaha..

antara bff ibu, Puan Nor Aisyah..  orang Johor macam ibu.. asben org Trg.. nasib kita sama.. haha.. jwtn dia Juruaudit W41.. Aisyah ni dulu junior ibu masa kat Teknik Perdagangan JB.. Then junior jgk masa buat degree di Uitm Segamat.. bilik depan2 je kat kolej tapi x mesra mana pun. Kat trg ni baru kami jadi baik sebab sama nasib kan.. dendang perantau.. hahaha

Saturday, November 8, 2014

Persiapan sekolah sesi 2015

Memandangkan ibu nak berkursus lama, ibu decide nak beli siap2 semua peralatan sekolah anak2 ibu..
memang kursus habis awal, sampai 26.12.2014 tapi ibu x nakla rushing pulak bila dah balik rumah nanti..
siap awal2 senang...
bukan ayah x boleh buat cuma ibu takut ayah salah beli jer.. maklumlah, hal2 anak ni ibu lebih arif kan?? Hehe

Lepas solat Jumaat kita gerak ke Mydin Mall Kuala Trg... Hari khamis baru ni ibu dah pegi sana sebab nak beli brg2 keperluan berkursus.. ibu tgk byk dah baju2 dan peralatan sekolah..
Tu ibu decide nak beli this weekend, beli last minute kang xde saiz la pulak.. naya..
Bab2 pilih baju dan peralatan sekolah, ibu serah kat anak2... follow je taste along & farah.. tapi mana yg x sesuai ibu x setuju la yer.. 

Tuesday, November 4, 2014

Surat cinta dah sampai

Alhamdulillah...
Hari ni 4.11.2014, Selasa..
Ibu dah dapat surat yang ditunggu2..
Tunggu tu sebab nak bawa surat ni jumpa Tuan Pengarah Kastam Negeri, nak mohon penempatan di sini... mana tau boleh adjust kan?? :)
Tadi ayah yang amikkan surat ni kat umah Makngah...
Nampak mcm x semangat je ayah nak bagi surat tawaran ni ke ibu..
Ye la kan... ibu akan tinggalkan ayah dan anak2 selama 7 minggu.. ermmm :(
Ibu akan lapor diri pada 17 Nov 2014 dan berkursus sampai 2 Jan 2015..
Lama ek??? Sian ayah & anak2 kena tinggal..
Apa nak buat.. nak senang kena susah dulu kan??? Pengorbanan ibu dan anak2 juga utk masa depan kita yg lebih baik..
InsyaAllah...
Ya Allah, jagakanlah suami dan anak2ku untukku...
Aamiin...
Alhamdulillah
GOOD BYE AUDIT, SEE U KASTAM :)

Thursday, October 30, 2014

WELCOME anak sedara baru!!!

Alhamdulillah...
23.10.2014, Khamis... ibu dapat anak sedara baru.. its a boy!!
diberi nama Muhammad Zakir bin Mohd Sufian.. sempena nama Dr Zakir Naik, pendakwah terkenal dunia..


:: Appointment Along lagi ::

 Sejak along disahkan sakit VesicoUretericReflux (VUR) ni, hospital ni dah macam rumah kedua kita..
tiap2 bulan ada appointment di HSNZ Kuala Terengganu, dan 2 bulan sekali di HTAA Kuantan..

Tuesday, October 28, 2014

Penguasa Kastam W41

Alhamdulillah.... Syukur..
 rezeki nak dapat post W41 baru datang tahun ni.. 2014..
sebenarnya ibu adalah calon simpanan bagi jawatan ni 2 tahun yg lepas.. Entry DISINI  

Tuesday, October 14, 2014

makan makan secret recipe

 tetiba rasa nak makan fav food ibu, 'tomyam kung' @ secret recipe.. mujur dekat jer dengan opis ibu.. member2 lak 1 kepala..
 senget mulut2 tunggu makanan lambat sampai.. haha

Thursday, October 9, 2014

:: Raya Haji 2014 ::

Check out De Rhu Beach Resort, Kuantan -->  check in umah atok pulak di Kluang...

Raya Haji tahun 2014 ni memang giliran kita beraya di Johor
tapi disebabkan ibu sibuk fikir pasal kursus, pasal along masuk wad ke x, sampai ibu pun lupa Ahad minggu depan lepas mggu berkursus ni rupanya dah Raya Haji..
dengan x plan anak2 akan stay resort sampai khamis lagi, memang la xde standby baju raya pun dalam beg.. haihh~

~ Kursus paling BAHAGIA seumur hidup ~

 29.9.2014 - 2.10.2014, Isnin - Khamis
ibu kena join kursus mengenai pengauditan Prestasi berasaskan ISSAI ( Zon Timur) di De Rhu Beach Resort, Balok, Kuantan..
seramai 13 orang staf dari JAN Trg, 15org dari JAN Kelantan dan 30 orang dari JAN Pahang..
28hb kami dah gerak ke Kuantan, waktu checkin jam 3.00 petang..

Nak dijadikan cerita, 29hb kebetulan along ada appoinment di HTAA, Kuantan...
So ibu bawa la anak2 sekali.. in case along masuk wad, ayah akan tunggu along di wad dan farah ikut ibu stay kat resort...
ibu ada booking 1 bilik lain di De Rhu untuk 1 malam jer..
 Masa ni kami sampai awal resort awal.. dalam pukul 1.30 tengahari..
pendaftaran kursus masih belum dibuka.. so kami pun ke Teluk Chempedak dulu sementara tunggu pukul 3.00 petang

Tuesday, September 23, 2014

Sunday, September 21, 2014

Makan Gulai Lagi | Cuti Sekolah

Cuti sekolah akan tamat 2 hari lagi tapi majlis kawen/makan gulai tetap ada..
hari ni Jumaat, 19.9.2014, kita ke majlis opismate ibu, juga satu seksyen iaitu En Saiful.. satu2nya staf Audit yang belum kawen..
tapi hari ni majlis kat umah isterinya.. majlis kat umah Cik Saiful esok tapi kita x dapat nak attend sebab kita akan ke Felda Jengka, hantar Kak Nurul ke rumah abe Wan...

 lepas solat Jumaat kita gerak ke rumah Cik Saiful

Wednesday, September 17, 2014

16 SEPT 2014 | HAPPY MALAYSIAN DAY!! | mandi manda

 15.9.2014, Isnin 
hari ni adik ikut ibu gi opis.. sebabnya hari ni kat opis xde orang..
sebahagian outstation dan sebahagian mengikuti rombongan ke Kelantan menghadiri majlis perkahwinan seorang staf Audit..
ibu malas nak join sbb tengahari nanti nak tengok along kat hospital..
gambar bawah ni ibu ajak adik sarapan pagi kat bustand Kuala Trg..

Sunday, September 14, 2014

derma darah lagi | HSNZ

 14.9.2014 Ahad..
rutin ibu bila along ada di wad.. jam 12.30 tengahari ibu dah gerak ke hospital
lepak2 kat katil along, borak2 ngan ayah.. maklumlah lama x jumpa.. ooopppsss :)
jam 2.00 petang, time nak balik opis, dengar announcement tentang derma darah...
apalagi, amik peluang la...
hari tu sehari sebelum bulan puasa x boleh nak derma sebab x cukup 6 bulan lagi dari tarikh terakhir derma...
jom kita derma!

Selamat Pengantin Baru | Nurul Syahidah Manaf | Telok Kalung Kemaman

Ibu dah janji nak post entry penuh majlis Kak Nurul kan??
ibu dah dapatkan gambar2 dari hp ayah tapi x banyak mana pun.. chehhh :(
jom r layan je mana yg ada.. hehehe

along masuk wad lagi

10.9.2014, Rabu
pagi seawal ibu pegi keje, ayah & along ikut sekali ke bandar..
Ayah nak hantar along ke hospital besar Kuala Trg, HSNZ sebab demam.. menggigil2 badan along..
demam sejak semalam, tapi dah bawa pegi klinik 1 Malaysia, cek tekanan darah pun ok cuma suhu badan along kejap ok, kejap panas semula...
tu yang decide nak bawa ke HSNZ terus, bimbang demam disebabkan penyakit yg dah sedia ada tu...
along menggigil2 kesejukan,, tu ibu peluk erat2 tu.. kesian along... memula pegi ke Pediatrik dulu, lastly kena pegi ke kecemasan pulak sebab doktor xde kat Pediatrik..

Hari Sukan Audit | sesi pemilihan di Wisma Audit Kelantan

 11.9.2014, Khamis
Ibu & beberapa staf Audit Terengganu pergi ke Audit Kelantan untuk pemilihan pemain pantai timur, wakil ke Hari Sukan Audit yang akan diadakan di Kedah pada 21.11.2014 nanti..
Seawal 7.00 pagi kami dah gerak ke Wisma Audit Kelantan dgn menaiki 3 kenderaan jabatan kesemuanya..
Pemilihan dibuat di Kelantan sebab Pengarah Audit Kelantan telah dipilih menjadi Ketua Kontinjen Pantai Timur.. tu yg buat kat sana tu...

Tuesday, September 9, 2014

Aktiviti Pra Sekolah SK Tanggol | KFC Kuala Berang

 20.8.2014, Rabu
ibu lupa nak post entry ni, adik & kawan2 pra sekolahnya pegi makan kfc kat bandar Kuala Berang..
Aktiviti ni cikgu buat untuk meraikan hari lahir anak2 muridnya..
Dan kebetulan pada hari ni, ibu & ayah bawa along ke HKL untuk ujian DMSA Scan...
ibu memang saja suruh adik bawa kamera & minta tolong pembantu pra, Kak Tie amik gambo untuk kenang2an adik nanti...

Sunday, September 7, 2014

Exam Online Kastam 2014 --> Contest Mewarna @ PPAT

Entry sebelum ini, ibu ada cerita akan seat exam lagi utk Penguasa Kastam W41 .. DISINI..
persiapan untuk menjawab exam pun telah dibuat seawal 3,4 hari sebelum 6 Sept..
tup tup... 5.9.2014, jam 7.39 petang ibu dapat email dari pihak SPA mengatakan yang ibu dikecualikan daripada seat exam keesokan harinya memandangkan ibu adalah calon simpanan bagi jawatan tersebut...
memula dapat email mcm x percaya kan.. ye la, bukan opis hour.. tetapi bila ibu tanya kawan2, betul la tu agaknya..
dengan email tu di 'cc' kpd 'orang kuat' SPA dan calon2 simpanan yang lain lebih kurang 80 orang... 



aksi Farah Aqilah ber'shawl'

 Sedang ibu leka testing2 tudung bawal ibu baru beli, datang minah tembam ni nak pakai shawl..
katanya nak pakai macam ibu pakai pegi keje..
so ibu layankan je la..
kebetulan ada 1 shawl bersaiz kecil bagi ibu..  lain2 dah selamat mendapat tuan baru.. hehe

Monday, September 1, 2014

Majlis Menyambut Menantu | Shah Alam

 30.8.2014, Sabtu
Seawal 7.00 pagi bertolak dari rumah ke rumah ayahteh untuk naik bas, rombongan ke Seksyen 17, Shah Alam, menghadiri majlis persandingan Kak Fiza di rumah keluarga suaminya..
Majlis Kak Fiza hari tu kat Trg pada 7.6.2014.. Entry DISINI
  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...