Ibu ada followers ke??

Sunday, December 27, 2009

Mini BirthdaY paRtY for HaiQaL

Happy birthday along sayang....Akhirnya terlaksana jua keinginan ibu nak buat majlis hari jadi untuk along...Majlis bermula jam 3ptg..Tapi nak tau apa terjadi??..masa tetamu dah ada yang datang jam 3ptg, along n farah masih lena diulit mimpi dalam buai masing2..ibu nak kejut x sampai hati tp kalu x kejut, x berjalan la majlis kan...akhirnya ayah pun kejut kalian berdua..along terkejut gak la tgk org ramai dh kat umah dia..bila along dah bersiap2, ibu kejut lak si farah...farah lak xnak mandi sbb dia masih pening2 lalat lagi..haha..menangis dia ibu bwk gi bilik air...tapi pas pakai baju cantik2, ok je..tu yang bila tgk gambar along nak potong kek nampak mereka berdua ni cam dibuai mimpi lagi tu...huhuhu


Antara kawan2 opis ibu yang datang ialah aunty nora n aunty yan...thanx a lot coz dorang sanggup datang walaupun lewat sikit (pas asar) sbbnya ada hal masing2..aunty nora gi hantar adik bongsu dia bertunang, aunty yan lak cuci umah baru...anyway, thanx again..


Hadiah birthday??jeng..jeng..ibu x harap pun hadiah dari tetamu..asalkan dorg nak datang pun dh cukup bagus..wat meriah majlis..bagaimanapun, antara hadiah yang along dapat ialah seperti pelampung (aunty nora bg sbb dia tau ibu hadiahkan along kolam mini), robot transformers (drpd aunty yan), senapang n tabung (drpd kwn ayah) dan 'something surprise' drpd makcik (msh order, x dpt lg)...hadiah apa la tu ye sampai ber'order' sakan..anyway thanx kpd tetamu yang hadir...walaupun it's juz mini birthday party, but ibu so happy n ibu dapat rasakan 'cutie pie' ibu pun happy gak..hahahah..
'cutie pie' ibu

makcik, ayahcik,ayahlong n cucu ayahlong..


kek 'ultraman gaia' along..



'goody bag' untuk kawan2 along yang datang...

Antara kawan2 yang datang..

Apa la yang dibualkan along dengan ayah tu..Demo senapang baru tu kot..

Wednesday, December 23, 2009

happy 3rd birthday along...

Happy birthday sayang.....sebenarnya hari ni, 23.12.09 merupakan hari lahir along yang ke-3.. ibu doakan semoga along sentiasa sihat, semakin cerdik, semakin handsome & cute but kurangkan buas/'over active'..hehe..

Semalam ibu dah belikan hadiah sempena birthday along...hadiahnya jeng...jeng..jeng..mini swimming pool..not sooo expensive but it can make along happy..the price is RM39.90..huhu..ibu cari yang besar sikit supaya adik pun boleh join sekali..balik je dari kerja, ibu tunjukkan hadiah tu kat along..bila along nampak je gambar kat sampul plastik tu, along terus kata ''nak mandi sini''...erm..apalagi, ayah pun pam la swimming pool along tu...mmg x ingat..along mandi sampai maghrib...itupun bukan stop mandi dengan rela hati, tapi ibu takut2kan dia mandi ngan hantu raya n ibu nak tutup lampu..baru la dia nak naik..hahaha
InsyaAllah, birthday along akan diadakan pada jumaat ni, 25hb jam 3ptg..ibu plan nak sambut kat kfc tapi makcik bagi cadangan wat kat umah jer untuk save budget..makcik nak wat nasi minyak...so, what can i do..ibu juz follow sbb nak jaga hati semua org..huhu..entry for along's birthday party will be post later..




video

Tuesday, December 22, 2009

Anakku Joget

Lihatlah anak2 ibu yg suka joget..huhu..Actually farah yang sangat suka joget..pantang dengar lagu yang rancak2 sikit, mesti goyang terus badan tu..x kira la pagi ke, ptg ke, baru bangun tido ke, lepas nangis ke, kalu dgr lagu rancak mesti goyang satu badan..Along lak juz ikut2 farah jer...joget along ganas & merbahaya..boleh mencederakan farah..hahaha..mana taknya, joget macam nak bertinju...Actually along x suka pun joget2 ni, dia lebih prefer bergomol/berlawan ngan sesapa la especially ayah dia..kdg2 ibu pun jadi mangsa gak tp disebabkan ibu ni jenis x berapa nak melayan, tu yang dia suka bergomol ngan ayah dia tu..ni penangan ultraman gaia la ni..kalu dh tgk ultraman, duduk depan tv x gerak2..itu je la masa along dok diam, selain tido..hahaha..

video

Thursday, December 17, 2009

ibu + new sun glass

sempat lagi bergaya sebelum memandu..huhu..panas la...bukan bergaya k..

Sunday, December 13, 2009

Last Weekend..

Weekend merupakan saat yang ibu nantikan sebabnya ibu dapat spend all the time with along n farah...Jumaat lepas, pagi2 lagi ibu,ayah bersiap nak hantar farah gi berubat kat padang midin.. cam biasa la farah start wat konsert bila terpandang je wajah orang yang mengubat dia..masih ingat lagi dia..tu belum pegang lagi...2 kali percubaan dilakukan oleh pakcik tu nak betulkan tulang pipi farah tapi tetap x berjaya sebabnya dia x sampai hati tgk farah menangis...dia x boleh nak teruskan..katanya rasa mcm nak terkeluar je air mata tgk farah menangis...apa nak buat farah..ibu pun terima alasannnya..mmg ibu pun sedih tgk keadaan farah..pagi ni ada senior ibu bgtau satu tempat nak merawat sakit cam farah ni..anak dia pun ada kena gak tp anak dia dah 26tahun..tu yang mudah nak buat...Rawatan cina..ala-ala akupuntur la tp x guna jarum pun..3 kali rawatan, Alhamdulillah Allah izinkan anak dia kembali normal..besar harapan ibu agar farah pun kembali normal mcm dulu.....amin..
Malam tu pulak kita gi hantar cik ain n maksu naik bas balik ke Kluang, Johor..ibu rasa sedih gak sbb masa dorang ada, rumah kita ceria sikit..bila dorang dah balik, keadaan seperti sediakala..x semeriah kalu dorang ada..erm....apa nak buat, mereka nak habiskan baki cuti dengan nenek dan nak bersekolah..hari Sabtu lak ibu x kemana-mana..just dok umah, relax n layan karenah nakal along dan karenah manja si farah...
along yang nakal
farah yang manja

Thursday, December 10, 2009

jalan2 ke masjid kristal

Semalam, 9.12.09 ibu cuti kerja sbb hantar farah berubat pada sebelah pagi..petang tu selepas asar ibu, ayah, farah, cik ain n maksu gi jalan2 kat masjid kristal..cik ain n maksu nak sangat tgk masjid kristal..ibu x bawa along sbb along kat rumah makcik..dalam kul 6.30ptg kami pun bertolak balik rumah...




happy anniversary ke-6


7 Disember 2009 yang lepas merupakan hari ulangtahun perkahwinan ibu n ayah yang ke 6 tahun...ibu beli kek sebagai mengingati ulangtahun tersebut..ibu xtau nak beli kek patern apa..tp memandangkan along suka sangat upi & ipin (selain ultraman gaia), ibu pilih kek gambar upin & ipin. masa along tgk gmbr upin & ipin tu, apalagi...x sbr nak potong kek...walaupun tu kek ulangtahun perkahwinan, tp kami nyanyikan lagu ''selamat hari jadi" kat along n farah..terkeseng2 along malu...but actually birthday along pun dah x lama lagi iaitu pada 23 disember ni...insyaAllah kita akan sambut di KFC kot...huhu

KesiaN AnaK iBu-Farah AqiLah

tgkla gambar farah yang atas ni..Actually masa raya korban baru ni, farah jatuh daripada kerusi kat rumah kita.pipi dia tersembam kat lantai rumah. mula tu xde berlaku apa-apa perubahan pada farah..masa jatuh tu, farah hanya nangis sekejap, n terus senyap bila ibu bagi susu..pastu dia main semula..tapi selang seminggu, berlaku perubahan pada farah...bila dia ketawa atau nangis, mulut farah akan senget..macam dalam gambar kat atas..ibu risau..ibu n ayah bawa farak ke klinik, doc kata sakit ni berkaitan dengan saraf..ia penyakit sementara n akan hilang sendiri..doc bagi vitamin. doc kata ini bukan berpunca daripada jatuh..tapi biasanya kalu penyakit ni terjadi, budak akan pengsan..tp doc hairan sbb farah aktif cam biasa..balik dari jumpa doc, ayah ajak berubat kg...orang yang ayah ajak gi jumpa ni mmg mengubat sakit2 yang berkaitan dengan tulang. ayah pun pernah berubat dengan dia sbb kaki ayah pernah patah dulu...alhamdulillah, rezki Allah, kaki ayah dh ok skrg..tu sbb ayah nak cuba berubat dengan dia..kata org tu, biasa kes mcm ni mudah je nak pulihkan semula sekiranya pesakit org dewasa..masalahnya sekarang, farah menangis bila orang tu pegang muka farah..jadinya susah nak adjust tulang/rahang farah ni..bila org tu nak tolak naik, farah nangis n menyebabkan ia turun balik..tambah lak dengan suara tangisan farah yang menyayat hati..membuatkan org tu jadi kesian pun ada..kata org tu, buat berperingkat2..InsyaAllah, dengan izin Allah farah akan sembuh sbb kata org tu tulang budak kecik lembut lagi..mudah nak betulkan...ibu harap farah akan pulih macam dulu..

Gmbar kat atas ni lak ialah gambar farah jatuh pada malam selepas dia berubat pagi tu...erm, anak ibu ni aktif n sangat berani...farah panjat kerusi kecik kat rumah makcik..padahal ibu n ayah dah kawal sebaiknya tapi nak jatuh jugak,nak wat camane..bibir lak jadi bengkak...kesian ibu tgk farah..ibu rasa nak cuti kerja je hari ni nak jaga farah tapi xboleh sbb ibu byk keje...semalam dah cuti sbb pegi berubat farah..nanti apa pulak kata bos....walaupun bos ok, tp ibu segan sokmo2 minta cuti..ibu doakan farah cepat sembuh seperti sediakala..amin..

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Actually baru semalam opis ibu ada internet...so baru hari ni leh update entry sal raya haji yang lepas, 27.11.09...Kita sekeluarga x ke mana-mana...hanya stay kat rumah memandangkan paklong dari Melaka akan datang ke rumah kita bersama ngan cik ain n maksu. Cik ain n maksu akan bercuti panjang kat umah kita memandangkan mereka cuti sekolah..cik ain nak naik ting. 5 tahun depan manakala maksu nak naik ting. 3...sorang nak amik PMR n sorang lagi nak amik SPM..Anyway, gud lak to u all...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...