Ibu ada followers ke??

Sunday, July 11, 2010

along ibu...

along lead kami menyanyi lagu ''burung kakak tua''
along & ibu sedang menyanyikan lagu ''ibu,ibu, engkaulah ratu hatiku''

along buat lawak
along bertukar menjadi ultraman

Alhamdulillah, along sekarang dh berjaya x pakai pampers pada waktu siang....pandai dh bgtau ibu kalu nak berak & kencing... cuma basuh berak je x pandai lagi...tapi mesti kena pandai basuh berak sebelum awal tahun depan sbb along akan masuk pra sekolah... teringat masa along mula2 diasuh x pakai pampers pada waktu siang..

kadang2 along terkencing dalam seluar,
ibu: nape along kencing x bgtau....
along : ibu la x pakaikan pampers...

kadang2 tu, bila along dah terkencing dalam seluar dan ibu dh bersihkan, ibu akan pesan kat along semula,
ibu:lepas ni kalu nak kencing ke, berak ke, kabo eh...jgn kencing dalam seluar lagi...nanti ibu marah..
along: ibu, saya nak pakai pampers boleh x??
ibu: x boleh, nanti kalu gi sekolah cikgu marah..along nak sekolah kan??
along: nak..

kadang tu along kata nak berak tp bila ibu hantar ke bilik air, x berak pun...lama gak ibu tunggu...dan berkali gak along wat mcm tu...pastu ibu marah,
ibu: along x berak pun...nape cakap nak berak??
along: ibu, boleh x saya nak berak dalam pampers??
ibu: ok la (ibu kesian lak kat along)..ibu rasa, mybe along x biasa x berak kat pampers..
hahaha..kelakar kalu diingat2..

dan sekarang ni bila dh pandai bgtau nak berak & kencing, dia lak ajuk kata ibu,
along: ibu, kalu nak berak ke, kencing ke, kabo eh...
ibu: aik, ibu pun kena gak ke??
along: hehehe

adik lak, sibuk gak kabo ke ibu,
adik: ibu, adik 'cing'..(sambil pegang pampersnya bhgn depan/belakang..berak pun dia ckp 'cing' gak..)
ibu: adik xpe la...adik pakai pampers..

erm..bila ingat2 balik, memang ssh gak nak ajar anak lepas pampers...mesti ada sekali dua terlepas merata....cuma setakat ni x pernah lagi la along terberak...cuma terkencing jer..mudah utk dibersihkan..hehe.. next, nak try lepas pampers pada waktu malam pulak...setakat ni, x berani lagi..huhu

at last, my decision is....

Actually, ibu dah buat keputusan untuk bertukar secara pinjaman ke MDHT....Post Penolong Juruaudit dah lama kosong...baru sekarang ibu rasa confident nak bertukar ke sana...Byk pro & con kalu ibu bertukar ke sana tapi ibu nekad bertukar sebab ibu malas nak drive jauh ke tempat keje setiap hari, selain mencari pengalaman baru...Antara pro & con ialah:

Pro:
  1. MDHT dekat dengan rumah...x sampai 10minit perjalanan.
  2. Gaji ibu naik 3 tangga kenaikan..but gaji ibu akan kurang RM100 sbb COLA kat daerah hanya RM100.
  3. Ibu boleh save duit minyak kereta..
  4. Kuasa membeli jugak menurun sebab kat Kuala Berang xde pasaraya..so, ibu boleh save duit ibu..
  5. Ibu hanya bertanggungjawab kepada YDP...hopefully YDP senang dengan kedatangan internal auditor...lagi pun dia yg request kan...
  6. Tahun 2011, along start sekolah..ibu boleh hantar sendiri...silap2 leh amik gak after waktu sekolah..
  7. Menambah pengalaman di tempat lain..
Cons:
  1. Perjalanan ke tempat keje yg lama...almost 1 jam sehala..malas nak drive pegi balik hari2..
  2. kena bangun pagi seawal 6pg..
  3. Tempoh maksimum pinjaman hanya 5tahun, dibuatnya dlm tempoh tu ibu x naik pangkat atau x dapat W41, kebetulan lak JAN Trg dah penuh, mana lah ibu kena transfer.... (hopefully ibu dapat W41 atau naik pangkat dlm tempoh 5tahun ni)..
  4. Habis tempoh tu kalu ibu xnak kuar MDHT boleh, dengan cara ibu jadi permanent staff MDHT...but, sampai bila ibu nak dok post diploma, sedangkan ibu ada degree...sgt rugi..
  5. Ibu bekerja seorang diri sedangkan di JAN ibu keje by group..but, ibu boleh mohon seorang pembantu drpd MDHT..
  6. Ibu dengar cerita drpd senior staff Audit, MDHT byk masalah lbh2 lagi penyata kewangannya... itu merupakan cabaran utk ibu...insyaAllah ibu akan buat yg terbaik utk kebaikan MDHT..
Status sekarang, ibu telah siapkan surat tukar bertarikh hari ini, 11.07.2010 dan proceed to forward to PAN...hopefully keputusan yang ibu ambil adalah tepat dan tidak akan membuatkan ibu menyesal kemudian hari......amin..

chaiyokkk..


Wednesday, July 7, 2010

Family Day Jbtn Audit Trg @ Gem Beach Resort

Pada 25-26 Jun, family day jbtn ibu telah diadakan di Gem Beach Resort, K.Trg..Kami bertolak dalam kul 11.00++ pagi dan sampai dalam kul 12.00++.. Lepas check in, ibu order makanan untuk lunch kita...

Lepas waktu Asar, acara sukaneka akan dimulakan.. Tapi ibu tersilap bawa turun along & farah awal 10 minit... Kebetulan lak lalu kat swimming pool... Mulalah along tersengih2 kambing nak terjun dalam kolam... ibu kata sabar dulu, kita rebut gula2 dulu, tp along start dah wat muka.. ibu terpaksa la mengalah.. buka semula baju sukan along & farah dan biarkan mereka mandi untuk 5 minit..

Then bila sukaneka dh nak start, ibu pujuk along naik sampailah akhirnya along terpaksa akur dgn kehendak ibu... ibu pakaikan semula baju sukan along & farah.. time nak rebut gula2 tu, mcm2 hal...along wat peel lak xnak rebut gula2...akhirnya, hanya sebiji yg along dapat sbb bila along kutip masuk dalam baju, baju dh terkeluar drpd tracksuitnya.. maka, jatuhlah gula2 itu..huhu xpela along, ni 1st experience..

Seterusnya, game lain lak...tp masalahnya along wat hal main kat tempat2 pelik...akhirnya ibu wat keputusan supaya bagi along & farah mandi kolam drpd wat peel pelik.. ibu dan ayah langsung x dapat nak join sukaneka.. apa nak wat... along & farah mandi sampailah pukul 6.30 petang... itupun, ibu wat mcm2 supaya along nak naik...

Lepas Maghrib, dinner akan bermula pada jam 8.00mlm..... malangnya, along & farah tido...camane kami nak gi??huhu...akhirnya ayah mengalah...ayah nak tunggu anak2nya dalam bilik jer...so, ibu pun order la makanan utk ayah..ibu lak gi dinner...tp hanya 10 minit je ibu duduk sblm mkn, ibu dpt kol dari ayah, bgtau yang farah nangis mencari ibu..mana xnya, selama ni tido 'gombeng'.. bila farah tersedar ibu xde, off course la terus wat konsert...x laku dh pujukan ayah..

akhirnya, ibu pun x dapat nak dinner ngan staf lain...& ibu terpaksa order gak makanan hantar ke bilik...apa nak wat...ada anak kecik , mcm tu la.. malam tu jugak, ayah diserang sakit perut & cirit birit dari pukul 12++ hinggalah ke pagi..mmg x boleh nak tido..ayah demam dan sakit pinggang...ayah bgtau ibu yang dia xtahan sgt dh.. dalam pukul 6 pagi, ibu terpaksa kejut along & farah untuk mandi dan check out dalam kul 7.00 pagi....ibu kesian tgk ayah sakit...ibu nak hantar ke hospital..

on the way balik, sampai je kat airport, ayah srh ibu stop keta kat tepi jalan..ayah srh minta pertolongan drpd org sbb kaki & tangan ayah mula kejang...ayah takut sesuatu yg buruk berlaku kepadanya..ibu pun tahan motosikal..penunggang motosikal & kawannya membantu ayah untuk berdiri dgn betul...kemudian ibu kol 999 utk bantuan kecemasan...kurang 45 minit, ambulans pun dtg & bw ayah ke hospital besar k.trg... ibu lak follow ambulan sampailah kat hospital.. menurut doktor, ayah keracunan makanan..byk air dh keluar drpd badan ayah..itu sbb ayah menjadi lemah... 10 botol air dimasukkan ke badan ayah...Alhamdulillah, setelah di tahan di wad selama 2 malam, kini ayah sihat seperti sediakala... ini adalah pengalaman yg paling tidak dpt dilupakan...mujur anak2 ibu x buat hal sewaktu ayah sakit..mereka seolah2 faham dgn situasi ketika itu..apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..kasih syg kami semakin kuat & erat setelah apa yg berlaku..semoga kami dijauhkan drpd bencana...amin..

bilik kami di gem beach resort

anak2 ibu dgn keletahnya
along & farah yang over aktif
kami nak bersukaneka
x sempat tunggu sukaneka habis, terus mandi kolam

video

Jumpa kawan lama

Lama rasanya ibu x post something di blog ibu ni... sifat malas sangatlah menebal..dan hari ini ibu rasa nak update blog ibu...

Actually, lama dah kawan ibu ni dtg trg..pada 19 Jun yang lepas... namanya Ainna.. Dia org kajang, kawen ngan org Kedah.. Hubby dia freelance photographer.. kebetulan weekend tu hubby dia ada keje kat kuala trg..tu yang kami amik kesempatan nak jumpa tu... sudah hampir 7 tahun kami x jumpa sejak kami grad diploma in accountancy di uitm segamat..after that, ibu sambung degree terus kat u yg sama tp kawan ibu x sambung...& now, after married n dah bekerja, dia further study secara pjj.. hopefully, she will success in whatever she is doing... chaiyokk aunty ainna!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...