Ibu ada followers ke??

Wednesday, July 29, 2009

berpindah opis


Yang menyebabkan ibu tetiba nak masukkan entry ni ialah kerana ibu akan berpindah ke opis baru di kompleks paya keladi..dekat ngan bustand k.terengganu...hanya seksyen Syarikat, BBN, BBP dan PBT yang terlibat untuk berpindah..ibu di seksyen Syarikat...sebelum ni semua seksyen ditempatkan di Wisma Persekutuan tp memandangkan staf dah bertambah, keadaan opis di wisma semakin crowded, tu yang terpaksa menyewa di bangunan kompleks paya keladi..start 2.8.09 ibu akan berpindah..yang bestnya pindah kat sana sbb dekat dgn bank, kedai2 spt kedai baju batik, kedai baby,kedai kain Devandas, KFC, Mydin, bustand (kat atas bustand ada jual tudung & kain pasang) dan juga tidak ketinggalan Pasar Payang..huhu...tp yg x bestnya ialah xde line internet lagi...mybe hujung tahun baru psg line internet..adoyai, mesti la ibu xleh nak update blog ni...kecuali ibu gi cc...kat rumah xde line internet..erm...ibu penin memikirkan...hua..

Monday, July 27, 2009

PLaYgRouNd LaGi

Pada 26.07.09, ibu amik cuti sehari sbb penat balik dari menghantar keta cik salim di JB...jadi, memandangkan kami x bawa along gi JB, ayah decide nak bawa along gi bermain kat playground di TTI..ayah suka gi playground ni sbb x ramai org, udaranya yang nyaman, byk tmpt parking dan kawasannya luas.. jadi, along bebas nak bermain..

kami bertolak dalam pukul 4.30ptg..dalam perjalanan ke sana, along wat hal...dia be*ak cair..siap tembus lagi kat seluar dia....kami dah konfius..ibu cuma bawa diapers je...x bawa plak baju spare sbb sebelum ni x pernah lagi jadi camni...ayah siap patah balik, x jadi gi..lastly, lepas tkr diapers along kat station myk petronas, ibu ajak ayah singgah pasaraya Nirwana (dlm perjalanan ke playground tu) utk beli seluar along..kesian pulak kat along kalu x jadi gi sbb kami dah cakap dgn dia pagi2 lagi nak ajak gi playground..mesti along hampa kalu kami x jadi gi kan...itula sbbnya ibu berusaha memikirkan cara yang terbaik supaya along dapat gi...at last ibu beli sepasang baju untuk along..






KeSiaN faRaH..


tgkla gambar muka farah kat atas tu...kesian farah..actually, farah jatuh kat rumah atok kat Kluang, masa balik johor baru ni...farah main kat tangga...ayah ada dgn farah but ibu konfius camane farah leh jatuh gak...ayah kata, ayah dah jaga tp farah nak turun tangga gak...masa ni ibu gi sembahyang..tiba2 dgr suara farah melalak...sakit la tu..kalu x, farah x nangis..mmg ibu marah ayah masa tu sbb cuai..erm..xtau nak kata..ayah, ayah..kesian farah..

balik johor...

Pada 24.07.09, 7.30pg, ibu, ayah n farah bertolak ke JB untuk menghantar kereta cik salim.. kami terpaksa meninggalkan along dengan makcik sbb balik ke Trg nant, kami naik bas.. ibu pasti along akan buat hal dalam bas memandangkan perjalanan ke Trg lebih kurang 9-10jam..
Pada pukul 3.00ptg, kami sampai kat rumah atok farah n along, kat Kluang...Saje singgah sbb ibu ada belikan baju raya utk atok, nenek, cik Ain n maksu..dok kat rumah atok lebih kurang 1jam lebih je, pastu kami gerak ke rumah nenek ibu di bandar tenggara, kulai...arwah atok baru seminggu meninggal dunia disebabkan kanser prostat. ibu ambil kesempatan ni untuk melawat nenek..kami singgah jap je kat rumah noyang farah..pastu, kami gerak ke Seri Alam, rumah cik salim...sampai rumah cik salim lebih kurang pkul 6ptg..
Malam tu kami gi Kg Melayu semata2 nak makan mlm..Saje ayah gi sana sbb nak mengingati kisah lama, sewaktu ayah dan ibu stay kt Kg Melayu. lepas mkn, sempat gak kami singgah di rumah jiran ayah kat area tu..
Pagi esoknya, kami menaiki bas pukul 10pg ke K.Trg..tp bas bertolak lebih kurang pkul 10.30pg..sempat gak ibu beli dunkin donut sbb dah lama x makan..kat Trg ni xde...tu yg teringin nak mkn tu.. Lebih kurang pukul 8.30mlm kami sampai di K.Trg...makcik, ayahcik n along yang amik kami kat bustand..bila along nampak kami je, dia terus kata ''bu, ayah gi ane"..ayah pulak tersalah jawab ''gi jalan2''...terus along jerit..marah kot x ajak dia..pastu along 'kenayak' sokmo si farah....mgkn dengki kot sbb kami ajak farah je...hahaha...sian along...
dalam perjalanan ke Johor

singgah makan tengahari di bandar pekan, pahang

makan malam di Kg Melayu Majidee, JB

dalam bas balik ke K. Trg

Wednesday, July 22, 2009

K.A.M.I

Three Of Us...Ibu, Along & Farah....
Ayah jadi driver..xleh masuk dalam gambar..huhu..



alahai anakku...



Ini la anak2 ibu...along n farah..teringat ibu kisah semalam...kisahnya bermula bila kedua2 anak ibu bangun awal pagi lbh kurang pukul 6, ketika ibu bersiap nak pegi kerja...anak2 ibu bangun awal mybe disebabkan ibu dah xde disisi mereka...almaklumlah, 4hari cuti....so bila ibu nak start keje, mereka cam tau-tau je..

Masa ibu dah nak keluar rumah, mcm biasa la, along n farah masing2 angkat tangan nak dukung..takut kena tinggal kot...biasanya ibu akan bw farah sekali sbb nak hantar ke rumah makngah...along lak stay je kat rumah..(tok yg jaga)..bila ibu dukung je si farah, apalagi..along pun wat la konsert dia..so, ibu pun pujukla along..ibu kata ''along jgn nangis yer sayang..ibu nak gi keje...nanti ibu balik keje ibu beli ultraman gaia yer''...lepas jer ibu kata mcm tu, tangisan along pun reda n keadaan menjadi seperti biasa...

Balik dr keje ptg tu, ayah n along dah tunggu kat beranda...sampai je kat tangga nak cium along, along hulur sebelah tangan dia...ibu igt along nak dukung, so ibu past la farah kt ayah..bila ibu nak dukung along, along xnak n terus buka beg tangan ibu...ibu tanya, ''along cari apa...along nak apa..''. Nak tau apa along cari....then, along pun kata ''nak atromen aia''...ibu sangatla terkejut sbb apa...sbbnya ibu ingat along dah lupa dgn janji ibu pagi td...but along still ingat..ibu sangatlah terkejut n sedih sbbnya ibu x beli pun atromen aia along...ibu juz nak pujuk je...

Kemudian, ayah wat keputusan utk pegi pasaraya Xiri kat wakaf tapai petang tu jugak...ada la 5km dari rumah, semata2 nak cari mainan along...bukan niat ibu nak manjakan along, tp ibu rasa serba salah sbb ibu x tunaikan janji ibu...ibu takut along berasa hati...at last, along dapat jugak mainan yang dikehendakinya....alahai anakku..

Tuesday, July 21, 2009

kereta cik salim

2 minggu yang lepas, ayah sibuk survey keta untuk cik salim johor...cik salim baru berusia 23tahun tapi dah ada sorang anak..aá, muda sebulan daripada farah...sebelum ni cik salim ada motor je but bila ada duit sikit dia minta tlg ayah carikan keta cash around RM14k..byk2 keta yang ayah tgk, akhirnya ayah berkenan yg satu ni...yang jadi cik salim minta tlg ayah ni sbbnya ayah ni kaki keta...dia blh tau enjin mana masih ok/ko...ayah mmg cerewet tntg keta...tgkla keta ayah pun, mkn dlm keta pun x boleh..mmg kemas n bersih keta ayah..spjg ibu teman ayah tgk keta, mmg ayah ssh nak berkenan..keta yang ayah suka ni tahun 1993/94, wira 1.5..walaupun tahun lama tp byk dah accessori yang dh tukar...enjin pun still ok...ntah, ibu pn xtau camane ayah tgk..layan jer..

GiGi pErtaMa FaRah..

usia farah 9bulan, tumbuh la gigi pertamanya...Alhamdulillah, farah x demam..ada sesetengah baby akan demam bila nak tumbuh gigi, but farah is soo lucky...susah betul nak snap gambar gigi farah...so apa yang ibu buat...ibu rebut mainan dia supaya dia menangis...bila dia buka mulut, ibu snap la..hehe...sorry sayang..i luv u so much..muahh

gelagat haiqal

Last weekend, ibu cuti 4hari...dok umah je...ayah ajak gi mandi laut kat kemaman tp ibu malas nak gi..penat la...nak rileks cuti ni disamping menghabiskan masa bersama anak2 ibu yang comei ni beserta pelbagai gelagat dan karenah....gambar kat bawah ni ialah gambar along memakai t-shirt ayah...camtu la along..cari je benda nak wat main..x kira siapa punya...ibu x bagi pakai, dia menjerit..erm...ikut la along...mls nak layan...


wah, besonya baju...cam jubah la pulak
''ibu, cak...''

Tuesday, July 14, 2009

gElaGat aNak2ku

Inilah aktiviti ibu seharian apabila balik dari kerja...walaupun letih memandu almost 1hour balik ke rumah, tp bila melihat anak2 ibu, semua letih hilang....happy je rasa...tp kadang2 kalu along wat peél, kena gak marah..biasala tu,anak2 ibu masih dalam proses pembelajaran..

Dalam rakaman video ni, Farah tgh makan biskut tiger n along makan 'jajan'.actually ibu x berapa suka along makan 'jajan' seperti ni sbbnya ia terkandung MSG yang berlebihan but pada hari tu along amik kat dalam van makcik...makcik along ni berniaga ikan, sayur2 kat dalam van n jual kat area kampung2 tertentu...selain tu ada gak jual 'jajan'/'cekedis' n gula2. sekarang ni along dah pandai minta 'jajan'..so apalagi...kebetulan 'jajan' yang along minta ni kacang hijau.so kira ibu blh consider la...kalu jenis 'supering','twistis' ke mmg ibu x bagi..sori yer sayang...

video

Monday, July 13, 2009

Sunday, July 12, 2009

JaLaN-jaLaN WeEkeNd

Last week, 11.07.09 ayah ajak pegi Taman Tamadun Islam jalan2...just gi taman permainan kat situ je...pegi pun dah lewat petang....pkul 6ptg baru sampai sana...mujur x hujan...yang buat ayah nak gi sangat kat sana sebab memikirkan along lama x pegi taman permainan..kat kampung kita xde...so kenala cari tempat yang ada...seronok along bermain, sampai x nak balik..huhu...farah lak cam biasa la...just tgk along dia bermain...

farah pun nak main gak..








along...
tasik tempat berkayak berhampiran taman permainan..

jeling apa ntah ayah tu...
bestnya main buai...

main jongkat-jongket
along nak panjat gak sbb org lain panjat.....

along main gelongsor...jom adik...
perjalanan balik rumah...penat dah...
farah pun dah nak mengamuk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...