Ibu ada followers ke??

Tuesday, October 24, 2017

Amik angin pantai

20 oktober 2017 Jumaat
Kita ke pantai Kelulut nak hirup angin pantai
Argghhh nyamannya
Pagi2 dah siap2 then kul 8pg dah ada kat sini.. 
Ayah keje.. Along kat umah makcik x balik2 lg.  

Mandi manda cuti sekolah @ Quinara Resort

Cuti sekolah sempena deepavali
ibu ayah x plan pun nak kemana2
tapi ibu dapat promo dari member pasal kolam renang baru siap kat Quinara Resort
So boleh la kita try mandi sini.. mesti anak2 suka
tapi mcm biasa, along x join kita sebab dia lebih suka main ngan Iman lagi ermmmm.. :(
Gambar kolam kat atas ni ibu dapat daripada member ibu.. nampak luas & menarik..

Bubur Asyura JKDMT 2017

15 Oktober 2017 - Ahad 
Majlis kucar/buat bubur Asyura
Anjuran pejabat ibu
kami buat 2 versi, Terengganu & Kelantan
Yang versi Kelantan siap import parents peg. dari Pematuhan, Puan Risa


Maksu Sambung Belajar Ke Jambi, Indonesia

14.10.2017, Sabtu
Maksu terbang ke Jambi Indonesia sebab sambung dgree dia dalam bidang syariah.. cita2 maksu nak jadi lecturer..
ramai jugak yang gi sana sambung belajar..
dalam 20+ orang termasuk lelaki & perempuan..
Hari maksu fly, atok nenek x dapat join sebab atok x larat dah nak jalan jauh kat klia tu, jadi semput.. so sehari sebelum tu atok nenek dah melawat maksu..
so hanya parents in law, asben dan adik atok (Cik Jasni & wife) yang dok kat Senawang yang dapat temankan maksu sebelum fly..

Jalan-jalan Tengok Wayang

13 Oktober 2017, Jumaat
ajak anak2 tgk movie, citer abglong fadil 2..
citer dah basi tp kami x tengok lagi. hehe

Jalan-jalan Taman Dengan Baby Haziq

6 Oktober 2017, Jumaat
Tetiba ayah ajak gi taman permainan @ Kuala Berang
nak suruh haziq lepas hawa dia nak membuas hahaha

Happy Birthday Kak Farah Sweet 9th

 29.9.2008
Birthday kak farah yg ke 9 tahun
xde hadiah pun just belanja makan jer..
Semoga kak farah sihat selalu, dipanjangkan usia, berjaya dunia akhirat.. aamiin

Majlis Perkahwinan Adikku | Siti Nurain

Selamat Pengantin Baru untuk cik Ain (adik ibu yang 2nd last) dan juga pasangannya cik Azim.. Orang Kluang jugak..
 

Jalan-jalan pantai batu buruk

9.9.2017 sabtu
Ibu dpt tahu ex-bos ibu yg dah bertukar ke Jkdm Kelantan datang Terengganu bawa anak2 tgk wayang..  So ibu amikla peluang nak jumpa bos ibu dan boleh jugak bawa anak2 main pasir kat Pantai Batu Buruk. 
Kebetulan pulak ada pesta Budaya Terengganu kat sini.. Macam2 gerai ada.. Happening sungguh.. Jom layan gambo je r :)

Aktiviti hujung minggu

Hujung minggu...
Kalu x kemana2, petang hari ibu dan adik akan teman ayah cerut rumput kt kandang lembu dia.. 
Along & kakak pulak main basikal r.. 

Makan Gulai @ Felda Kerteh 3

Raya Haji Day 3
Hari ni kita gi makan gulai kat umah pok sedara ayah @ Felda Kerteh 3..
Ibu x pernah sampai sini..  
Suasana felda macam kat felda ibu jugak.. 
Ohh rindu my kampung!! :)

Salam Idul Adha 1438H @ Kg Tanggol

 Raya haji tahun ni giliran kita beraya di Terengganu 
1st day raya kita x kemana2.. Makan gulai kat jiran sebelah rumah jer sebab mereka ada buat sembelih lembu.. 
Esok baru kita sembelih lembu pulak..

Selamat Pengantin Baru Abglong

31 ogos 2017. 
Cuti Hari Kemerdekaan.. 
Majlis sanding abanglong jugak.. 
Abanglong ni anak ayahteh.. Bukit payung.. 
Majlis sebelah pengantin perempuan di Kelantan pada 29 ogos,  masa kita gi operasi haritu.. x dpt kita nak join..

Operasi di Kemaman

27 - 29 Ogos 2017
Ibu ada operasi di Kemaman.. 
Kebetulan cuti sekolah, bolehla angkut anak2 dan suami sekali.. Tp malangnya along x ikut..  Sebab dia lebih rela dok ngan makcik dia lagi, nak ngasuh anak sedara dia..  ikut pandai la along wehh :)
 bawah ni gambar adik masa nak bertolak gi.. :)

1st time adik makan durian

Sajalah nak rakamkan juga moment2 adik makan durian.. Rasanya ni 1st time ibu bagi adik makan durian.. Sikit je, rasa..  
Ni durian kat kebun kita jer..  nak beli yg kat pasar x mampu..  Skrg ni sebakul rm400.. Giler ko?? 
Igt lagi dulu2 Atok beli sebakul utk kami adik beradik makan rasa harganya baru rm50..  Puas makan sampai nak mun**h. Haha
Skrg x macam dlu dah :(

KPI HASIL 2017 DAH CAPAI - ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah 
Berbaloi2 keje tahun ni
Pada 16 ogos 2017, KPI Hasil JKDM Terengganu dah capai dgn RM565j.. 
KPI personal ibu pun dah capai jugak dalam bulan Oktober ni..
Alhamdulillah 
Mudah2an boleh 2 bln gaji utk bonus tahun ni.. Aaminn

ATok Nenek Datang Kg Tanggol Lagi!!

Kisah lama dah.. tapi baru nak update..
sayang jugak kalu kisah2 kita ibu tak update dlm blog family kita ni :)

31 Julai 2017 (Isnin)
Atok nenek datang ke Terengganu lagi!! last atok nenek datang  masa bulan Feb haritu, sambut birthday ibu.. ingat x?? entry disini..
Kali ni atok datang bawa maksu & paksu jalan2 Terengganu.. 
Paksu x pernah lagi gi umah kita.. 

Wednesday, September 27, 2017

Aktiviti lepas balik kerja

Bila pulak kejadian ni ek.. 
Tapi rasanya hari Khamis sebab ibu balik awal..  Sempat mandi2 pastu ikut ayah gi kat padang ragut dia nak cerut rumput bagi lembu2 makan. Huhu

Pesta Makanan Thai 2017

Pesta makanan thai ni tiap tahun ada kat Terengganu ni..  Biasanya berlangsung selama 1 bulan. Tahun ni start awal Julai haritu dan habis pd 2 Ogos 2017..
Macam2 makanan ada..  Tengok je la makanan yg ibu & kawan2 ibu makan ni..  Kalu boleh semuanya nak try.  
Tapi tahun ni ibu tgk semua harga makanan dah naik.. Kalu tahun2 sebelum ni majoriti makanan harga rm5 jer.  Sekarang rata2 dah rm7. 
Ermmm tp sebab nak cuba kami pakat2 beli sorg sikit then share la. Hehe.. 
Jom enjoy makanan :)

Monday, July 24, 2017

29 Syawal | Majlis Jamuan Hari Raya JKDM Terengganu

23 Julai 2017, Ahad..
Hari yang dinanti dah tiba.. event setiap tahun..
Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat jabatan..
tak open untuk orang awam pun.. hanya untuk family pegawai sahaja..

27 Syawal | Majlis Terima Menantu

21 Julai 2017, Jumaat
Sepupu ayah ajak anta pengantin perempuan ke rumah tok laki.. a.k.a majlis sambut menantu.. kat Rhu Rendang, Marang jer.. 
Majlis kat rumah dia dah buat 15hb haritu tapi ibu xde amik gambo pun masa tu.. hehe

Tuesday, July 18, 2017

22 Syawal | Raya Ke Tasik Kenyir

16 Julai.. Ahad.
Jamuan raya di Tasik Kenyir.. Jabatan Kastam dijemput.. ye la.. pejabat kami pun ada situ kan.. 
1 Ogos ni insyaAllah beroperasi dah kastam kat kenyir ni..

20 Syawal | Ibu masak-masak

Jumaat petang.. 
bff ibu nak datang.. kaknora & yan 
So ibu rajin la pulak nak masak2.. bese buat mi goreng jer :)

19 Syawal | Jamuan Raya @ Jabatan Audit Negara Terengganu & Bahagian Pengurusan & GST

Khamis, 13 Julai 2017
hari ni banyak jamuan raya kat Kuala Terengganu ni..
Tapi ibu x pergi la semua tempat.. Cuma tempat2 berkaitan jer la.. :)

16 Syawal | Jamuan Raya Bahagian Penguatkuasaan

Raya kan sebulan
Jamuan raya masih ada.. hari ni kat Bahagian Penguatkuasaan di Panji Alam..  

12 Syawal | Jamuan Raya Bahagian Pematuhan

Khamis.. last day ibu cuti.. 
hari ni ada jamuan raya kat sekolah along & kakak
So abang kakak pakai baju raya la hari ni..

Insiden menyayat hati - ohh Haziq :'(

5 Syawal..
29 Jun 2017.. Khamis
Insiden menjelang mahgrib, lepas balik dari beraya.. 
Ibu, farah & adik tengah lepak2 kat bilik. 
Tetiba ayah balik dari cerut rumput,  ayah minta air sejuk.. So ibu pesan ke kakak minta tlg jaga adik kejap.. Ibu nak buatkan air utk ayah.. 
Sampai je kat dapur ibu dgr da benda jatuh.. 
Ibu jerit ke kakak '' adik jatuh ke kakak?''
Kakak jawab tak! 
Rupa2nya bekas benang2 (gambar bawah) yg jatuh.. berterabur benang2..
Tapi kakak x kemaskan balik.. 
Ibu x ingat yg ibu ada selit 1 jarum kat salah satu benang, lepas ibu guna utk adjust baju2 raya baru ni.. Biasanya ibu x simpan pun jarum kat dalam bekas ni... Ermmm.. benda nak jadi kan..  Tetap terjadi wpun selama ni ibu berjaga2 bab2 jarum ni.  :(

Thursday, July 13, 2017

5 Syawal 1438H - raya ganu la pulak

Raya ke 5, giliran beraya di Terengganu pulak..
hari ni ibu, Cik Nora & Cik Yan pakat nak gi open house umah En. Ripin kat Losong..

4 Syawal 1438H - balik Terengganu

Raya ke 4 - Rabu, kita nak balik Johor dah.. 
turn raya kat terengganu pulak..
kita bertolak balik jam 10.00 pagi

3 Syawal 1438H

Raya ke 3.. gi raya sebuah rumah jer.. sedara atok kat Penggeli Timur

2 Syawal 1438H

Ok..  2 Syawal kita beraya ke JB.. 
Sebenarnya ada family gathering belah atok di Gelang Patah..  memang tiap tahun ada event ni..  setiap raya ke 2.. 
So hari ni ibu & kak farah pakai sedondon..
ceria x warna baru raya ibu & kakak?? haha

Friday, June 30, 2017

1 Syawal 1438H

Hari yg dinanti telah tiba..
Bukan sebab nak raya sangat tapi sebab nak balik kg jer.. 
Jumpa abah, ibu, adik beradik,  anak2 sedara.. 
memang happening weiii.. :)
Kita balik 23 jun, Jumaat..  2 hari sebelum raya.. 
Alhamdulillah perjalanan baik.. 
Baby pun ok,  x meragam jalan jauh..

Berbuka berjemaah tahun 2017

Tahun ni kita banyak kali berbuka berjemaah kat taman pantai Batu Buruk ni.. rasanya 10 kali jugak kot..  Cuma ada yg ibu x amik gambo so x boleh nak up semua.. hehe 
Ayah la yg suka ngat..  Ibu layankan je r.. 
 Tapi sempat je kita balik dan ayah & along join solat terawih kat masjid kg kita.. 
Tapi solat maghrib memang kat kg org la, otw nak balik kg kita.. 
Bese solat kat masjid ladang tp ayah kata jauh la pulak nak pusing ke sana.. Jadi lambat sampai umah.. Dgn sesak lagi kat masjid tu.. :)
Jadinya kita singgah masjid kat Kepong jer.. Masjidnya besar, bersih, sejuk, orang pun x ramai.. Lebih selesa tapi xde kenangan solat kat masjid tu..ibu xde amik gambo pun.. hehe

Thursday, June 8, 2017

berbuka berjemaah

8 Ramadhan, Sabtu
rasa nak berbuka kat luar pulak.. tapi nak berbuka beramai2..
seperti tahun2 sebelum ni..
so kita ke bazar @ pantai Batu Buruk..
 hujan renyai2.. so kita makan kat wakaf dekat ngan pantai ni.. bese kita makan kat padang..

Tuesday, May 30, 2017

HAPPY 1ST BIRTHDAY SAYANG HAZIQ

 26.5.2017 Jumaat..
ibu ayah buat majlis  hari jadi yang simple untuk baby haziq..
sebenarnya adik lahir 28 Mei, tapi memandangkan esok start puasa dah, tu yang buat awal :)

Monday, May 15, 2017

Aktiviti mendaki Bukit Besar

r u ready??
yes, ibu ready!!
almost 2 tahun dah x exercise.. pregnant.. bersalin...
zumba pun dah x pegi2.. apa ntah lagi nak daki bukit.. stamina ke laut. :)
 

Majlis bertunang anak sedara

Jumaat malam 12 Mei 2017
Majlis simple pertunangan abang ngah a. k. a Am, memandangkan isteri abang ngah pun masih belajar lagi.. ikat 1-2 tahun rasanya kalu x silap.. teringat pulak zaman ibu dulu2.. :)
Tunang abang ngah ni orang Ajil jer.. mujur gok dekat..

Wednesday, May 10, 2017

Baju melayu baby haziq

Hari ni cuti wesak
Kita ke jakel gong badak nak setel baju raya.. 
Tahun ni ayah xnak baju melayu. Nak pakai kurta jer..  So haiqal pun kena sama la kurta jugak.. Pastu nak jubah jugak..  Tp baby haziq xde kurta kaler sama dgn ayah n haiqal..  So ibu pun tnpa pikir panjang belikan adik baju melayu kolar teluk belanga ni.. 

Monday, May 8, 2017

Makan2 before puasa

Bahagian ibu buat makan2 sempena menyambut Ramadhan @ Hotel Quinara Al-Safir 

Lawat umah sewa mokcik

Weekend baru ni kita gi jalan umah sewa makcik kat kuala berang..
baru 1st time datang umah ni.. padahal lama dah bagi sewa ke orang..
cuma baru ni makcik renovate balik sebab nak bagi sewa ke student..
kita datang melawat kawasan jer..

Jalan2 weekend boring dok umah

masa ni kita ke Giant.. saje x tahu nak buat apa.. keboringan dok umah..
masa ni ayah x balik keje lagi..
So kita 4 beranak je berderak ke Giant Kuala Terengganu

Melawat baby Ariq Huzair

29.4.2017 Sabtu
Ayah x keje.. so kita pegi umah waris ayah, Kak Zura.. kat Bukit Payung..
baru dapat baby baru.. baby ke 6, boy..
Ariq Huzair nama diberi..
sedapp nama baby.. secomel tuannya..
rasa nak baby lagi jer.. hahaha..
ni masa baby haziq sebelum pergi umah Kak Zura

Cuti 1 Mei Hari Buruh

1 Mei 2017.. cuti hari pekerja..
kita x kemana2.. plan nak ke Aeon Kota Bahru Kelantan nak shopping baju raya tapi ayah pulak demam teruk.. ermmm :(
jadinya kat rumah je r kita menghabiskan masa :)  
pagi2 buta anak2 ibu dah kena paksa mandi belaka..
lepas tu berpeluh balik sebab main basikal..hahaha

Weekend kami

hujung minggu.. waktu petang.. kalu x kemana, anak2 ibu main kat keliling rumah je r.. 

Adik accident

ni gambo pada 28.4.2017
alkisah adik naik walker & jalan2 kat batu2
laju ngat bawa keta dia sampai tersungkur.. aduhai adik.. gitulah sebelum beso.. 
upah buas sangat.. :) 

Friday, April 21, 2017

Alahai baby haziq

Haziq..  Baby ibu... 
Almost 11 bulan..  
Alahai..  Cepatnya masa berlalu.. 
Rasa macam baru je mengandungkan dia... 
Nak setahun dah... 
Dan skrg adik keje meniti kesana sini.. 
Walker pun x nak dah.. Malah suruh kita terbalikkan walker  tu sebab dia nak main rodanya :)

Makan-makan buka puasa

20 april 2017 khamis
Mcm biasa ibu puasa lagi... 
Nak menghabiskan saki baki ganti puasa..  Ada 8 hari lagi.. Sebelum menjelmanya Ramadhan 1438H.. 
Then bila ibu berpuasa, mcm biasa la..  Makan kat luar jer..  Kepenatan dah balik keje nak masak.. 
Kali ni kita makan kat kedai baru buka..  Agak baru jugakla.. Akhir tahun lepas..  Dekat ngat dgn klinik kesihatan kuala berang.. masakan dorg memang best..  

Tuesday, April 18, 2017

little hero ## Haziq ##

haiii cutie pie ibu!!!
baby haziq
  sejak ada baby ni, kat keje pun asyik teringat kat baby jer..
perkembangan adik sekarang??
sejak lepas warded ni ibu tgk adik semakin membuas... demam nak buas kot.. :')
keje nok manjat tangga
nok manjat meja tulis abg kakak..
nok jalan doh tapi ikut dan jer.. ada gop tumbang ke belakang.. memang kena kawal 24hrs.. tapi xtahu la kat umah ngasuh dia mcmana..
ibu rasa padan letak dalam walker jer kot.. doh, mana larat nak pantau 10 jam..

dan 1 lagi yg kelako adik ni... gigi bawah tumbuh doh.. tengah2..
tapi gigi atas tumbuh belah kiri dulu..
tumbuh taring dulu ayah kata.. 
pastu adik suka gesek2 2 gigi tu sampai berbunyi.. hai la.. nyilu ibu dengar :)

macam2lah karenah adik.. sementara tunggu nak beso nih
harap2 adik sihat2 sokmo..

Selamat Hari Lahir Nenek

l7 April 2017
HAPPY BIRTHDAY IBU!! a.k.a NENEK
Sweet 54th

Monday, April 17, 2017

Riadah lunch hour

Today.. 17.4.2017 lunch hour
pakat ngan geng2 Pematuhan kita main bowling
Saje release tension
kami main bowling di Astaka.. kebetulan dapat harga special sebab Puan Hazura otai main bowling2 ni.. dia biasa dah main sini.. hhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...