Ibu ada followers ke??

Thursday, December 30, 2010

Along dah sekolah

Semalam ibu cuti keje sebab daftarkan along sekolah pra di sek. keb. tanggol... excited sungguh along nak pegi sekolah.. bangun awal pagi & terus nak pegi mandi.. pas siap2 pakai baju, maklong dtg umah bagitau dftr tunda ke pukul 12.30tghari sbb cikgu2 sedang bermesyuarat.. jadi, ibu suruhla along buka baju tu dulu sbb takut berkedut.. disebabkan along terlalu excited nak pegi sekolah, dia menangis x nak buka baju tu... tp setelah puas ibu memujuk, akhirnya along pun buka... sementara menunggu jam 12.00tgh, sempat lagi along bertanya ''ibu bila nak gi sekolah ni.. lambatnye..'' bila jam menunjukkan pukul 11.30pagi, ibu pun nak pegi mandi dan bersiap2.. lalu along menyapa ''ibu nak pegi mana tu?? nk mandi eh, sy pun nak mandi jugak, nak pegi sekolah ni''... adoyaii anak aku...sgt2 excited... mandilah nak... ibu ingat along x payah mandi lagi memandangkan pagi tadi dh mandi..musim2 hujan mcm ni, bukan berpeluh pun badan along... tp apa nak buat, dh along nak mandi jugak..

jam menunjukkan pukul 12.00tgh..kami dh pun bersiap, lalu along berkata ''ibu, cepat la start keta tu''...aduhai anakku, ajar ibu lak..hehe...kami pun gerak, mujur adik tido. dapatlah kami pegi dgn aman sekali.. ayah ada kat umah, boleh la ayah jaga farah sekejap.. lagipun sekolah x jauh pun, 500m je..

sampai di sekolah, ada beberapa org dh menunggu... ibu tgk xde seorang budak pun yg pakai baju sekolah lengkap macam along...siap bw beg sekolah lagi... cikgu along tegur, ''comelnya muhd haiqal... semangatnya haiqal nak pegi sekolah''..terkeseng2 along dibuatnya... maklong pun ada gak mengusik along, ''wah, along bw beg, ada apa dlm beg tu along, buku ke bekal??''... lalu along pun buka beg sekolah dia & suruh ibu yg bawa....ishhh3...pandai gak dia malu..

semasa daftar, cikgu byk bertanya soalan.. dgn semangat yg berkobar2, along pn menjawab apa yg ditanya oleh cikgu... selesai dftr, kami pun balik... sebelum balik, sempat along salam & cium tangan cikgu.... bagus anak ibu... semoga semangat along xkan pudar sampai bila2..

habis la citer ibu...jom, tgk gmbo2 di bawah ini:

along terkeseng malu bila ditegur oleh cikgu

beg ben10

segak berpakaian sekolah

peace

baju yg dijahit dalam masa 3hari... upah RM45 (mahal kan??)
tp xpe, demi anak tersayang...hehe

Tuesday, December 28, 2010

SeLaMaT TinGGaL TahuN 2010

Lagi beberapa hari je lagi kita nak meninggalkan tahun 2010... Banyak perkara yang telah berlaku pada tahun itu... Antaranya ialah ibu xcident pada bulan 3 dan ayah juga xcident pada bulan 4... Hopefully, perkara seperti itu tidak akan berulang lagi.. Semoga Allah melindungi kita dunia & di akhirat...amin...

Tahun 2011 akan menjelang.... Impian ibu hanya ada 2 iaitu:
1) ibu harap2 sgt dapat jawatan W41
2) ibu nak burn kad kredit ibu..

itulah impian ibu pada tahun hadapan...Semoga Allah mempermudahkan segalanya....amin...


HAPPY 4th BIRTHDAY to MUHD HaiQAL






Terlalu lama ibu tidak mengemaskini blog ibu ni... sejak Ramadhan 2010..mcm2 perkara yg telah berlaku sehingga tarikh hari ini... Taktau nape hari ni ibu tergerak hati nak post something...

Selamat Hari Lahir yg ke 4thn kepada along... Ibu juz buat simple birthday party... cuma masak mee goreng & ayam kentucky... Ibu berdoa agar along menjadi anak yg baik, cerdik, mendengar kata ayah ibu dan berbakti pada ayah ibu... Start 2 Jan 2011 ni along akan bersekolah...pra sekolah... persiapan along semuanya ibu dh buat.. esok ibu cuti keje sbb nak gi daftar sekolah along.. Dalam kesibukan bekerja, ibu tetap amik cuti sbb nak tgk along ke sekolah.. ibu tgk, along sgt2 excited nak gi sekolah... siap pakai baju, seluar sekolah, kasut & stokin waktu tido mlm... xnak buka...pastu pakai beg sekolah baru dia kemana2 je dalam umah... Hopefully, semangat nak ke sekolah tu x kan padam smpai bila2...luv u along..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...