Ibu ada followers ke??

Monday, July 28, 2008

Melaka River Cruise









25hb julai, masa kita pegi melaka tempoh hari, sempat jgk la paklong bawa kita gi jalan2 kat bandar melaka....pada mulanya, ptg tu nak gi zoo , tp sbb dah tutup, maklong cadangkan kita tgk malam je...safari night, tp paklong kata mlm2 x dapat tgk binatang...binatang semua tido...lagi pun Damia kecik lagi...takut jd apa2 lak mlm2 masuk hutan...so, kita ke melaka river cruise...naik bot, kelilingi sungai melaka....kita bertiga je..ibu, ayah n haiqal...paklong n maklong x naik sbb risaukan Damia...Ok gak la....bangunan2 lama dihiasi lampu2 yg cantik.....haiqal pun teruja tgk lampu2 yang cantik tu...tapi bagi ibu, biasa je...x la menarik sgt...saja je nak bawa haiqal berjalan, kenal negeri orang...heheheheh..kita naik bot start kul 8.00mlm smpai 8.45mlm....ramai gak customer mlm tu....charge yang dikenakan adalah RM5/person...murah je....haiqal x kena byr sbb under 2yrs....lepas naik bot, kita terus je balik umah sbb kesian kat makde, berdua je ngan yasmine kat umah.....

YASMINE AULYA










Pada 23-26 Julai yang lepas, ibu ayah n haiqal pegi ke melaka, melawat makde yang baru 3mggu melahirkan babynya, YASMINE AULYA...Makde berpantang kat rumah maklong memandangkan pakde (dok KL) senang nak melawat anak dia hujung mggu....seminggu pertama, makde berpantang kat Kluang, Johor...
Kita ke melaka dengan menaiki bas memandangkan ayah malas nak drive....tp berlaku insiden yang paling ibu x suka...haiqal mengamuk dalam bas...menangis nak turun...malu ibu ngan org2 kat dalam bas tu...menyesal ibu naik bas...kalu ibu tau perkara macam ni akan berlaku, bas free pun ibu xnak naik...ibu nekad drive kalu ayah malas....geram gak ibu kat ayah...kereta 2 biji, tp pegi naik bas....geram kalu ingat2....sabar je la...
Selain dapat berjumpa dengan Yasmine, ibu juga berpeluang berjumpa dengan Damia...anak paklong....berusia 3 bulan lebih....almost 2bln x jumpa dengan Damia sejak paklong wat kenduri potong jambul n aqiqah Damia di Kluang, akhir bulan 5 yang lepas....seronok dpt jumpa anak sedara ni....terhibur hati melihat karenah bby2 yg comel...apa yang peliknya, sebelum ni, kalu haiqal berjumpa dengan budak kecik daripada dia, pasti haiqal dengki kat budak tu....pukul ke, tolak ke, cubit dan sebagainya...tapi pertemuan kali ni, haiqal jadi syg dengan dorg n nak dukung pulak...bukan apa, ibu takut terkehel je bby2 tu...nanti kan apa pulak mama dorg kata...bila ibu marah, haiqal start wat pe'el...ngamuk nak dukung jugak...lastly, ibu letak bby kat riba atau atas badan haiqal...at least merasa la gak nak pegang bby....mgkin haiqal tau kot x lama lagi dia nak jadi abg long...semoga haiqal akan menjadi abg yang baik dan menyayangi adiknya kelak...amin.....

Monday, July 21, 2008

FAVORITE...GAMES





Sekarang ni haiqal dah ada permainan kegemaran dia...kereta n sawo kontrol...benda2 yang ada remote control ni la...mggu lepas ibu outstation kat raub pahang, wat audit...ayah pun ikut skali...tetiba ternampak kedai mainan, ayah teringat lak kat haiqal...ayah belikan kereta kontrol baru untuk haiqal...sebelum ni ayah ada belikan sawo kontrol...tapi remotenya besar sgt..haiqal boleh handle remote kontrol tu, tp pegang tak kemas la...so ayah belikan kereta kecik je..kecik2 pun, harga boleh tahan gak...RM59.90...kalu anak 2,3 org, boleh bankrap ayah n ibu dibuatnya...hehe...

ibu ada upload gambar2 haiqal tgh main kereta kontrol yang baru ayah belikan tu....haiqal baru bangun tido, terus cari kereta dia...masa ni kat kampung.....remote kaler oren yang haiqal pegang masa x pakai baju tu ialah remote sawo kontrol...tp ibu x ambil gambar sawo tu..ibu just upload gambar mana yang ada je.....
tgkla gambar2 nakal anak ibu ni...pandai dah sekarang ni wat muka ngan ibu...kalu ibu marah n wat bulat mata, haiqal pun balas tenungan mata ibu n lama2 tersengih...akhirnya, ibu pun x jadi nak marah....pastu kalu nak amik apa2 barang kat tempat tinggi, haiqal akan tarik tangan ibu/ayah/sapa2 la yang ada time tu pergi ke tempat barang yang haiqal nak ...kalu x nak ikut, haiqal tarik rambut org tu...ini yang paling ibu nak marah...tapi kdg2, kesian lak kat haiqal sbb kena marah...tapi itu semua perlu supaya haiqal takut sikit ngan ibu ni...kalu x, nanti naik lemak lak...
selain tu, haiqal dah pandai recognise anggota badan haiqal sendiri...kalu ibu suruh angkat tangan, haiqal akan angkat tangan, angkat kaki, haiqal angkat kaki...tanya mana mulut, haiqal akan menganga..mana telinga, haiqal tarik telinga haiqal...dan lain2 lagi mcm gigi, mata, hidung....
ibu bersyukur di atas kurniaan tuhan sbb menganugerahkan anak seperti haiqal...harapan ibu semoga anak ibu akan menjadi org yang berguna kepada ibu ayah, masyarakat dan negara.insyaAllah, amin....

Thursday, July 3, 2008

PERKEMBANGAN TERKINI



Ini la gambar haiqal yang terkini..hari ni haiqal dah berusia 1tahun 6bulan 10hari...(pada 3/7/08)..cepat rasanya masa berlalu...dalam usia sekarang ni, haiqal dah pandai buat perangai...kalu nak apa2 barang, tapi ibu @ org lain halang, haiqal akan menjerit sekuat hati...ibu rasa haiqal ni semakin 'gangster' skrg...hahaha..maklumlah, anak lelaki kan...tp kdg2 haiqal mendengar kata..pandai dah mengikut arahan....kalu ibu suruh letak botol susu atas meja, haiqal akan letak atas meja, kemas mainan dia,masuk ke dalam bakul...yang paling haiqal suka sejak akhir2 ni ialah main bola...haiqal suka menggelicik bola ngan ayah..ayah pun jenis melayan...kalu ayah xde, ibu x larat nak melayan...dah la ibu tgh bawa adik haiqal ni...adik haiqal skrg berusia 6bulan setengah, 26weeks...dah start semput gak la ibu skrg ni kalu layan haiqal main....apa ntah lagi kalu kena kejar haiqal sbb haiqal x nak mandi @ xnak pakai pampers lepas mandi...nakal sungguh anak ibu ni...dulu kalu ibu buka baju n pampers, haiqal terus meluru masuk bilik air nak mandi, tp skrg mls nak mandi...kena kejar dulu, tangkap n bawa ke bilik air...kalu ayah ada, ayah la yang kejar...kalu xde, pengsan ibu...lari pulak laju...tp ibu blh kejar la kan....ibu rasa haiqal ni lambat bercakap la....sekadar cakap 'air', 'nak' tu boleh la..yang lain ckp merepek je...ibu x faham langsung...hihi...xpela, ibu ada jgk tanya mmbr2 ibu tntg anak2 dorg...ada tu lps 2tahun baru boleh petah bercakap...ada pulak lepas 2tahun pun still pelat2...erm...ibu x kisah pun..asalkan haiqal sihat selalu n akan petah bercakap suatu hari nanti...ibu x sabar menanti saat2 itu...mesti byk yang haiqal nak tanya kat ayah n ibu...heheheh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...