Ibu ada followers ke??

Friday, January 27, 2012

jom belajar buat baju kurung pahang (part 1)

Semalam 26.1.12, balik dari keje ibu singgah Kamdar, beli 2 psg kain utk dijahit weekend ni
memandangkan weekend ni ibu free, jd mcm boringla pulak kan xde aktiviti nak buat
so, pilih punya pilih, ibu berkenan dgn 2 corak & kaler kain cotton niActually, kain yg tanah putih ni, ibu dah beli & buatkan baju utk adik
bila dh siap baju adik,nampak comel lah pulak
tu yg ibu beli jugak tu
Malamnya pulak, along pegi umah makcik, kata nak tido sana
Ayah lak sibuk layari mudah.my
cari barang keta la tu gamaknya
adik lak sgt sporting buat keje sendiri
(cuma kdg2 kacau ayah & berebut nak tgk upin ipin)

adik kacau ayah, nak main laptop gakJadi, ibu pun dtg idea nak gunting baju & post entry mcmana nak buat baju kurung
(macam dah xde keje lain kan??)
so, untuk part 1 ni ibu post dulu entry, mcmana ibu potong kain...
barang2 yg perlu ada untuk memotong kain
x lupa juga ukuran baju
mulakan dengan amik bahagian untuk kain terlebih dulu

kemudian potong badan
dah dapat bahagian untuk badan
jgn lupa buat tanda di bulatan dibawah utk potong leher nanti
potong bahagian tangan pulak
bahagian tepi tangan yang akan dicantum dgn badan ni mesti dipotong serong sikit supaya bhgn pergelangan tangan nanti x terjulur ke bawah
kemudian, bhgn bawah lengan perlu dibentuk sedikit
kalu x nnt,nampak terlalu besar sbb ibu buat patern lengan lebar
potong pesak
ini pesak baju kurung pahang
ibu suka buat baju kurung riau sebenarnya
tapi pesak baju kurung pahang ni lebih senang dan menjimatkan masa
masa utk siapkan span kat bahu
span sudah dibungkus dengan kain dan dipinkan
akan dijahit tepi selepas ini
potong lapik kat leher
sudah jadi
masa untuk menebuk leher..
badan perlu dilipat dua
tanda yang dibuat awal2 tadi hendaklah disamakan
samakan badan depan dan belakang
baru boleh tepek kertas ukuran ni utk dipotong
saiz leher ni sama je ibu buat utk baju ibu & kawan2 ibu yg lain
saiz standard
kertas tu perlu dilebihkan sedikit dibhgn atas utk keselesaan di tengkuk seperti dibulatan di bawah
siap dipotong
jgn lupa potong di bahagian dada
siap sudah
ok , sudah siap sesi memotong baju
ini adalah cara ibu sendiri untuk memotong baju kurung
sebenarnya ibu belajar sendiri je potong baju riau/pahang ni, ikut contoh baju orang
sbb masa umur ibu 11 tahun dulu, ibu cuma belajar potong baju kurung biasa je dgn arwah mak (nenek along & farah)
so, kalu ada silap, harap maafkan yer
part 2 akan menyusul
daaa.....

4 comments:

  1. Salam kak . Ada fb x. Nak add . Nak belajar dengan akak boleh?

    ReplyDelete
  2. Wow.. Dah lama entry ni. Tapi saya baru aje baca. Thanks..

    ReplyDelete
  3. fashion baju kurung tradisional tidak akan luput oleh zaman. Jadi, walaupun terdapat pelbagai fashion baru bersilih ganti namun baju kurung tradisional tetap mempunyai peminat tersendiri.

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...