Ibu ada followers ke??

Wednesday, January 28, 2009

We @ tAmaN taMaduN iSLaM

Pada cuti raya Cina yang lepas, 27/1/09 kita sekeluarga dan makcik sekeluarga pergi melawat masjid kristal di TTI (Taman Tamadun Islam)....kita bertolak selepas asar n selepas anak2 ibu bangun dari tido....Ramai gak pengunjung pada hari tu...Maklumlah cuti sekolah...

Haiqal adalah insan yang paling happy sekali dapat gi TTI...Sbb apa??sbb Haiqal dapat berlari dengan bebas sekali...hinggakan ayah n kak G naik penat nak kontrol Haiqal...berlari macam x pernah jumpa tanah...Mujurlah kita pergi ngan family makcik...kalu x, xtau la camane nak handle Haiqal yang kuat berlari nih...

Bby Farah lak ok2 jer....Maintain cute...x buat pe'el langsung...Nak susu pun x nangis...cuma isap jari jer...so, ibu faham2 la yang bby Farah nak susu....bulat mata tgk org ramai... bila la bby Farah boleh berjalan...lain masa dtg lagi boleh la berkejaran ngan abglong....

Ibu ada upload gmbr2 masa kat TTI untuk tatapan visitors blog ni n untuk anak2 ibu yang tersayang...enjoy it..

















ABG LONG BUAT DAH AKSI ULTRAMAN..MUKA PUN NAMPAK PENAT..
KERJA NAK BERLARI JER...PENAT IBU TENGOK...

HAIQAL KEPENATAN...


TENGOKLAH AKSI LASAK HAIQAL...

PADAHAL ADA NOTIS "DILARANG PANJAT/DUDUK DI MONUMEN INI"

ORANG TAK PANJAT, ABG LONG PANJAT...


ANTARA MONUMEN YANG TERDAPAT DI TAMAN TAMADUN ISLAM







MASJID KRISTAL ..

Thursday, January 22, 2009

HAIQAL vs AQILAH

Wajah atau rupa abg Long & adik yang x berapa jauh bezanya....Sama tembam n comei....
Abg Long Adik Farah

Monday, January 19, 2009

Farah menjelang 4 bulan


Pada hari ini Farah berusia 3bulan 3mggu..Farah semakin galak tersenyum dan ketawa kalu diagah...ibu gembira melihat perkembangan Farah...Farah pun dah mula mengerengkan badan....sampaikan ibu susah nak pakaikan pampers...gerak sana,gerak sini..tunjal2 kaki dia...semua perkembangan yg berlaku adalah +ve....cuma satu je yang -ve, Farah susah sgt nak isap susu botol....Farah boleh recognise mana susu botol, mana susu ibu....kalu sumbat je botol kat mulut dia, dia akan tolak dengan lidah...sampaila menangis..bila dah lapar sgt, baru la nak susu botol tu..itupun sehari boleh dikira berapa kali nak isap susu botol...dah byk kali training pun ttp mcm tu gak...mlm still breast feeding...kesian pulak kalu nak stop terus....xpe la...habis bulan ni, Farah dah 4 bulan, so bolehla nak stat bagi makan nestum ke, bubur nasi dikisar ke...at least masa ibu gi keje, xla Farah lapar kalu xnak minum susu botol..kesian Farah....apa nak buat, ibu nak keje....

Sunday, January 11, 2009

farah..farah..


Hari ni Farah Aqilah berusia 3bulan 2minggu...farah dah pandai bercakap sorang2, hulur dua-dua tangan nak ibu dukung,hisap jari (bukan 1 jari tp 1 penumbuk), dan pandai gelak bila orang agah dia...ibu rasa farah ni mulut becok berbanding abanglong dia....tp abanglong tu kuat jerit...lebih2 lagi kalau lambat buat susu untuk dia...Selain tu gak, farah dah pandai selak baju ibu bila ibu baring sebelah dia..rasa cam x percaya tp itulah farah....cerdik sungguh anak ibu ni...
abanglong pulak semakin hari ibu tgk semakin faham dirinya dah jadi abang...kalu dah lama x jumpa farah, abanglong akan cium2 adik dia bila jumpa.(bila abglong tido rumah makcik)...xde la nak 'kenayak' ke...tp kadang2 bila smpai mood x baik,ada gak buli farah...erm...xtaula...ibu x sabar nak tgk anak2 ibu membesar dan bersekolah...mudah2an anak2 ibu akan menjadi anak yang mendengar kata (kalau xnak kena piat telinga ngan ibu)....



farah dah pandai tersenyum...

farah hulur tangan nak dukung....

*'kenayak'= buli/dengki

Wednesday, January 7, 2009

IRAS SIAPA????

257132_90549612bf26942fwxur96.JPG

MyHeritage: Family trees - Genealogy - Celebrities - Collage - MorphbHQ9MTIzMTIyMzU5MDg1NCZwdD*xMjMxMjIzNjExNjM1JnA9MTEwNTcxJmQ9Jm49ZnJpZW5kc3RlciZnPTImdD*mbz*wYjk4NTNlYjdmYzI*NWU1ODZlNWM1Njk*NDU2NmZiMw=




354182_6985234f004694n0p2z829.JPG

MyHeritage: Look-alike Meter - Old pics - GenologybHQ9MTIzMTI5MDYxMzk2OCZwdD*xMjMxMjkwNjM2NDIxJnA9MTEwNTcxJmQ9Jm49ZnJpZW5kc3RlciZnPTImdD*mbz*wYjk4NTNlYjdmYzI*NWU1ODZlNWM1Njk*NDU2NmZiMw=

kegemaran baru abg long..


Sekarang ni abg long ada kegemaran baru.....tgk cd 'ultraman'..sehari sampai 3-4 kali nak tgk..siap tiru aksi ultraman lagi sambil menonton..kalu abglong mengamuk atau wat pe'el, ayah buka cd ultraman..pastu molek la dia....erm...xtaula apa nak jadi dgn abglong ni..kalu ibu dan ayah x turut, dia mengamuk...kalu turut sangat pun takut jd leka...silap2 bila dah sekolah nant, leka x wat homework...ibu pun xtau sejak bila kegemaran tu ada...siapa la yang ajar abglong tgk ultraman ni...

Sunday, January 4, 2009

haPpY 30th biRthDaY aYah..

01.01.09 yang lalu merupakan hari lahir ayah yang ke 30thn...tiada hadiah istimewa yang dapat ibu berikan melainkan sebiji kek yang x seberapa....anggaplah haiqal dan aqilah sebagai hadiah yang paling BERNILAI & BERHARGA untukmu ayah.....
SELAMAT HARI LAHIR...SEMOGA PANJANG UMUR & DIMURAHKAN REZKI.....SEMOGA KITA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT
..Amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...