Ibu ada followers ke??

Wednesday, February 24, 2010

Family Day Out...

Sabtu petang, tetiba jer ayah bersiap2..ibu tanya nak gi mana ayah??then ayah kata, gi la bersiap..nak bawa anak2 gi jalan & nak belanja makan..ayah sian tgk anak2 boring dok terperok je kat umah.dalam kul 6.30ptg, kita gerak ke bandar..kita ke giant..relax sikit main kat dalam giant tu..kalu main kat playground kat luar, mesti panas lagi..pas main, ayah belanja kfc..tp ibu x mkn pun sbb ibu dah makan nasi sebelum kuar rumah tadi..xtau yg ayah nak belanja.. hehe..jimat r duit ayah..

Sunday, February 21, 2010

B.O.L.A. J.A.R.I.N.G.

Salah satu aktiviti sepanjang cuti raya cina ialah latihan bola jaring..Jabatan ibu menghantar 1 pasukan bola jaring untuk menyertai pertandingan anjuran MAKSAK pada 18-20 Feb 2010, di Stadium Tertutup Gong Badak..ibu pun join gak sbb sgt2 excited..Ini adalah penyertaan pertama Jabatan Audit Neg Trg..ibu excited la nak main sbb lama dh x main sejak habis study kat U dulu..final sem masa kat U dulu pun xleh nak join sbb ibu pregnantkan along..almost 3tahun gak la stop bersukan..paling latest, ibu join main bola tampar, wakil zon timur masa hari sukan Audit tahun lepas..mmg sgt best dapat main bola jaring balik..dan yang palingggg best ialah, berat ibu turun 2kg disebabkan main bola jaring ni…kalu main secara berterusan, jadi lidi la ibu..huhu..so, kat bawah ni adalah gambar2 masa latihan di Sek. Men. Sultan Sulaiman dan gambar masa pelawanan..

Keputusannya, pasukan ibu kalah..Mana tidaknya, coach pun xde..main belasah jer...Jabatan2 lain semua hebat2 belaka..ada gak pemain negeri..xpe, yang penting ibu n the gang dapat experience setelah sekian lama x sertai apa2 perlawanan..tahun depan boleh cuba lagi...caiyookk..

Anak ibu pun sibuk gak nak bersukan..siap pakai sport shoes ibu lagi..
Semoga menjadi atlet yang berjaya kelak..
Sesi latihan di Sek. Men Sultan Sulaiman
ibu di posisi GA

hari pertama perlawanan

ibu nak shoot ni...finally, yes..masuk..

hari kedua perlawanan

Bawa adik Jalan2 K.Trg

Pada 16.02.10, ibu, along, farah, makde, yasmine n maksu jalan2 gi bandar KTrg..ayah x dapat ikut sbb gi keje..sebenarnya gi bandar nak beli tiket utk maksu nak balik Kluang..Maksu datang ngan atok n nenek tapi atok nak balik Kluang awal..maksu lak x puas lagi dok kat umah kita..tu yang maksu kena balik naik bas tu..Semalam kol kaunter bas tu kata tiket ke Kluang ada..pastu hari kita gi nak amik, dia kata dh abis..hampeh tul..mujur ada tiket nak ke Kota Tinggi/JB…beli gak la..kalu x, x sekolah la maksu jawabnya..


Pas beli tiket , kita ke Kedai pasar payang..makde nak cari baju seksi tuk yasmine..haha..maksu pun ada beli sikit cenderahati nak bagi kat kwn2 dia..Ramai sgt org kat Kedai pasar payang…nak parking pun susah..


Habis bershopping, kita gi lak ke Losong..nak cari kopok keping..kopok lekor x beli lagi sbb lambat lagi nak balik..orang pun ramai gak menunggu nak beli kopok…Pas beli kopok, kita gi lak ke Masjid Kristal..makde x pernah lagi tgk masjid kristal..dok sana lebih kurang 1 jam..then, kita pun balik umah..




Berkelah di Teluk Benggala

Pada 15.02.10, kita sekeluarga pergi berkelah di Teluk Benggala, Hulu Terengganu. Sebenarnya aktiviti ni ibu plan dengan kawan ibu, kak nora n family..Kebetulan atok, nenek dan maksu datang dari Johor dan makde yang dok KL pun datang sama dgn anaknya, yasmine..jadi, meriah la sikit aktiviti perkelahan pada hari itu… Pagi2 ibu dan nenek masak mee goreng, nasi putih, wat air sunquick,potong buah nenas dll untuk santapan kita…ayam lak mlm tadi dh perap…tinggal nak dibakar je kat sana..kita gerak dalam kul 9pagi..sampai sana dlm kul 9.45pagi..along apa lagi, terus masuk dlm air…betul2 nak balik baru dia naik..erm..mmg lupa daratan along ni..family kak nora lak sampai lebih kurang kul 12tghari..sbbnya hubby dia keje dulu…so, lambat la sampai..kami sempat gak bergambar..hehe…then, dalam kul 1ptg, kita pun bergerak balik..





Tuesday, February 9, 2010

along nak main buai..

Pada hari Sabtu yang lepas, dalam kul 12.30pm ibu dapat panggilan telefon daripada ayah...(ayah kat tempat keje)..then ayah kata ''ibu wat pe tu??kalu ibu dah basuh baju, ptg ni ayah nak ajak anak2 gi jalan2, main buai...''...huhu..mujur ibu dah siap basuh baju tadi..masa ayah kol tu, ibu tgh memasak..so, ibu jawab ''ok''..pastu, ibu panggil along n bagitau yang ayah nak bawa along n adik gi main buai..nak tau apa along jwb..''yea,yea..nak main buai..''…sambil melompat2..erm, best kalu anak2 dah pandai cakap ni..terhibur gak hati ni..Cuma satu yang paling x best…bila anak2 menangis..lebih2 lagi nangis yang dibuat2..nangis manja la..eeii..mmg bising & bingit..huhu



Monday, February 8, 2010

Aktiviti Menangkap Anak Ikan

Pada hari Jumaat yang lepas, lebih kurang pukul 4pm, kita sekeluarga pergi ke kebun getah ayah untuk menangkap anak ikan…Aktiviti ini dirancang oleh ayah kerana ayah nak anak2nya terdedah kepada aktiviti yang lasak disamping mengenal alam semulajadi yang indah ini..cheh..ibu tgk along sangat happy menangkap anak ikan sampaikan x nak balik umah...farah lak takut nak main air, even jejak kaki kat pasir..asyik nak dukung dan dok bawah ketiak ibu jer..ibu rasa mungkin farah rasa geli kot bila kaki jejak kat pasir tu..hehe..penggeli sangat orangnya...Jom tengok gambar..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...