Ibu ada followers ke??

Monday, April 25, 2011

~~ KURUS & SIHAT ~~



Actulally, hari ni ibu just nak berkongsi dgn visitor blog ni berkaitan
produk pemakanan yang ibu baru try..
produk GREEN FIT drpd AVAIL ni adalah baik
untuk meningkatkan fungsi sistem pencernaan,
meningkatkan tahap metabolisma tubuh,
menggalakkan pergerakan usus,
mengawalatur berat badan dan cegah obesiti dan lain2.
Harga sekotak RM75
produk ni dalam bentuk serbuk dan perlu dilarutkan dalam air utk diminum
selepas beberapa hari cuba, ia mmg bagus selain membantu dlm proses pencernaan,
ia juga boleh menurunkan berat badan
selain dapat membantu mengawal selera makan
ramuan utama terdiri daripada lignin, oligosakarida,klorofil alfalfa, rumput gandum, spirulina, aloe vera, serbuk gandum, sekam benih silium dan serbuk epal
rasanya pun sedap...
Kepada kawan2, anda bolehlah cuba untuk menjaga kesihatan
kerana diri kita amatlah berharga...

Wednesday, April 20, 2011

niece baru!!!

TAHNIAH!!!
Kepada Pak Long & Mak Long (abang ibu) yang telah menerima kehadiran
cahayamatanya yang kedua pada hari ini,
20.04.2011, jam 12.15pm
This is baby boy
Nama diberi MUHAMMAD KHALIS BIN MOHD SUFIAN
Tahniah sebab dah dapat sepasang
Yang sulong girl, NUR DAMIA UMAIRAH BTE MOHD SUFIAN
inilah dia orangnya...
sangat banyak mulut..pasni mcmanalah dia..
Mak Ngah wish semoga Umairah menjadi kakak yang baik kepada adik....

PLAYING TIME!!

16 April yang lepas, selepas ibu balik dari berkursus selama seminggu,
ayah plan nak bawa along dan farah pegi playground kat TTI
untuk bermain..
along dan farah nampak riang dan happy
dapat juga mereka melepaskan alwa 'buas' mereka itu..
ibu pulak amik cuti 2 hari sbb nak menghabiskan masa bersama anak2 ibu
ok, juz enjoy the photos...
menikmati keindahan alam...
sayang adik!!

''biar abg ayun''


sayang ibu saya




x dapat main buai, panjat tiang buai pun jadila..







keta kesayangan ayah
rehat jap...

setiap pelosok tempat along nak gi

that's all...tq..

Sunday, April 10, 2011

Alahai Anakku


baru td ibu kol adik...
adik tinggal kat umah makngah masa ibu berkursus ni
makngah kata adik ada bunyi gak kata nak balik umah ayah
sedang bercakap ngan makngah, ibu dgr adik nak tepon, nk ckp ngan ibu

ibu : adik wat apa tu??
adik: adik nak mandi
ibu : adik kat umah sapa tu??
adik : kat umah makngah
ibu : adik, ibu pegi keje ye..nak cari duit..nanti ibu beli buku cerita baru ye..
adik: ye
ibu : adik jgn nangis ye tido ngan makngah
adik: ye
ibu : adik jgn nakal2 ye, dgr ckp makngah
adik :ye
ibu : adik syg ibu tak??
adik: sayang
ibu : ok la dik, babai
adik:babai

lalu ibu pun memutuskan talian telefon, bimbang berjuraian air mata ni...
ibu kol along tapi ayah x angkat phone lak..
xpela, mlm nnt try kol along lak...

Along Anak Ibu

Alhamdulillah..
Along sekarang semakin komited nak belajar
sebelum ni tau nak main je
bila suruh menulis atau mewarna, cepat bosan
siap kata ''penatlah, nak berehat jap''
adoyaii..
time berkejaran dgn adik x penat lak
2-3 jam tahan lagi
but now, nampak sikit perubahan kat along
ibu lak skrg ni suka belikan buku2 cerita/mewarna/menulis
walaupun buku yg sedia ada x habis tulis/kaler lagi
kdg tu, along & adik bukan nak tulis/kaler sgt
habis buku diconteng dan dikoyak
especially adik time bergaduh ngan along
tp xpela, asalkan along & adik suka kat buku2
skrg ni pun kalu gi kedai, x minta dh mainan
tp nak beli buku baru..
ishhhhh3...


Rindu Kamu!!

Mak aii...tajuk entry...
Actually today ibu dh terbang ke Akademi Audit Negara di Nilai
ibu kena gi kursus selama seminggu
sampai Jumaat 15hb
lama tu!!
Flight pukul 8.15am tadi
pagi tadi pulak hujan lebat, x benti sejak malam tadi
ayah bimbang air naik, so terpaksa bertolak seawal jam 6am..
sebelum bertolak, ibu hantar adik ke rumah makngah
along ikut sbb along dh menangis nak ikut
Alhamdulillah, air xnaik macam hari tu
bimbang jugak ibu sbb hari tu penah terjadi
kang lambat lak sampai airport
k...sambung citer
sampai je kat airport dlm pukul 7am, ibu terus amik boarding pass
pas tu
sempat lagi bergambar dgn along
along kata
''ibu nak naik kapal terbang eh??sy nak ikut''
alahai, siannya kat anak ibu
dia belum merasa lagi naik kapal terbang
xpe along, nanti ada rezki,
InsyaAllah..kita gi jln sabah/s'wak
Amin..
kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat diambil
ibu x lupa belikan along coklat & buku doraemon
sebagai memujuk hati along & adik ibu nak tinggal mereka lama
beli buku bukan boleh beli 1,kena beli 2
kalu x, bergaduh dua org itu..
aduyaiiii
SAYANG KAMU BERDUA
AYAH KAMU JUGA
ibu ♥ ayah along nak bersin...sian along..pagi tadi baru nak kena selsema

excited tgk gambar doraemonmcm nak nyanyi lagu ''Negaraku''


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...