Ibu ada followers ke??

Tuesday, May 31, 2011

broadband oh!! broadband


sebenarnya sekarang ni ibu dalam dilema
nak dftr broadband atau x
td dh rasa excited nak gi Celcom dftr broadband
tp bila dipikir2kan balik, macam bukan keperluan la pulak
kat opis dh ada internet
kat umah lak, sibuk keje melayan anak
xde masa nak berfb2/ berblogging
kalu weekend, mmg byk habis masa menjahit
tu yg rasa broadband tu bukan satu keperluan
macamane eh??
perlukah ibu ada broadband??
kalu ikut government rate, sebulan baru RM50
kontrak selama 2tahun
xlah mahal, tp kalu bukan keperluan, membazir gak RM50 tu kan??
adoyaii
pening kepala ibu
(tp belum sampai tahap sakit kepala la)
so kawan2, tolong bagi idea...


Monday, May 30, 2011

layan!!!!

hahahaha
tengoklah gambar kat bawah ni
ibu sedang mendera along & farah
silotape mulut & tangan mereka supaya mereka dok diam & x memekak
hahahahahaha
jahatkan ibu..
x lah, sebenarnya apa yg berlaku ni semua atas permintaan mereka
bukan ibu yang dh buang tebiat
tapi along & adik
ada ke mereka suruh ibu jadi org jahat
ikat mereka
ibu pun buatlah
x buat kang dorg nangis lak..ada ke macam tu
hahahha
maka dengan itu, ibu layankan je la...
lagi bagus
boleh ibu dok rehat jap, tgk tv dengan aman sekali
~huhu~

then, kat bawah ni lak gambo along dengan hasil keje2 yang dilakukan di sekolah
lembu & topeng
bila bawa balik umah, adik pun nak gak
terpaksa ibu buatkan yang lain utk adik





that's all
tq

SelaMaT PenGantiN BarU

TAHNIAH!!!!!!!
Ibu ucapkan kepada member 1 seksyen,
CHE BADARIAH BINTI NGAH
yang selamat diijabkabulkan semalam
29 Mei 2011
Semoga Bada berbahagia selalu dan cepat dikurniakan baby yang comel2...

Hantaran kedua2 belah pihak


Bada & suami

ibu & aisyah (org johor gak ni)
ibu, kak zi & Ada (anak kak zi)
ibu & pengantin baru
That's all....

Sunday, May 29, 2011

semalam punya citer...

@ opis ibu sebelum kejadian berlaku
(gambar kejadian x snap sbb x igt..hahaha)

ha, pagi ni ibu nak citer kejadian semalam
Alkisahnya ibu dan farah ke opis ibu sbb seksyen ibu kena siapkan keje2 yg patut utk tujuan audit ISO
kisahnya bermula bila ibu hanya bawa sekeping diapers farah
silap ibu gak, rs nak dok lama kat opis tp cuma bawa 1 kpg je
awal pagi tu farah bgtau ''ibu, adik yak''
so ibu bawa la ke bilik air,
bila tgk x yak pun, cume cing je
tp tukar gak la diapers tu sbb dh buka
xkan nak pakai balik kan?
dalam pukul 12tghr tu , farah kata lagi, ''ibu, adik yak''
alamak, camane ni
diapers dh xde
kedai yg terdekat lak kat Mydin
ada la 5minit gak kalu jln
ibu rasa malas nak bawa farah sbb dah la yak, pastu nak jalan kaki lagi
amik banyak masa
lastly, ibu decide nak gi Mydin jap
bila farah sedang leka bermain dgn Adip (anak staf audit), ibu pun berlari ke Mydin
lepas beli, sampai je kat pintu opis, ibu dah dengar suara farah menangis sambil panggil nama ibu ''ibu, ibu, ibu''
farah kalu dh nangis, semua org tau, kuat giler
ibu ingat farah sekadar nangis jer, rupanya dia dah muntah
aduhai anakku, bertambahlah keje ibu
bukan dtg opis nak wat keje ISO je, kena wat keje cleaner pulak
sabar je la ibu
bukan itu je, baju farah habis kena muntah
macamana ni, baju spare x bawa pun
apala ibu ni, semua x bawa..hua!!!
then, ibu minta tolong adik kepada sorg staf ni belikan baju farah kat HARI2
x jauh pun, selang 5 buah kedai dari opis ibu
biasanya farah pakai saiz 5-6
tp ibu lupa nak bagitau budak tu
dibelinya saiz 8
alamak, beso bapok (bhsa trganu)
xpela, nak wat camane kan
kata minta tolong orang
biar tersalah beso, daripada tersalah kecikkan?
boleh gak pakai lama sikit...
ngeee~
itu sajalah kisah pada hari ini k...

Saturday, May 28, 2011

overtime

sekarang ibu di opis
& group member yang lain (PBT)
sibuk update fail2 sbb ISO SIRIM nak datang
ibu bawa farah
along lak ibu tinggal dgn kak G (sepupu along berusia 22 tahun-guru praktikal)
x boleh nak bawa along & adik
x buat keje la ibu jawabnya
kalu farah sorg, boleh handle lagi
farah sgtlah behave skrg ini
sbb dia takut dgn org

Sunday, May 22, 2011

Takziah!!




Kejadian menyayat hati
tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat,
pada hari Sabtu, jam 2.20 ptg.
Berita yang amat mengejutkan & menyedihkan kerana melibatkan kematian
Ibu paling sedih bila mengenangkan mereka itu anak2 yatim
Difahamkan mereka sedang menikmati makanan
Tapi Allah lebih menyayangkan mereka
Apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya
Ibu doakan kepada yang telah meninggal dunia, semoga ditempatkan bersama org2 yang dikasihi-Nya
bagi yang mengalami kecederaan, semoga mereka cepat sembuh
InsyaAllah
Amin...



Maharaja Lawak : R2 Masuk, Man Keluar

MAHARAJA LAWAK
hahaha, suka gak layan program realiti ni
boleh gak hilang penat
minggu ke-8, R2 dapat masuk semula
man lak yang terkeluar
sian tgk muka man masa diumumkan dia terkeluar
btw, jgn risau
Ahmad Idham dah janji nak amik man berlakon utk filem yg akan datang
bertuah badan man
man ni xde la teruk sgt, cuma mungkin dia pemenang raja lawak yg paling last
x sempat lagi nak glamer mcm yg lain2
so, sbb itulah x ramai penonton yg vote utk dia
ibu???
x kuasa ibu nak hantar sms
wat abis kredit jer..
sekadar layan & komen bolehla..heheheh



along + basikal baru!!

Al-kisahnya...
lately, farah dh pandai kayuh basikal along
x nak dah main basikal tayar 3 tu
akhirnya, mereka berdua pun bergaduh
berebutkan basikal along
semalam petang ayah decide belikan along basikal baru
memandangkan along pun dah besar
dan perlu bertukar kepada basikal yang lebih mencabar
along pun sgt excited bila kami nak belikan basikal baru
pening gak kepala ayah masa nak pilih basikal along
tayar jenis apa, rim aloi ke besi, dan macam2 lagi
ibu ikut jer
on the way balik ke rumah, along asyik kata
''ish, bila nak sampai umah ni''
ada tu baru masuk selekoh ke kg. tanggol
lagi 5 minit nk sampai, along kata ''ha, nak sampai dh umah kita''
aduhai anakku..
along sgtlah teruja nak bawa basikal baru
kalu boleh, kat kedai tadi nak dikayuhnya basikal tu
masa umur dia 2tahun dulu, xde la excited sgt dapat basikal
maklumlah, masa tu x pandai lagi nak main/kayuh
adik lak sibuk gak nak basikal baru
ibu kesian gak bila adik pakai yg 2nd hand je
ibu ada gak offer basikal baru, size macam yg dah ada tu
cuma kaler je nak pink/oren, ala2 gegurl gitu
tp adik xnak pulak, dia nak beso mcm abg punya gak...
lastly, x jadilah nak belikan adik punya
dia demand yang lain lak
bukan masalah duit, tp pikir2 dia kecik lagi
dibuatnya jatuh, satu keje lak...
basikal along tu x lah mahal sgt
mulanya tauke bg harga RM190
tawar punya tawar, dapat RM160
ok la, xlah mahal sgt
ada lagi yg mahal, around RM250++
tp ok la dapat yang ni pun..
bukan nak berlumba pun kan...hehe
ok, kat bawah ni gambar mereka di kedai basikal
seterusnya gambar mereka bermain di rumah...

''ibu, adik nak basikal jugok'' dengan nada yg sedih
''basikal ni la ibu'' kata farah dengan begitu yakin ibu akan belikan untuknya..testing2..
sempat lagi ibu snap gambar

benda pertama yang dibuat ketika sampai di rumah,
tanggalkan semua plastik2 yg ada di basikal

main bersama di parking keta ayah
along...
suka sangat dapat basikal baru sampaikan malam pun nak main gak
mujurlah kat parking keta ayah ni ada lampu...
peace happy


''kejar along'' kata adik
adik..
excited gak walau basikal 2nd hand je
dapat gak berlumba ngan along
dan mereka x perlu bergaduh lagi ..
ayah pun sibuk mengemas tempat mereka bermain
basikal 3 tayar boleh dah disimpan for future baby
insyaAllah...
peace 3 jari
puas hati dah dapat basikal baru

''best r ibu''
demikianlah kisah anak2ku bersama basikal mereka
ibu ayah happy bila mereka happy....

Wednesday, May 18, 2011

hobi baru

Sekarang ni, ayah ada hobi baru
bela ikan
Modal RM200+ gak nak start membela ikan ni
termasuk set akuarium, motor untuk tapis kekotoran air,
barang2 hiasan, ubat2 untuk menjaga kebersihan air, ikan dll..
ayah kata ayah suka tengok ikan2 ni berenang
setakat ni, dalam akuarium ayah ada:
2 ekor ikan puyu (ayah tangkap kat tempat keje)
4 ekor ikan lampan (ibu beli)
2 ekor ikan sepat, kecik je (ayah tangkap)
dan 20-30 ekor anak udang (ayah tangkap)
sebenarnya anak2 udang ni ayah nak jadikan makanan untuk ikan puyu
comel je tgk anak2 udang tu memenuhi akuarium

siap tambat akuarium ni
al-maklumlah, anak2 jenis 'aktif' x hengat


ikan puyu


* gambar x berapa molek, snap di waktu pagi yg gelap..huhu


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...