Ibu ada followers ke??

Friday, January 24, 2014

Rahsia 353 my baby V

Rahsia 353?? Tajuk x tahan. . Macam no comel jer kan?? lainla kalu T11S ke kan.. Hahaha

Sebenarnya ibu ni bukanla jenis yg fanatik nak main2 no utk kenderaan baru ni. Tapi bff ibu Cik Marita suggest supaya ibu try masuk tender untuk no 2 angka..
Mana la tahu ada rezeki kan...

So ibu decide nak no 83.. tahun kelahiran ibu..
Based on harga 83 utk TBL yg menang hanya letak harga RM410 jer..
mgkn time tu x ramai yg nak no tu kot..
So this time ibu markup sikit jer.. ibu tender RM550.. xde maknanya la ibu nak tender sampai beribu2.. kalu banyak duit xpe la kan...

15.10.2013, kuar result tender.. ibu x dapat.. yang menang letak harga RM1700..
hahaha.. nak suka pun ada.. ye la, letak harga pun murah jer kan. Hehe

Tapi memangla tender ni bergantung pada rezeki..
 Macam cik marita no TBK42 hanya letak rm666 je.. x sampai beribu pun..
Sorg lagi opismate ibu TBC43 hanya RM320..
Harga paling minimum tu.. tapi dah rezeki dia kan.. 

Menurut kenalan ibu di jpj, kalu huruf comel macam TAN, TAY ke no 2 angka memang semua ditender.. harga pulak tinggi2..
TBM ni ibu rasa x la comel pun hurufnya..
Tu yg berani nak try tu.. memandangkan TBL yg lepas banyak no 2 angka yg x naik dan no 83 hanya rm410..
Tapi TBM ni semua no 2 angka telah ditender.. erm... memang xde rezeki la kan..
Mayb harga kereta turun,  tu yg no cantik2 laku..

So bila dah gagal, ibu plan nak sama no dgn ayah 363..
Then ibu kena gi ke pej pengarah jpj tgk no 3 angka yg dirasakan comel sikit.. x semua 3 angka ada.. harga RM300.
363 xde sbb awal2 mmg booked utk kenderaan jabatan..
Then ayah suggest 505.. ibu x kisah mana pun..
Lastly ayah kata cari no yg dekat dgn 363..
Yg ada 323, 343, 353, 373 dan 383..
Lastly ibu yg pilih 353..
343 dah ada org pakai kat kg kita.. keta proton perdana.. x nak la sama sbb hari2 terserempak dgn keta tu.. huhu...

Begitu la kisah no baby V ibu, TBM353..
Sekian



Ayah

Di saat ini, ayah baru balik dari kebun..
Sian ayah...
Pagi tadi x sempat pun nak bersarapan..
Pagi ni ibu siap masak awal.. masak lauk simple je pun.. dah ini je yg ada dalam peti.. malas pulak nak pegi pasar cuti2 ni.. hehe
Sayur kailan ikan masin dan ikan selar goreng (ikan fav ayah ni.. suka yg kecik2)

Tahun ni ayah agak bekerja keras..
Mana x nya, sebelum ni kebun getah ayah yg 2 ekar tu bahagi 2 orang (upah org Siam buat separuh)
Skrg org siam tu sakit, terpaksa ayah buat utk 2 sesi, pagi dan petang.. 
Kalu x buat sendiri, rugi..
kesian ayah..

Kalu hari sekolah pun, mcm tu juga la rutinnya..
Ibu gerak hantar anak2 gi sekolah, ayah pun gerak gi kebun..
(Anak2 demand nak ibu yg hantar ke sekolah)
ayah balik dalam pukul 12tghri, then amik adik kat pra sekolah jam 12.45..
Then amik along pulak jam 1.15ptg..
Siap2 bagi makan, srh anak2 mandi, siap buat susu ke farah, ayah akan ke kebun semula dalam pukul 2.00 ptg..
Tinggallah anak2 berdua je dirumah.. memang la bimbang tapi apa nak buat..
Saja kami treat anak2 untuk menjadi dewasa dan boleh urus diri sendiri..
automatik Along juga terlatih utk menjadi abg yg boleh take care adiknya..

Lately, tok xde kt rumah.. sbb skrg tok x berapa sihat & stay kat umah anaknya, Makngah yg x bekerja..
Ada la org yg nak caring tok, jaga makan minum dia..

sambung kisah ayah semula...
Then dalam pukul 4.30ptg ayah pun balik..
Balik umah bukan dok saja..
Ayah x berenti buat keje..
Habis tanah disapunya, kemudian dalam rumah pulak..
Ibu balik keje tgk rumah dah bersih dan kemas..
Hilang segala penat lelah ibu bila tgk umah dah bersih.. kdg2 siap tolong angkatkan kain baju dijemuran...
Ibu balik tinggal nak masak dan urus anak2..
Ayah pulak sambung keje lain pulak, tgk lembu2 dia bawa masuk ke kandang..

Banyak pengorbanan ayah terhadap kami anak beranak..
namanya pun tanggungjawab. 
Hanya Allah yg dapat membalas jasa2 ayah..

Kerjaya ayah.. 
Ayah menoreh getah dan kait kelapa sawit..
Yer, memang itu kerja ayah.. muda2 dah buat kerja org tua kan...
Tapi dah itu je kelayakan ayah.. ibu x pernah malu pun dgn kerja ayah..
Ada la kawan opis ibu yg persoal kerja ayah ni.. 
Menyirap jugak darah bila org merendahkan kerja suami ibu kan...

Lalu ibu pun sebaik mungkin backing ayah..
Ibu kata "suami aku keje kebun pun tapi kebun sendiri.. xde dah hutang dgn bank.. boleh jugak pakai kereta dan ada rumah sendri.. umah pn nak masuk 2... keta pulak dah habis bayar.. honda lagi.. org keje gomen pun belum tentu boleh pakai honda.. even yg 2nd hand.. " haha.. amik ko! 
"apa yg nak dibanggakan kerja gomen? Ada tu yg dok kuarters je, umah pn xde lagi.. dok kg boleh juga dapat santan, kunyit, lengkuas, pandan, serai dll free, dok bandar kena beli (bg mereka yg bangga sgt dok bandar)... bla bla bla"..

Banyak la lagi yg ibu suarakan.. tapi dh lupa..
Bukan niat nak riak atau bangga diri tapi itu la bezanya ayah yg keje kebun dgn laki 'dia' yg keje gomen tu.. 
Macam2 hal la manusia ni kan.. 
X paham sungguh.. Bersyukur je la atas apa yg Allah dah bagi..

Siapa pun ayah, apa pun pekerjaannya, ayah tetap yg terbaik untuk ibu dan kita anak beranak..
Sekiranya 1 hari nanti ibu dah tiada dibumi ini, anak2 ibu mesti hormati ayah dan jaga ayah sampai mati..
Nukilan ini pun utk tatapan dan ingatan anak2 ibu, along dan adik..
Semoga anak2 ibu juga menghargai pengorbanan dan jasa2 ayah sepanjang hayatnya..
X kan bau syurga seseorang anak yg derhaka terhadap ibu bapanya..
Ingat tu!!!

Btw, tq abang atas segalanya..
Ibu banyak terhutang budi dgn ayah..
Mudah2an hidup kita diberkati dan dirahmati..
Amin ♥

Thursday, January 23, 2014

Minum petang dgn KFC

Hari ni ibu rasa nak sangat makan golden wrap chicken kfc.
So ibu decide nak drop by kat kfc Marang balik dari keje di dungun..
Anak2 & ayah pun suka makan ayam kfc ni..
Nanti boleh la kita lepak2 kat pondok sambil makan2 balik keje ni.. 
 ni ayah dah siap2 nak gi tgk lembu2 dia
Dah menjadi rutin, ayah balik keje tengahari then urus anak2 sampai ibu balik..
Sebelum ibu sampai rumah, ayah dah ready tunggu ibu kat pondok sambil anak2 main badminton atau basikal atau scooter..
Ibu sampai jer umah terus tukar turn jaga anak2..
Ayah nak jaga lembu2 dia pulak.. haha
Apa2 pun, thanx sayang tolong take care anak2 kita masa ibu gi keje ♥♥
Ini la golden wrap chicken yg ibu nak sgt makan..
This time mcm kureng sikit sbb xde jagung la. x mcm tahun lepas punya... erm :(
X lupa beli air sejuk & ais krim wales favorite kita.. nyum3..
Ergghh.. Alhamdulillah.. kenyang..

Wednesday, January 22, 2014

Taman Lebah Madu Asli | Dungun

Balik keje dari dungun,ibu & the gang singgah di kedai jual madu...
Kat situ jugak kita boleh tgk tempat peliharaan lebah.. tapi kami takut nak gi tengok.. takut kena sengat.. padahal tuan kedai dah bg jaminan yg lebah2 tu x kan sengat pun.. hehee
Antara produk yg dijual..
Dipamer dengan kemas sekali..
Kak zi meronda2 tgk produk dari madu lebah
Ibu x pasti ni ruangan untuk apa..
Mybe nak buat taman bunga untuk lebah2 tu  hinggap kat pokok bunga dan makan kot..
Simbol kedai ni.. cantik kan??
Btw kedai ni terletak di daerah dungun lagi..
Kat Gong Balai rasanya kalu ibu x silap
Ni tempat tinggal lebah2 tu..
Tujuan utama buat kat belakang kedai adalah untuk pamer kat pelanggan yg nk tgk cara dorg pelihara lebah..
Dalam hutan pun ada ditempatkan rumah lebah ni.. dan lagi banyak
Signboard tepi jalan beso
X lupa amik gambo seround
Igt gambo orang pakai tudung.. rupanya lebah kat kepala..
(P/s: abaikan ibu yg semakin comel membulat tu.. huhu)

Wednesday, January 15, 2014

Sian along demam

Sian anak bujang ibu..
Haritu demam 3 hari x sekolah..
Then bila dah sihat 6 hari, demam datang semula...
Demam panas pulak tu.. :(
Ibu berdoa kat tuhan "Ya Allah, Kau transfer la sakit anakku ini ke aku"
Sampai mcm tu sekali doa seorg ibu yg risau anaknya sakit...
Then semalam ayah ibu ajak along gi hospital kuala berang..
Cuti Maulidur Rasul klinik swasta tutup.
Kena la tunggu berjam2 kat hospital sebab ramai org sakit..
Musim demam kot agaknya..
Suhu badan along ni jap naik jap turun..
Masa kat luar hospital ibu rasa badan along panas sangat..
Bila jumpa doc boleh lak suhu badan along 37.4 jer.. ermmm..
Farmasi lak tutup.. stok antibiotik xde kat bilik doc.. 
Yang ada cuma ubat demam jer..
Terpaksa esok lak ayah kena gi amik kat hospital semula...

Ayah muka stress tunggu almost 1 hour sebelum along dipanggil masuk..
Xde manis dah muka tu.. huhu

Adik yang ceria sokmo... ♥
Adik amik gmbo sendiri.. selfie gitu. Haha

Friday, January 10, 2014

Amik angin petang | pantai kelulut Marang

Sekarang ibu sedang buat auditan di dungun.. so tiap pagi ibu akan drive sendiri sampai majlis daerah marang (MDM) & park keta kat situ, then saiful & cik ku ziah akan pickup ibu di MDM untuk ke dungun.. khamis baru ni ibu request ayah hantar ibu ke MDM sbb ibu plan balik keje nanti bolehla ayah & anak2 datang amik ibu.. sementara tu boleh la ajak anak2 jalan2 & makan2 kat pantai kelulut.. lagipun hari khamis balik awal kan.. jom layan jer gambo2 kita anak beranak di pantai kelulut... seronok sedut udara pantai ni. Nyaman je rasa.. Tapi semalam angin pantai bertiup dengan kencang sekali. Rasa mcm nak terbang ditiup angin.. hahaha :) 
 

Wednesday, January 8, 2014

Site visit Audit @ Paka Terengganu

Hari ni ronda2 buat site visit utk kajian perolehan 2013. 
ibu bersama geng Audit ibu, Kak Ku ziah & Saiful..

Sunday, January 5, 2014

Keta baru ibu

Alhamdulillah...
Akhirnya dapat juga hadiah anniversary dari ayah pada hari ni 5.1.2014.. 
(Hadiah byrkan duit muka jer.. bukan beli cash pun)
Setelah berbulan2 menunggu, ibu memperkenalkan baby baru ibu, baby V ♥
Nak dijadikan cerita, bln 8 lagi loan dah approve tapi time tu ibu order honda jazz..

Memandangkan pada bulan 7 harga jazz turun dari 99k ke 75k ( sbb production in Msia), ibu dan ayah terus decide nak beli jazz..
Ayah pulak mcm orang mengantuk disorong bantal..
 passion giler kat Honda mcm keta dia..
Ayah nak jazz kaler putih.. permintaan kaler putih mmg tinggi.. bak kata salesman, orang pantai timur memang suka kaler putih ni..
So x dan production nak kejar.. kaler lain (hitam/silver/coklat) ada je stok..
 Ibu tunggu dari bulan 9 sampai la akhir sekali salesman kata disember konfem & last..

Then pada bulan disember salesman kata januari jugak dapat.. sbb pusat honda tu hutang 5 orang lagi selain ibu :'(
Ermmm memangla ibu dah frust!
Lambat giler...
Dan akhirnya ibu decide nak tukar Vios pulak memandangkan Cik Yatie Hamat, opismate ibu order vios x sampai 2 mggu dah dapat..
Terus ibu call dan ajak ayah pegi pusat toyota survey2 vios pada 11.12.13. (tarikh cantik)..
Ayah plk kebetulan berkenan dengan patern vios baru ni... Alhamdulillah, akhirnya ayah setuju tukar jenis keta.. Ayah pilih kaler silver.. kaler putih ada jer tp ayah x nak la pulak.. jazz nak sgt kaler putih.. isk3.. konfius.
Ayah kata silver senang jaga.. kotor x nampak sangat.. x macam putih & hitam.. gitu la pulaknya :)

Akhirnya dapat juga keta yg ibu minat.. :)
Yg penting ia sedan dan lebih luas compare to jazz..
Asalnya memang ibu ada plan nak beli vios tapi patern baru ni lambat pulak masuk Msia, dalam bulan 9 gitu..
Bila jazz jatuh harga dulu, ibu kira setuju je la  dengan pilihan ayah..
Ibu x nak cakap lebih2 jugak sebab muka keta ayah yang tolong bayarkan kan..
Insurans roadtax lak divide equally.. So x kisahla ikut taste ayah pada mulanya kan?

ibu x jangka akan dpt keta hari ni.. ibu pegi keje bawa keta ayah mcm biasa..
(Viva ibu dah jual kat org sbb org tu nak sangat pakai keta tapi x nak berhutang dgn bank)
Terpaksa rehat tengahari balik umah amik ayah dan adik.. along x ikut..  dapat la peluang adik nak ikut ibu pegi tempat keje ibu petang tu :)
Gambo dalam keta ni pun mek farah la yg snap..
Bertuah sungguh..
Alhamdulillah,  tahun baru ibu dapat pakai keta baru.. happy sgt2..
Syukur Ya Allah atas pemberian ini ♥
masa ni 1st day nak bawa keta baru pegi kerja..
sempat lagi ayah melayankan ibu ek..hihi
Tq abg ♥

Thursday, January 2, 2014

1.1.2014 | 1st day school

1.1.2014
bermula la episod persekolahan tahun 2014
Along darjah 2, adik pra sekolah 6 tahun
jam 7 pagi ibu kejut along & adik untuk ke sekolah..
bereh jer masing2 bangun pagi sebab kalu cuti pun memasing berlumba bangun dengan ibu ayah nak solat subuh.
 


Happy birthday sayang

 Entry tahun baru ibu mulakan dengan sambutan birthday ayah..
ibu belikan ayah kek chocolate moist yang ditempah lebih awal dengan Kak Norlia Musa (fb)..

 HAPPY 35TH BIRTHDAY TO AYAH!!

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...