Ibu ada followers ke??

Sunday, May 29, 2011

semalam punya citer...

@ opis ibu sebelum kejadian berlaku
(gambar kejadian x snap sbb x igt..hahaha)

ha, pagi ni ibu nak citer kejadian semalam
Alkisahnya ibu dan farah ke opis ibu sbb seksyen ibu kena siapkan keje2 yg patut utk tujuan audit ISO
kisahnya bermula bila ibu hanya bawa sekeping diapers farah
silap ibu gak, rs nak dok lama kat opis tp cuma bawa 1 kpg je
awal pagi tu farah bgtau ''ibu, adik yak''
so ibu bawa la ke bilik air,
bila tgk x yak pun, cume cing je
tp tukar gak la diapers tu sbb dh buka
xkan nak pakai balik kan?
dalam pukul 12tghr tu , farah kata lagi, ''ibu, adik yak''
alamak, camane ni
diapers dh xde
kedai yg terdekat lak kat Mydin
ada la 5minit gak kalu jln
ibu rasa malas nak bawa farah sbb dah la yak, pastu nak jalan kaki lagi
amik banyak masa
lastly, ibu decide nak gi Mydin jap
bila farah sedang leka bermain dgn Adip (anak staf audit), ibu pun berlari ke Mydin
lepas beli, sampai je kat pintu opis, ibu dah dengar suara farah menangis sambil panggil nama ibu ''ibu, ibu, ibu''
farah kalu dh nangis, semua org tau, kuat giler
ibu ingat farah sekadar nangis jer, rupanya dia dah muntah
aduhai anakku, bertambahlah keje ibu
bukan dtg opis nak wat keje ISO je, kena wat keje cleaner pulak
sabar je la ibu
bukan itu je, baju farah habis kena muntah
macamana ni, baju spare x bawa pun
apala ibu ni, semua x bawa..hua!!!
then, ibu minta tolong adik kepada sorg staf ni belikan baju farah kat HARI2
x jauh pun, selang 5 buah kedai dari opis ibu
biasanya farah pakai saiz 5-6
tp ibu lupa nak bagitau budak tu
dibelinya saiz 8
alamak, beso bapok (bhsa trganu)
xpela, nak wat camane kan
kata minta tolong orang
biar tersalah beso, daripada tersalah kecikkan?
boleh gak pakai lama sikit...
ngeee~
itu sajalah kisah pada hari ini k...

Saturday, May 28, 2011

overtime

sekarang ibu di opis
& group member yang lain (PBT)
sibuk update fail2 sbb ISO SIRIM nak datang
ibu bawa farah
along lak ibu tinggal dgn kak G (sepupu along berusia 22 tahun-guru praktikal)
x boleh nak bawa along & adik
x buat keje la ibu jawabnya
kalu farah sorg, boleh handle lagi
farah sgtlah behave skrg ini
sbb dia takut dgn org

Sunday, May 22, 2011

Takziah!!




Kejadian menyayat hati
tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat,
pada hari Sabtu, jam 2.20 ptg.
Berita yang amat mengejutkan & menyedihkan kerana melibatkan kematian
Ibu paling sedih bila mengenangkan mereka itu anak2 yatim
Difahamkan mereka sedang menikmati makanan
Tapi Allah lebih menyayangkan mereka
Apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya
Ibu doakan kepada yang telah meninggal dunia, semoga ditempatkan bersama org2 yang dikasihi-Nya
bagi yang mengalami kecederaan, semoga mereka cepat sembuh
InsyaAllah
Amin...



Maharaja Lawak : R2 Masuk, Man Keluar

MAHARAJA LAWAK
hahaha, suka gak layan program realiti ni
boleh gak hilang penat
minggu ke-8, R2 dapat masuk semula
man lak yang terkeluar
sian tgk muka man masa diumumkan dia terkeluar
btw, jgn risau
Ahmad Idham dah janji nak amik man berlakon utk filem yg akan datang
bertuah badan man
man ni xde la teruk sgt, cuma mungkin dia pemenang raja lawak yg paling last
x sempat lagi nak glamer mcm yg lain2
so, sbb itulah x ramai penonton yg vote utk dia
ibu???
x kuasa ibu nak hantar sms
wat abis kredit jer..
sekadar layan & komen bolehla..heheheh



along + basikal baru!!

Al-kisahnya...
lately, farah dh pandai kayuh basikal along
x nak dah main basikal tayar 3 tu
akhirnya, mereka berdua pun bergaduh
berebutkan basikal along
semalam petang ayah decide belikan along basikal baru
memandangkan along pun dah besar
dan perlu bertukar kepada basikal yang lebih mencabar
along pun sgt excited bila kami nak belikan basikal baru
pening gak kepala ayah masa nak pilih basikal along
tayar jenis apa, rim aloi ke besi, dan macam2 lagi
ibu ikut jer
on the way balik ke rumah, along asyik kata
''ish, bila nak sampai umah ni''
ada tu baru masuk selekoh ke kg. tanggol
lagi 5 minit nk sampai, along kata ''ha, nak sampai dh umah kita''
aduhai anakku..
along sgtlah teruja nak bawa basikal baru
kalu boleh, kat kedai tadi nak dikayuhnya basikal tu
masa umur dia 2tahun dulu, xde la excited sgt dapat basikal
maklumlah, masa tu x pandai lagi nak main/kayuh
adik lak sibuk gak nak basikal baru
ibu kesian gak bila adik pakai yg 2nd hand je
ibu ada gak offer basikal baru, size macam yg dah ada tu
cuma kaler je nak pink/oren, ala2 gegurl gitu
tp adik xnak pulak, dia nak beso mcm abg punya gak...
lastly, x jadilah nak belikan adik punya
dia demand yang lain lak
bukan masalah duit, tp pikir2 dia kecik lagi
dibuatnya jatuh, satu keje lak...
basikal along tu x lah mahal sgt
mulanya tauke bg harga RM190
tawar punya tawar, dapat RM160
ok la, xlah mahal sgt
ada lagi yg mahal, around RM250++
tp ok la dapat yang ni pun..
bukan nak berlumba pun kan...hehe
ok, kat bawah ni gambar mereka di kedai basikal
seterusnya gambar mereka bermain di rumah...

''ibu, adik nak basikal jugok'' dengan nada yg sedih
''basikal ni la ibu'' kata farah dengan begitu yakin ibu akan belikan untuknya..testing2..
sempat lagi ibu snap gambar

benda pertama yang dibuat ketika sampai di rumah,
tanggalkan semua plastik2 yg ada di basikal

main bersama di parking keta ayah
along...
suka sangat dapat basikal baru sampaikan malam pun nak main gak
mujurlah kat parking keta ayah ni ada lampu...
peace happy


''kejar along'' kata adik
adik..
excited gak walau basikal 2nd hand je
dapat gak berlumba ngan along
dan mereka x perlu bergaduh lagi ..
ayah pun sibuk mengemas tempat mereka bermain
basikal 3 tayar boleh dah disimpan for future baby
insyaAllah...
peace 3 jari
puas hati dah dapat basikal baru

''best r ibu''
demikianlah kisah anak2ku bersama basikal mereka
ibu ayah happy bila mereka happy....

Wednesday, May 18, 2011

hobi baru

Sekarang ni, ayah ada hobi baru
bela ikan
Modal RM200+ gak nak start membela ikan ni
termasuk set akuarium, motor untuk tapis kekotoran air,
barang2 hiasan, ubat2 untuk menjaga kebersihan air, ikan dll..
ayah kata ayah suka tengok ikan2 ni berenang
setakat ni, dalam akuarium ayah ada:
2 ekor ikan puyu (ayah tangkap kat tempat keje)
4 ekor ikan lampan (ibu beli)
2 ekor ikan sepat, kecik je (ayah tangkap)
dan 20-30 ekor anak udang (ayah tangkap)
sebenarnya anak2 udang ni ayah nak jadikan makanan untuk ikan puyu
comel je tgk anak2 udang tu memenuhi akuarium

siap tambat akuarium ni
al-maklumlah, anak2 jenis 'aktif' x hengat


ikan puyu


* gambar x berapa molek, snap di waktu pagi yg gelap..huhu


Aktiviti di Hari Wesak

17 Mei 2011
cuti kelepasan am persekutuan
aktiviti pada hari ini bermula jam 6.30pg
bangun utk menjalankan tanggungjawab kepada Yang Esa
then, relaxkan minda sebelum start memasak sarapan pagi
ibu cuma buat mee goreng dan air teh
pas siap memasak, basuh baju
siap sidai baju, sapu umah sikit2, wat susu anak
biar anak2 tgk tv dulu
then, dalam pukul 8.00 pagi start potong kain pasang nak buat baju kurung riau
amik masa 5 jam untuk menyiapkannya
itu termasuklah menguruskan anak2, mandikan mereka,
belum lagi bila mereka buang air besar, bergaduh, nak sarapan pagi dan macam2 karenah
akhirnya, dalam pukul 1.00 ptg, siaplah sepasang baju kurung riau ibu
ini dia gambarnya>>>

*tudung 2 helai ini telah dijahit pada malam harinya
then, lepas zohor, kami bersiap2 utk join pejabat ibu wat mkn2 & bbq
bertempat di masjid terapung, chendering, k.trg
sampai di sana lebih kurang pukul 3.00ptg
ada yg bawa mee goreng, satay ikan, lemang, kopok keping, air sirap
cendol, puding, buah colek dan macam2 lagi la
ibu cuma kirim org belikan kopok lekor rebus je
okla kan..
dorg pun masing2 dah bawa sikit2
memang happening
dekat pulak dgn playground
tepi pantai lagi
mmg best!!
along & farah adalah insan yg paling suka sbb mereka dapat melepaskan gian nak lari2
along nampak sgt2 letih tp dia tetap bertenaga
adik relax je sbb tghari tu dia dh tido
along jumpa kawan baru terus melekat
xnak balik
melalak nangis, mengamuk xnak balik
lastly, masuk je dlm keta, bg susu
terus zzzzzzzzzzz...

@ playground

dalam pukul 5.00ptg, kami pun beransur pulang
sgt penat but HAPPY!!

Monday, May 16, 2011

selamat berpencen

SELAMAT BERPENCEN
diucapkan kepada senior Audit, Kak WAN ZAINUN, seksyen Persekutuan (Kastam)
Beliau akan bersama2 kami di Jbtn Audit sehingga Khamis ini, 19.5.2011
Kami doakan kak Wan dikurniakan kesihatan yang baik
dan berbahagia hingga ke akhir usia..
Farewell party untuk kak wan telah diadakan di Primula Hotel, K.Trg
bermula jam 2.00pm - 6.00pm
x semua staf Audit yang join
Sebenarnya seksyen Persekutuan je yang anjurkan farewell ni
tp ibu pun di ajak oleh teman ibu di seksyen tersebut untuk join
ibu xde masalah
boleh gak bw anak jalan2 di hujung minggu
cuma ayah x dpt nak ikut sbb ada keje last minit dgn ayah long
but it's ok
''ibu boleh handle kamu berdua''
(hati ibu berkata sblm ke majlis tersebut)

tp bila dh berada di hotel tersebut,
along & adik sibuk nak mandi kat swimming pool
x kesah dh pasal makan
ibu mmg standby bw baju siap2 tp bila tanya kat kaunter
kami x dibenarkan mandi melainkan sewa 1 bilik
x berbaloi pulak rasanya nak sewa bilik
kalu ayah ada, ok gak
happening sikit
ni ibu dah mcm janda la pulak
mandi2 ngan anak tanpa suami disisi
adoyaii
finally, ibu decide nak gerak dulu
x tahan dgn karenah along & farah yang berlari2 ke sana sini
panjat sana sini
dan yang paling malu bila along & adik nak amik mikrofon,
nak menyanyi gak
aduhai...
mmg xleh handle
makan pun x senang, makanan x sempat nak jatuh ke perut
kalu ayah ada, along takut sikit
lebih2 lagi bila ayah wat kerling mata...
hhmmm..inilah dia Kak Wan Zainun, sedang memberi ucapan.

hadiah utk kak Wan

ibu & kak yana + mariam nabilah
antara staf Audit yang join
ibu dgn anak2 ibu yang aktif x hengat
ibu+ haiqal with aisyah salehah

Sunday, May 15, 2011

pemeriksaan kesihatan percuma

Hari ni ibu ada appoinment utk injection (family planning) for every 2mnths
sampai kat LPPKN, ibu tgk ramai org
rupa2nya, LPPKN buat pemeriksaan kesihatan secara percuma
sempena hari ibu
selama 8 hari sejak 8hb hingga 15hb Mei
kami di jabatan audit (berjiran) pun xtau
mungkin iklan tu x sampai ke pejabat kami
bukan saje pemeriksaan kesihatan seperti cek kencing manis, darah tinggi, kolestrol yg percuma
tp kalu nak wat pap smear, suntikan, pil utk planning family pun percuma
Alhamdulillah
ibu xde kencing manis, kolestrol pun rendah
cuma darah ada rendah sikit
tp nurse tu kata ok, as long ibu x rasa pening, xpe..
dan lagi satu berat ibu dh ideal dgn tinggi
cumanya berat ibu dh hampir dgn maksimum...
so, kena pastikan berat tidak melebihi maksimum..
ibu akan cuba untuk maintainkan berat badan tu
InsyaAllah..
gambar kat bawah ni ialah keputusan pemeriksaan tersebut:
bawah ni pulak ialah cenderahati daripada LPPKN kerana membuat pemeriksaan itu
tq LPPKN...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...