Ibu ada followers ke??

Thursday, July 21, 2011

Lawatan Prasekolah Ke Zoo Kemaman

Pada 19 Julai yang lepas, ibu telah menyertai lawatan sambil belajar kanak2 prasekolah
ke zoo kemaman
ibu bapa digalakkan untuk mengiringi anak mereka
jadi ibu pun ambil cuti rehat untuk ke zoo temankan along
kami berkumpul di perkarangan sekolah pada pukul 7.30 pagi dan bertolak pada jam 8.00pagi
sampai di zoo kemaman lebih kurang jam 11.00 pagi
ok, enjoy gambar2 di bawah:

along dalam bas
ibu & along
along yang x boleh dok diam, nak ke sana ke mari dalam bas
baju PJ prasekolah, daerah hulu terengganu
kanak2 riang yang kebosanan dalam perjalanan

sampai di zoo kemaman
along excited tu..
duduk dulu tunggu mini train
''lambatnya nak masuk dalam zoo ni'' fikir along
sebelum masuk zoo tengok map dulu
(macam paham jer)
along & kawan sekolahnya
pimpin ibu, takut hilang..
sbb along pernah hilang kat zoo negara sebelum ni
''ibu, tgk ikan tu''
wah.. ikan naga, besonya!!
along kata ''kalu jatuh kat dalam akuarium ni, abisla kena makan''
bestnya tengok ikan
ibu pun nak interframe gak
asyik ambik gambo along jer..
beruang tengah bergomol
pak belang
pak belang sedang minum air
area kancil, bangau, tapir dll
ibu, tengok tapir tu
tapir
bangau
ayam apa ntah ni
welcome to area taman orkid, buaya, kuda

buaya tembaga
ni buaya apa ntah namanya
lupa nak baca signboard
ular sawa kekenyangan
mana x nya, ada lagi 2 ekor ayam gemok kat situ
ular sawa lain yg sedang tido
main sebentar di taman permainan berhampiran kolam mandi


kolam mandi, orang dewasa pun leh mandi
ibu siap bawa baju spare
tp xde sorg pun penjaga yang mandi, so malu r nak mandi
ramainya, penuh kolam mandi
kanak2 riang ria sangat excited mandi, macam x pernah jumpa air

dah macam ikan talapia merah, berenang2 dalam kolam


along kepenatan dah tu..


lepas mandi & dah tukar baju pun

nak balik dah

keletah si monyet..suka budak2 kecik ni
si monyet menunjukkan aksinya


tunggu mini train, nak ke pintu gatepeace..
kawan2 along
singgah di Mesra Mall, Kemaman untuk solat zohor & shopping!!!
sampai di Mesra Mall jam 3.15 ptg
along ingat replika tu mainan..siap nak beli lagi..
''wah, cantiknya ibu'' kata along
Dan yang paling best, sempat lagi ibu beli handbag & kasut untuk beraya sakan tahun ni..
Along pun ibu belikan sandle untuk raya
beli sikit2 senang, nanti dah dekat nak raya x kelam kabut
maklumlah ,tahun ni raya kat Johor
tu yang excited lebih sikit tu
huhu

bas bertolak dari Mesra Mall ke Terengganu jam 5.00 ptg
otw balik, along terus zzzzzzzzzzzz
kepenatan seharian bermain
makan pun sikit je tadi
terlalu excited lihat binatang sampai makan pun xnak..
Jam pukul 6.45ptg kami pun sampai di perkarangan sekolah
Alhamdulillah, selamat sampai...
Ayah & adik sudah menunggu
Adik asyik bertanya ibu & along kemana
Ayah kata, dari tghari tadi adik asyik tanya kenapa along x balik2 dari sekolah
Lepas along bercerita, adik kata
''ibu, esok kita gi naik bas eh, tengok harimau, buaya. ibu, adik ngan ayah je..along x boleh ikut sbb dia pegi dah.."
Alahai, kesiannya farah..
Lawatan ini mmg best & seronok
Amat berpuas hati
lain kali pegi lagi, bawa farah pulak..
daa..

Monday, July 18, 2011

style rambut adik yang baru

taraaa...
inila dia style rambut baru farah
ibu bawa farah ke kedai gunting rambut
ibu nak potong sendiri x pandai
farah pulak aduhai, sangatlah penakut
time kat kedai tu, ibu terpaksa riba farah
suruh dok sorg2 kat kerusi potong rambut tu dia x nak
lebih rela menangis
abis baju ibu kena rambut2 farah yg telah dipotong
x kisahlah, asalkan rambut farah x serabut mcm sebelum ni
ayah suka farah berambut panjang tapi masalahnya, farah ni x suka ikat rambut,
even nak letak klip rambut pun dia x nak
nampak beso je kepala tu
itulah sbbnya ibu nak sangat potong rambut farah
bila dah pendek macam sekarang ni, sedap sikit mata memandang

sesi bergurau senda dgn abang
time berbalah x hengat..
suka sgt farah..
apalah yang dibincangkan tu...
daaa....

Durian Ohh Durian

Musim durian datang lagi
Kebun ayah ada la jugak hasilnya walaupun x banyak
tp bagi family kita, ayah la satu2nya insan yang paling gembira bila sampai musim ni
ayah mmg ''hantu'' durian
tok pulak x boleh makan banyak memandangkan tok ada darah tinggi & kencing manis
kalu dh makan durian, karang x boleh makan ubat lak
tok pun sebenarnya hantu durian gak
tp kerana kekangan penyakit tu, maka seleranya perlu dilimitkan
ibu pulak x berapa excited nak makan durian
makan sikit bolehla
xtau la, sejak kecik lagi x berapa suka nak makan
tok selalu tanya ibu ''ti, nape x makan durian tu''
apa yg boleh ibu jawab ''nnti yati makan la mak''
farah x makan langsung, along lak 2,3 suap nak terkeluar balik
aduyai
ayah lak kalu dh melantak 2-3 biji, mula la pening kepala
dh, banyak sgt makan
apa la nak jadi, org yg xde durian, nak beli
org yg dah ada, x di makan
kdg2 time ibu makan durian, teringat kat adik2 ibu kat kl & melaka
bestnya kalu mereka ada beramai2 membedal durian ini
sbb masa kecik2 dulu, abah beli sebakul besar/seguni durian bila sampai musim durian
maklumlah anak ramai
makan ramai2 baru best!!
~~ rindunya kat mereka~~durian yang baru ayah kutip
along cuba nak makan durian
isi yang nampak sedap, tp x menarik minat pun..huhu
ayah perabih sorg2..

Sunday, July 17, 2011

aktiviti anak weekend

Inilah dia aktiviti anak-anak ibu
Saje nak menarik minat mereka utk belajar
mula tu ibu beli 2 set meja belajar
then ibu beli whiteboard
boleh r main cikgu2 masa cuti
but time foto ni diambil, ibu x gantung lagi whiteboard ni kat dinding
maka, anak2 ibu pun nak jadi cikgu gak..
aduhai anak ibu
dulu2 ibu ada gak berangan2 nak jadi cikgu
tapi Allah tidak mengizinkan ibu jadi cikgu
mybe sbb ibu ni cepat panas kot
tu yg x layak jadi cikgu
2 kali dh apply KPLI, tp xde rezki
lastly, lupa terus impian nak jadi cikgu
jadi cikgu utk anak2 ibu je la..ngee~~apa la along lukis tu
(abaikan si tecik yg x berbaju tu)


ibu suruh wat lain, lain lak yang dia buat
aduhai
ibu suruh follow je tulis balik nombor2 tu sampai ke bawah, tapi...

inila hasilnya..hahaha
ikut pandai along la...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...