Ibu ada followers ke??

Sunday, February 3, 2013

Program "My Beautiful Malaysia"

Anda pernah dengar acara ''My Beautiful Malaysia''..
Acara yang diwar2kan oleh Perdana Menteri kita, Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak..
Acara akan diadakan pada 3 Feb 2013 di seluruh Malaysia...
So pada hari ini, ibu pun turut serta setelah menerima memo yang telah diemail sendiri oleh Tuan Pengarah JANT dan beliau telah meWAJIBkan semua staf hadir...

 Lokasi ibu turut serta: Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

 acara bermula jam 8.30 pagi..
ibu sampai betul2 jam 8.30 pagi tp acara x start pun lagi..
jalan jem x hengat...
sampai sana, orang dah ramai... parking pun susah dah nak cari..
mujurlah ada rezeki ibu, sampai je kat depan deretan kedai2 makan, ada kereta orang nak keluar.. Alhamdulillah..

 ramai budak2 sekolah jugak



 ibu x jumpa sorang pun kawan opis ibu sebab orang terlalu lah ramainya.. haihhh~
ibu kol opis mate ibu, Kak Zi then jumpa kat depan A&W..
anak2 dia pun ada juga... lega sikit dah jumpa kawan..
see, x sempat nak breakfast.. sampaikan bergambar pun kuih pau x lepas dari tangan..hahahah




 acara dah bermula.. mula2 biasa la... ucapan dari YAB Menteri Besar Terengganu
 

 pastu acara senamrobik lak..
ibu x boleh la nak senamrobik..
ada handbag kat tangan...
member2 pun x ramai... so x meriah nak bersenamrobik
so ibu jadi pemerhati yg berjaya je la..



 ramai gak yg jadi pemerhati jer :)

 ibu & kak Zi.. senior satu seksyen, PBT
 Kak Zi & Kak Earnie... kami baru balik dari breakfast.. makanan pun ntah apa2 jer yg tinggal...
orang ramai sangat..

 En Rosla & Pengarah JANT, Tuan Haji Ridzwan bin Abdullah...
nak pencen dah Tuan Pengarah habis bulan Feb 2013 ni..


 Bawah ni pulak En Azmi bin Mohammad..
 Timbalan Pengarah JANT..
sangatlah suka mengusik orangnya....
 ni konon2 simbolik sempena ''My Beautiful Malaysia'' la ni
YAB Menteri Besar Terengganu memotong dahan2 pokok menggunakan mesin stihl.. 
(nama mesin diberitahu oleh en.rosla..huhu)


baik2 tadi pakai topi kaledar, YAB buka sudah..
panas kot :)
 seterusnya mereka menanam pokok rhu di area belakang playground di Pantai Batu Burok nih..





banyak jugak pokok2 rhu yang ditanam.. tengok lah..
ibu x snap semua pokok..
Actually makan tengahari disediakan.. antaranya nasi minyak, nasi dagang, bihun dan lain2..
tapi ibu x makan pun sebab xde selera..
otw balik nampak ada orang jual jagung bakar ni... 
harga RM2.50 sebatang..
rasa macam nak makan jagung, so ibu pun beli...
kesimpulannya, ibu pun macam x berapa nak faham tujuan utama program ni dibuat..
rasa macam rugi masa je berada disitu.. ssstttt...
better ibu berada di opis & siapkan pemerhatian AI di MPD yang baru selesai dijalankan minggu lepas.. haihhh ~
Ampun yer PM..... ngee~

Saturday, February 2, 2013

kasut sekolah along

gambar kat bawah ni ialah kasut sekolah along mulai sesi 2013..
tapi along sekarang ni dah pandai nak menjangok dan komplen apa2 yg dia rasa x sesuai/ x sedap pakai..hahaha
 masa ibu ayah beli kasut ni dulu rasanya dah muat molek dengan kaki along..
cuma amik saiz besar sikit bimbang baru pakai kejap dah ketat kan... 
siaan pulak kalu x selesa pakai ke sekolah..

 tapi lain pulak jadinya...
along kata x selesa sebab longgar..
kalu nak berlari kat padang, mcm nak terbuka je kasut dia..hahaha..
ibu kata pakai je la dulu, nnt besar la kaki along tu...
lagipun baru nak masuk bulan kedua persekolahan... sayang kasut baru beli kan...
punya la along x selesa pakai, sampai dia tarik panjang gelebeh pelekat kasut tu.. mcm gambar kat bawah ni.. nak ketatkan punya pasal... :)
haihhh.. x boleh jadi nih..
sian anak ibu kat sekolah hari2 kalu pakai kasut x selesa sepanjang setengah hari kan.. :(
no matter what ibu mesti beli kasut lain..
berapa RM sangat kan harga sepasang kasut jika nak dibandingkan gembiranya along nak ke sekolah...
so semalam ibu ayah ajak along ke Kedai Kasut You (ni je la kedai yang biasa orang2 Terengganu beli kasut sekolah..hahah)
 beli lagi 2 pasang kasut sekolah along..
semoga along happy sokmo ke sekolah dan belajar rerajin ye nak...
semoga menjadi anak yang cerdik dan berbakti kepada negara.. InsyaAllah.. Amin..
jenama Diadora, tapi patern macam gegirl punya kasut kan??
dah ini yg along pilih, turutkan sajaaaa...

Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Arwah

Semalam, 1 Feb 2013 kami adakan majlis bacaan yassin & tahlil untuk arwah ayah
Majlis diadakan di rumah makcik..
Perancangan awal nak buat kat rumah kita..
memandangkan ruang tamu x berapa nak luas, so buat kat umah makcik je la senang...
Ibu dan anak2 ke rumah makcik lewat sikit dalam pukul 10.00 pagi
selesaikan kerja2 kat umah dulu...

pagi2 dah dijamu dengan durian crepe.. Kak G beli kat pasar losong pagi tadi masa beli lauk..
jangan x caya, kat pasar pun ada jual durian crepe ok..
sedap jugak rasanya.. 
adik isi minyak dulu..
 ramai dah orang yg datang menolong...






 ibu tolong kerja2 simple jer..
kupas mengupas..hehe


 majlis start jam 3 petang..
 ibu dah ready nak baca yassin ni :)
ibu siap2 bawa baju ke rumah makcik, malas nak balik umah.. 
 maklong Kak G, belah ayah dia
 menu hari ni: 
nasi putih, daging gulai, tulang singgang, sayur kulit rambai, sambal belacan, ikan masin, tembikai, karipap, tapai ubi & tapai pulut dalam daun getah...
 masa ni dah habis baca yassin & tahlil..
masa untuk makan..




adik isi minyak lagi...


 mak ngah tambah lauk


Alhamdulillah... semoga arwah ayah tenang di sana..
arwah Muda bin Daud...
juga x lupa arwah emak ibu, Tukiah binti Alimon..
Al-Fatihah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...