Ibu ada followers ke??

Monday, June 2, 2008

...PeGi ShoPPinG...




haiqal ni x boleh bawak gi shopping la...time nak berjalan, time tu la nak tido..kat umah xnak tido..tgk la gaya2 haiqal ni..terpaksa ibu beli bantal satu n baringkan haiqal dalam troli tu...sorong ke mana-mana..mula2 ibu letak kerusi kecik dalam troli tu tp susu x boleh masuk plak dlm mulut..so ibu amikla bantal....org tgk je ibu sorong haiqal tgh menyusu..masa ni ibu berdua je ngan haiqal sbb ayah ada hal nak modified keta dia...ibu lak bosan dok umah hujung minggu...so, ibu bwk haiqal gi shopping..x beli byk brg pun...just nak hilang boring je dok umah..ayah ajak join dia, tp ibu malas la ikut ayah tu....x suka bab2 keta ni...dahla tmpt xde econ..tggu lama..hihi...(high demand la plak)...

**KERETA BARU AYAH**




ini la keta baru ayah...x la baru...2nd hand je...dah lama ayah idamkan keta ni, menggantikan keta wira ala-ala lanser tu...ayah ni suka bikin2/modified keta..bape byk dah berhabis kat wira tu...cat body je dah habis RM2k lebih..x sampai setahun lg....tu belum accessories lain...skrg sng2 je jual..tp itu adat la kan...keta ni ayah baru dapat mggu lepas..ayah beli cash...around RM36k something...ibu x amik tau sangat..yg penting jgn sampai ibu nak kecek duit, xde..nanti ibu mengamuk..hahah...gambar ni diambil di rumah kat kuantan..baru beberapa minggu dapat, dah tukar tayar, sport rim, tinted, seat n mcm2 lagi la...panas je ibu...

haiQal naK Jadi HaRimaU



anak ibu yang sorg ni x lama lagi akan jadi harimau la plak...mana x nya, suka bebenor gigit ibu...sampai luka dibuatnya..gambar tu bukan tangan yang sama tu...tu belum lagi yang kat bahu...emm...xtau la anak ibu ni..tu belum lagi keluar adik haiQal..ntah2 nanti jadi mangsa seterusnya...ayah pun jadi mangsa haiqal gak...tp ayah boleh tahan..xde la sampai tinggal kesan..tp kulit ibu ni sensitif..terus merah, luka n tinggal kesan lg...xpela nak, selagi x buat ibu sampai masuk hospital sudah la..heheh...

MaNdi LaUt.......










ni la gambar2 masa kita mandi laut kat Telok Kalung, Kemaman....ibu nak sangat mandi laut...rindu pulak rasanya sbb lama dah x mandi laut...kita tido rumah ayahda n mokda sbb laut tu belakang rumah dorg je....kita gi hari sabtu, 24hb mei 07....balik kuantan ahad tu...haiqal pun pantang gak jumpa air...ayah je x mandi...xnak keta dia basah la tu...ibu pulak kena jalan kaki dengan sepupu2 haiqal yg lain balik rumah sbb ayah xnak keta dia basah n kotor...x jauh pun...at least ibu boleh gak exercise nak bersalin adik haiqal nanti kan...heheh...ibu puas hati sgt dpt mandi laut hari tu...mokda siap wat kuih tuk makan2 masa mandi kat pantai...haiqal pun sempat gak ibu timbus kaki dia dalam pasir....x marah pulak dia ibu buat camtu..haha...

Nak Makan KFC Sangat2....

29hb mei yg lepas, ibu ajak ayah pegi KFC kat TC (Teluk Chempedak) sbb ibu rasa teringin je nak makan KFC lepas tgk gmbr kat tv...hehe..kelakar je...ni angkara adik haiqal la ni...adik haiqal yang nak makan kot....
kebetulan ibu cuti hari tu, kita pergi lepas asar...lepas makan, haiqal nak berlari2 pulak kat dataran TC sambil tgk org main layang2 n wau kecil...suka sangat haiqal ibu tgk..mujur la haiqal kecil lagi..kalu x mesti nak main gak...ayah ada gak kata ngan ibu, kalu haiqal dah pandai main, tentu ayah belikan....tp... basikal roda 3 yg kat umah tu pun x berapa pandai main lg, ini kan pula nak main layang2...lupakan la niat tu....hihihi...tgk je jadi la...










Tuesday, May 13, 2008

berpiSah dEnGaN haiQaL

Pada 5hb-9hb Mei yang lepas, ibu ke KL menghadiri seminar Audit Dalam KPM kat Dynasty Hotel...ibu terpaksa berpisah sementara dengan haiQal dan ayah..haiQal dok kat kg dengan tok, toki dan ayah....lama haiQal berada kat kg, dapatlah haiQal bermain dengan abgcik....semasa ibu berada kat KL, fikiran ibu asyik teringat haiQal je..ayah pun ibu ingat jgk sikit2..hihi...kebetulan
haiQal demam...mgkn sbb berpisah ngan ibu kot....xtaula...tp x lama...2hari baik dah...

sempat gk la ibu amik gambar masa kat hotel tu...sementara tunggu lif yang lambat tu, ibu posing la ngan member2 ibu...saje nak lepas boring....ibu pun ada gak amik gambar pemandangan malam di KL dari bilik ibu...siang malam x henti2 bunyi siren polis dan ambulan...mmgla kota KL ni x lepas dari kes2 jenayah, kemalangan dan kesesakan lalu lintas...emmm..best lagi dok kg atau kuantan..heheh..tenang je..

ibu rasa setakat ni je la.....ibu xde idea dah nak tulis lagi...



Monday, May 12, 2008

= BERKELAH DI SEKAYU, TRG =

Pada 2 Mei yang lepas kita sekeluarga n family makcik pegi berkelah kat air terjun sekayu..ibu tiba2 teringin bebeno nak gi sekayu, mandi air terjun...pagi2 kita gerak dari umah walaupun jarak dari umah kita cuma 15km je..hehe..bukan apa, hari tu hari jumaat..tghari ayah n ayahcik nak sembahyang jumaat...lagipun x best la nak mandi kalu org ramai kan..best sgt dapat berendam dalam air...tp sejuk giler...haiqal pun berendam gak...x takut lgsg masuk air...sejuk sampai menggigil badan haiqal tp bila ibu wat naik darat, haiqal menjerit xnak naik..suka beno main air...tapi bila ibu tgk bibir n jari2 haiqal dah pucat, ibu wat naik gak takut haiqal demam lak...lagi pun air mmg sejuk sgt..ibu pun x tahan sejuk, apa lagi haiqal yg masih kecik...ibu balut haiqal ngan tuala,pastu ibu bg susu suam2 panas...sedap sikit...dpt la kontrol sejuk tu... lepas haiqal minum susu, haiqal nak mandi lagi...ayah amik haiqal.tiba2 ayah tergelincir n haiqal pun terselam sama.sian haiqal...terus takut n xnak mandi lg...mgkin fobia kot...ibu ajak mandi tp haiqal geleng kepala n nangis...ibu pun terpaksa tamatkan mandian ibu....ibu rasa hepi sgt hari tu, tp syg...masa kita semua mandi, xde sapa yang nak jd fotografer, amik gmbr kita...xde gmbr kenangan tgh mandi.....paling ibu suka bila tgk ayah buat haiqal berenang..ibu harap2 haiqal x fobia dan lepas ni ayah n ibu plan akan bawa haiqal mandi lagi...





Tuesday, April 29, 2008

>> haiQaL nAk Gi sEkoLah <<

haiQaL dah sekolah ke????umur baru 16bulan...haha...mana ada...ni haiQaL nak gi umah Umi (pengasuh) la....hihi..kena tipu...mcm ni la rutin harian haiQaL...ibu bersiap nak pegi keje, haiQaL pun bersiap gak nak gi umah Umi...kadang2 ibu siap mandikan haiQaL sebelum hantar ke umah pengasuh....kadang2 x pun...ikut keadaan n mood ibu.....dalam beg tu ada apa ek???buku ke??x la...ada baju n drypers haiQaL la...kadang2 ibu bawakan bekal tuk haiQaL..kdg2 ibu malas..hihi..




aKtiviti huJung miNggU













lama gak rasanya ibu x update blog haiqal ni...ibu ada keje luar..wat audit kat sekolah, so x masuk la opis..kat umah kita xde internet...tu sbbnya nak update mesti kat opis...20/04/08 yg lepas, makcik, ayahcik n kak G ada dtg umah kita..saja nak ajak kak G jalan2 memandangkan kak G baru abis exam final semester untuk Matrikulasi.....pagi tu lepas sarapan, kita bertolak gi TC (Teluk Chempedak)....haiqal adalah org yg paling suka nak gi jalan sbb haiqal ni kuat berlari..x kira la kat pasaraya ke, taman permainan ke, pasar mlm ke, keje nak berlari je...mcm org x pernah jumpa dunia luar...kalu kat pasaraya tu, ibu n ayah semput dibuatnya sbb haiqal suka sgt ngan tangga eskulator tu...ibu takut haiqal jatuh...tapi haiqal x takut langsung... masa pegi TC pun gitu gak..keje nak berlari...Kak G la org yang paling penat sbb ditugaskan untuk mengawal haiqal...ibu,ayah,makcik n ayahcik sumenya dah surrender x nak jaga haiqal...letih...hehe...betapa 'buas'nya haiqal ni...

*buas : lasak (bahasa trg)






Friday, April 18, 2008

REPORT CARD

Pagi ni ibu xbyk keje...ibu rasa boring lak kat opis ni nak tggu rehat tghari...x tau nak wat apa...so, ibu merepek la nak coret something about u'r report card...ha...jgn main2,kcik2 lagi dah ada report card tau...belum masuk sekolah lagi...tapi semua bby pun ada..bukan haiqal sorang jer....ni la dia report card haiqal yang ibu maksudkan........


kat dalam report card ni ada tercatit berat (kg) haiqal sejak haiqal dilahirkan lagi sampailah besar nanti...ibu nak simpan report card ni nak tunjuk kat haiqal pun, takut ia 'ter'ghaib dulu sebelum haiqal pandai baca...so, ibu catat la kat blog ni supaya haiqal boleh baca bila dah besar nanti yer...berikut adalah berat haiqal sejak keluar dari perut ibu:
  • masa lahir : 3.02 kg
  • 10 hari : 3.2 kg
  • 19 hari : 3.6 kg
  • 1 bulan : 4.7 kg
  • 2 bulan : 5.5 kg
  • 3 bulan : 6.5 kg
  • 4 bulan : 7.4 kg
  • 5 bulan : 7.8 kg
  • 7 bulan : 8.3 kg
  • 9 bulan : 8.2 kg
  • 12 bulan : 9.0 kg
  • 15 bulan : 9.5 kg

masa bby sampaila umur 9bulan, ibu puas hati dgn kenaikan kg haiqal tapi selepas tu merundum sbb haiqal dah mula aktif..merangkak ke sana sini..meniti kat dinding...ibu pulak terpaksa stop BF sbb ibu kena pergi kursus induksi selama sebulan..pastu kena keje sekejap kat putrajya selama 3mggu..terpaksa la tinggal haiqal kat kg dgn ayah n family kat trganu...malangnya BF terpaksa stop...akibatnya anak ibu ni turun berat sebanyak 0.1kg dan ketembaman pun dah berkurang...kesian ibu tgk haiqal bila ibu balik kg..haiqal pun demam masa ibu tinggalkan haiqal....ibu akui, susu ibu adalah susu terbaik di dunia ni...sekarang bila dah 16bulan...lagi la...dgn xnak makan nasi la...aktif bermain hari2...sampaikan pengasuh cerita dgn ibu yang haiqal asyik bermain dgn yaya n wafi sampai x igt nak tido...bila ibu amik n balik umah, barulah sibuk nak tido...walaupun baru pukul 6ptg...kdg2 tido sampai malam tanpa makan...mujurlah nak minum susu banyak....emm...xtau la anak ibu yg sorang ni ....haiqal pun semakin lasak sejak berkawan dgn yaya ni...ibu tgk makin ganas...dulu xla macam ni...skrg ni bila pegi playground ke, taman ke, bila jumpa budak2 sebaya ngan haiqal, mesti haiqal nak tendang la, cakar muka la, cucuk mata la, tarik baju la...emm..camne boley ganas camni...kalu ibu marah,pandai pulak tutup muka tu dgn tgn....pastu x lama, mengaum..huuuuuaaaaahh...anak sapa la ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...