Ibu ada followers ke??

Monday, September 28, 2009

KISAH AIDILFITRI 2009

Baru hari ni dapat nak update entry sal raya 2009. Hari ni ada keje kat Wisma, tu yang post citer raya ni..…kat opis paya keladi still xde internet..bulan depan baru ada…

SEHARI SEBELUM RAYA
Ok la..start nak citer sal raya hari tu….kita bertolak ke Kluang, Johor pada pagi 19.09.09, jam 7.30pg..mmg ayah nak kita gerak pagi2 sbb nak smpai awal…sepanjang perjalanan kita, ayah hanya berhenti sekali jer kat Pekan Pahang tuk berehat..Kebetulan along ber*k..sempatla mandikan along sekali….kita sampai di rumah atok lebih kurang kul 3 lebih…sampai2 je kat sana, paklong n pakde dah ada..pakde sampai mlm tadi..paklong lak smlm lagi dh sampai..ketupat semua dah siap masak…




berhenti rehat di bandar Pekan, Pahang


RAYA PERTAMA
Pagi tu cam biasa la…pas sembahyang raya, kita semua bermaafan, bergambar, makan dan terus berkunjung ke rumah nenek (mak abah) kat Bandar Tenggara, Kulai. Biasanya ada sesi melawat kubur arwah nenek (mak ibu),tapi raya tahun ni semua org pergi sendiri2 sebelum hari raya… pas melawat nenek ibu, kita gi umah maklong (belah ibu tiri ibu) kat Felda Belitong..sebelah je ngan Felda ibu..Petang lak sesi tido beramai2 sbb dah penat beraya pagi tu. Selepas maghrib kita 2 keta bergerak ke kg. ibu tiri ibu di Parit Sulong, Muar. Saje nak beraya kat sana. Family paklong x join..atok pun malas nak gi…hanya family kita n family pakde je yang pegi termasuklah nenek, cik ain n maksu..


family paklong
family makde
atok & nenek bersama sebahagian cucu2nya
siblings yang masih bujang
sesi bermaafan
on da way nak pegi rumah atok ibu di Bandar Tenggara
RAYA KEDUA
Xde aktiviti yang kita lakukan kat kg nenek….Cuma pagi tu ada marhaban kat umah nenek…then, lebih kurang kul 3ptg kita bertolak balik ke Kluang…dalam perjalanan balik tu, kete ayah meragam…clutch pump problem..mujur ada bengkel yang dah buka…alhamdulillah, ok…jammed ptg tu jgn ckp la..
kat kg nenek along n farah di Muar Johor

nak gerak balik Kluang dah...
on da way balik Kluang
sampai dah kat Kluang..

RAYA KETIGA
Pagi tu kete ayah problem lagi….yang repair smlm jadi balik…so, pagi tu ayah n pakde gi bengkel keta sepupu ibu..kat felda tu gak…ibu lak amik kesempatan gi beraya kat rumah kwn2 ibu yg ada kat Felda dengan menaiki motor… along, farah n cik ain pun ikut gak…kita sempat gi rumah kawan ibu, cik azimah, cik rozita dan cik rabiah…sempat pulak along tido kat rumah cik rabiah…dlm buai lagi..memandangkan dh tghari, jadi ibu pun balik umah dulu…tinggal along kat rumah kwn ibu tu…bila along dh sedar, baru la cik rabiah kol ibu…lama gak tido…dlm 2jam lbh…kelakar betul…

kat rumah kawan ibu, cik Rabiah


Petang tu pakde nak balik KL dah…dia ajak ayah gi KL..apalagi, time ni la nak berjalan..ibu lak cuti seminggu…boleh la kalu nak berjalan..petang tu dalam kul 5 kita bergerak ke KL..sampai KL lebih kurang kul 10.30mlm…jammed giler..start dari Seremban (highway) ke KL…maklumlah, warga KL ada yg dah nak start bekerja….mcm makde lah..raya ke-4 dh start keje…pakde lah yang kena entertain kita kat KL..huhu

RAYA KEEMPAT
Lebih kurang kul 9pagi kita bersiap2 nak gi KL Tower…Sje nak naik atas tu sbb x pernah naik lagi..along sgtla excited dapat gi sana…sbbnya dpt naik eskulator..jakun sungguh along ni..maklumlah, kat umah kita xde…pas main teropong2 kat atas tu, kita gi zoo mini yg kat bwh tu…best gak tgk ular sawa n pelbagai jenis ular lagi…tp x lama kat dlm zoo mini tu sbb along baling batu kat kaca (dimana ular ditempatkan)..sekali baling ok lagi, mat bangla tu cuma bagi peringatan je…kali kedua along baling, mat bangla tu suruh bawak along keluar…erm, sian along kena halau keluar..nak wat camne, along geram kot tgk ular tu tido je kat dlm kaca…sbnrnya along tu dah nak susu n nak tido..tu sbb dia wat pe’el.tu belum lagi mengamuk dlm area main keta lumba F1..ayah x senang hati drive kete F1 sbb along wat konsert…sbnrnya dia nak keta mainan F1 yg dipamerkan kat situ, tp org kat situ kata yg tu x jual…yg jual keta jenis lain..tp along xnak..dia nak gak yg hiasan tu..apalagi, konsert amy search la…at last, ayah kata balik la…anak2 dh penat n nak tido…mujurla farah x pe’el cam along…


kami di KL Tower


kat sini la along baling kaca tempat ular ni ditempatkan
Malam pulak kita gi Suria KLCC…igtkan nak gi Aquaria, tp kata guard kat situ, dah tutup…ia buka pukul 11pg -7mlm…xde rezki ibu la jwbnya…kita juz round2 je kat KLCC tu disamping gi ke Galeri Petronas yang ada kat tingkat 4..Lbh kurang kul 9mlm, kita gi ke Dataran Merdeka lak…sje amik angin, pastu gi makan n balik umah..
kami di Suria KLCC

kami di pameran 'kampung boy'
kami di Dataran Merdeka


RAYA KELIMA
Dalam kul 9.30pg kita bertolak balik ke K.Trg…kita sampai di Kuantan dalam kul 12.30tghari…kita singgah beraya sat kat rumah Umi (pengasuh along masa ibu bekerja kat JPN Pahang dulu)..x lupa gak beraya kat rumah sepupu ayah…dalam kul 2.30ptg, kita bergerak balik ke rumah kita…

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...