Ibu ada followers ke??

Monday, January 17, 2011

Alongku...

Sekarang ibu berada di Kemaman, still audit TATiUC.... Td ibu dpt kol dari ayah, bgtau yang along kena denda kat sekolah, kena kurung dalam toilet.... gara2 along x buat apa yg cikgu suruh.. cikgu bg kertas untuk menulis, melukis tp along buat kapal terbang... aduhai anakku... apa kamu telah buat??? ibu terkejut jugak la... ibu fikir along x suka sekolah... sebelum ibu gi outstation ni, pagi Ahad tu ibu sempat hantar along gi sekolah... ibu borak jap ngan cikgu... cikgu kata along ni aktif sikit, keja nak main je...suruh wat apa2, along xnak buat...nak main je , ke sana ke mari & wat hal dia sorang2 disaat kawan2 tgh wat keja....adoyai.... ibu risau dgn keadaan along ni... khamis ni ibu dh apply cuti & ibu nak jumpa cikgu along bagi membincangkan hal along...

ibu minta pandangan daripada kawan ibu yg juga ada anak yg aktif mcm along.. dia kata alam persekolahan ni dunia baru buat along...along baru sekolah...masih terbawa2 perangai kat umah... lagipun x sampai sebulan pun lagi... so, jgn marah...bg sokongan je... bila ibu dgr pendapat kawan ibu tu, baru la ibu tenang sikit.... ibu jugak berfikir sbb along ni kalu nak ikutkan umurnya baru 4tahun 1bulan...kalu ikut tahun mmg 5tahun...sedangkan kawan2 along semua 6tahun, tu mungkin sbb along masih x faham tujuan gi sekolah utk apa.. insyaAllah, ibu ayah akan perlahan2 tanam minat along untuk sekolah.. insyaAllah... ibu sayang anak ibu....

sampai hotel petang tadi, ibu terus kol along tanyakan hal yg berlaku di sekolah tadi...''along, td along kena denda ngan cikgu yer...kena dok dalam tandas''...''haah'' jawab along..''along takut x??'' ibu tanya...''takut''.....''sbb apa cikgu denda along'' ibu tanya lagi.....along jawab ''sy nakal''....pandai pulak dia kata dia nakal...along,along.....

Thursday, January 6, 2011

TATiUC lagi!!

today is my last day @ office... next week dh kena sambung wat auditan di TATiUC, Kemaman.. malasnya... seminggu & myb 2 minggu.. bila la nak abis.. kesian anak2 ibu kena tinggal... before this, ibu bw farah, tp kali ni x boleh sbb sepupu2 farah dh back to school.. xde sape nak main ngan farah.. takut farah nangis lak bila ibu xde... nampaknya, rindu2an la ibu kat kalian.... sedey....

Wednesday, January 5, 2011

HOORAYYY!!!



i'm happy??? off course i'm soo happy... Actually, today i juz knew my marks for my 'penilaian prestasi'... Actually, xlah cemerlang mana, but ia boleh memberi semangat kepada ibu untuk bekerja pada tahun 2011 ni... For those yg xtau pasal penilaian prestasi ni, penilaian ni mmg wajib dibuat kepada kakitangan kerajaan utk menilai prestasi kerja mereka sepanjang tahun... Dan 1 lagi, tahun ini ada pengambilan pegawai W41 (Juruaudit) bagi kakitangan JANM yang memiliki degree tp still post W27 (diploma).. ibu amat2 berharap agar markah penilaian ini dapat membantu ibu dalam pemilihan calon W41 tersebut..amin...


Tuesday, January 4, 2011

1st day along ke sekolah

Semalam 3.1.11, ibu amik cuti emergency sbb ibu nak hantar along ke sekolah... seawal 6.30pagi along bangun dan terus mandi... bagus anak ibu... kelas bermula jam 7.30pg.. ibu hantar along betul2 kat pintu kelas, pas buka kasut & salam ibu, along pun meluru masuk ke dalam kelas dan terus duduk di kerusi yg kosong... niat ibu nak intai2 along dari luar sampai habis kelas, tp ibu tgk, xde sorg pun ibu bapa yg buat mcm tu.. semua terus balik.. even ada anak yg menangis pun, ibu bapa x boleh tunggu... tujuan cikgu buat mcm tu mungkin sbb xnak anak mereka terus menangis atau takut anak2 nak ikut balik umah... tu sbb xde sorg pun ibu bapa yg menunggu anak mereka sampai waktu balik...

Waktu persekolahan tamat pada pukul 12.45tghari..tapi jam 12.30tghari, ibu dah tercongok kat luar pagar sekolah...pagar sekolah dikunci... bukan apa, mybe takut budak2 keluar dari pagar dan berlaku sesuatu yg x diingini sbb sekolah betul2 tepi jalan raya.. bila habis murid2 baca surah Al-As, seorg demi seorg keluar dari kelas dan memakai kasut.. ibu tgk dari jauh, along x jumpa kasut dia.. x kenal lagi la tu... lalu along pergi ke cikgu & bertanya ''cikgu, kasut sy mana cikgu''... lalu cikgu pun amikkan kasut along..(setiap kasut dikehendaki tulis nama)... pas pakai kasut, along keluar pagar, along nmpk ibu.. ''ibu....''... muka along nmpk sgt2 letih & x bermaya.. maklumlah seharian x hisap botol susu...hahaha.. lalu along pun mengajak ibu beli ais krim... nak tau, along berjaya menghabiskan 3 btg ais krim... dahaga sgt anak ibu di hari pertama persekolahan.. sgt geli hati... along kata, cikgu buka citer power rangers, cikgu baik, along buang air cikgu pakaikan seluar, kat sekolah mkn mee goreng dan yg paling penting along kata ''esok sy nak gi sekolah lagi''... maknanya along sgt happy gi sekolah.. ibu pun rasa senang bila mendengarnya.... harapan ibu semoga along terus bersemangat pergi ke sekolah..chaiyokk along!!!

BEN 10

abg nak marah sbb ibu x bg main kamera

adik peace

aksi ultraman mereka berdua

mereka nak bertukar menjadi ultraman..

Al-kisahnya bermula bila ibu bawa adik pergi ke pasar raya hanya untuk membeli susu tepung adik.. bila masuk je pasaraya tu, adik terus mengajak ibu ke tingkat atas pasaraya tersebut... xtau apa yg adik nak sebenarnya... sampai je kat atas, adik terus meluru ke seksyen pakaian kanak2... pakaian kanak2 lelaki lak tu... terus menuju ke baju2 BEN-10... adik amik salah satu baju BEN-10 yang tergantung di situ.. ibu cuba memujuk adik supaya beli t-shirt utk girl .. tapi adik xnak.. adik enggan melepaskan baju yg diambilnya td... lalu ibu pun turutkan shj permintaan adik... ibu tukar saiz baju yg lbh kecil dan ibu amik sepasang utk along...

sampai je kat umah, terus adik nak pakai baju tu, tanpa membasuhnya terlebih dulu.. apalagi, ibu pun bg la.. kalu x, ada gak konsert free diwaktu petang yg sunyi itu... lepas mandi petang, adik nak pakai balik baju tu sampaila dia tertido... pagi esoknya lak, lepas mandi pagi, adik nak pakai semula baju itu... ibu pujuk2 pun x jln... lepas mandi tghari barula adik tukar baju yg lain sbbnya ............................................................................................................................................................ ibu dah basahkan baju tu... kalu x, tentu adik xnak tukar baju lagi...huhu...

gambo passport

MUHAMMAD HAIQAL BIN MUHAMAD RAZALI
18kg, 102cm

Gambar ini diambil pada 20.12.2010... gambar ini diambil untuk tujuan pendaftaran pra sekolah along.. Pada ketika gambar ini diambil, ibu berada di Kemaman, outstation... Actually, ibu x berapa nak puas hati dgn gambar ni sbb: 1) along x potong rambut lagi.... 2) Along pakai baju berwarna gelap... Ibu dh pesan kat ayah suruh potong rambut dulu sebelum amik gambar, tp biasalah, org lelaki ni x berapa teliti & amik kesah sgt tentang gambar2 ni .hehe...btw, along tetap nampak cute & inilah gambar passport pertama along, pada usia 4tahun..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...