Ibu ada followers ke??

Tuesday, September 6, 2011

insiden sebelum raya

diam x diam, hari ni dah raya yg ke 8
suasana raya pun dh x berapa dirasa sbb semua orang dah start bekerja
rasa malas nak mula bekerja bila dh lama bercuti
aduihh..
sebelum tu ibu nak cerita tentang excident yang terjadi pada petang sabtu, 27hb
petang tu ibu sibuk mengemas sbb nak balik Kluang
tiba2 along & adik bergaduh berebutkan kerusi kecik
kerusi yang mereka berebutkan tu sebenarnya kerusi along
kerusi adik ada kat bilik air sbb td adik kencing kat kerusi dia
so ibu marah adik, ''kerusi adik kan kat bilik air, pegi amik sendiri''
terus ibu sambung semula keje mengemas baju
ibu pun x perasan bila adik turun bilik air
tiba2 dengar adik menangis, panggil ''ibu, ibu''
ibu ingat jatuh biasa jer..
then along kata, ''ibu adik ada darah''
berderau darah ibu
lalu ibu berlari ke bilik air
terkejut bila tengok banyak darah
ibu tengok bawah dagu adik, dagu adik terbelah
aduhh...apa nak buat ni
ayah xde kat umah, xtau gi mana
nak cari ayah tp rasa buang masa
terus ibu capai tudung & tukar kain batik kepada seluar track
cari kunci keta, terus ke hospital kuala berang, kecemasan
menangis2 ibu minta tolong pembantu hospital tu tgk dagu adik
penolong peg perubatan (PPP) tu kata perlu dijahit sbb lukanya dalam
ibu tanya gam xde ke, sbb ibu x sampai hati nak tgk dagu adik dijahit
tentu adik akan meronta bila org pegang dia
ibu dah faham sangat dengan perangai adik
then PPP kata, kalu sayang anak, gi la kecemasan hospital besar k.trg sbb kat sana ada gam
kat hospital k.berang ni cuma boleh jahit je sbb xde stok gam
then ibu setuju untuk bawa adik ke hospital bandar
amik masa 1 jam gak la nak ke bandar
ibu pegi dgn farah je
masa kat hospital kuala berang tadi, ibu ada kol ayah
rupanya ayah ada kat umah akk dia
habis ibu kena marah dengan ayah sbb ayah kata ibu sibuk mengemas
x jaga farah sampai farah terjatuh kat tangga
aduhh...sedihnya ibu...ayah menyalahkan ibu
sedangkan ibu sibuk mengemas sbb nak balik Kluang keesokan harinya
ibu redha je la...asalkan dapat balik ke Kluang..
sampai ke kecemasan hospital besar dalam pukul 5.30ptg
PPP pun kata xtau gam ada ke tidak...
sekali lagi ibu menangis depan doktor tu, mengharap ada gam
ibu mmg x sampai hati kalu dagu farah dijahit
lastly,doktor rujuk bahagian plastik, then gam ada
lega hati ibu
lepas luka farah di gam, ibu tgk farah aktif semacam
macam xde apa yang berlaku
mgkn dah x sakit kot
ibu bersyukur sbb farah x nangis dah..
luka farah semakin baik sekarang
Alhamdulillah....
Hikmahnya, ibu akan jaga & mengawasi anak2 ibu lebih baik lepas ni
mungkin ibu leka & lalai sebelum ni
Syukur padaMu Ya Allah...

gambar masa otw ke Kluang



No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...