Ibu ada followers ke??

Tuesday, November 22, 2011

Ngauman Skuad Harimau Muda

Lama menyepi dari mengupdate blog ibu ni
tp mlm ni semangat nak buat 1 entry tanda bangga kepada Skuad HARIMAU MUDA negara atas kejayaan mereka merangkul pingat emas di SUKAN SEA ke 26

Actually, sekarang ni ibu berada di Akademi Audit Negara,di Nilai Neg 9 menghadiri kursus
So, malam ni layan final bola sepak sorang2 je kat bilik
ditemani oleh emosi & debaran di hati
jangkaan ibu mungkin pingat emas milik Skuad Garuda Muda
memandangkan corak permainan mereka lebih baik ditambah lagi 3 orang pemain Skuad Harimau Muda tercedera
tapi itu hanya sangkaan, kat hati tetap berdoa semoga Skuad Harimau Muda bawa balik pingat EMAS ke Malaysia
Huh, mmg berdebar masa penalti tadi
Lebih2 lagi bila Ahmad Fakri gagal menjaringkan gol..aduhai...
Tapi perasaan mula stabil balik bila Ferdinan Sinaga pun gagal menjaringkan gol
hati berdebar2 bila Ketua Pasukan, Baddrol nak start tendang bola
bila masuk jer bola tu di gawang Indonesia, menitis air mata ibu ni
sangatlah emosi kan...over u...
btw, tahniah kepada mereka especially kepada Muslim Ahmad dan Khairul Fahmi Che Mat yang bekerja keras menyelamatkan bola daripada tembus ke gawang Malaysia
juga terima kasih kepada Ketua pasukan, Baddrol atas jaringannya yang menentukan pingat emas milik Malaysia...
Bangga menjadi rakyat Malaysia..
TAHNIAH!!!

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...