Ibu ada followers ke??

Monday, December 26, 2011

Yea Yea, Atok Nenek Datang!!

Pada11-14 Disember 2011, abah, ibu, adik bongsu, adik yg ke 3+ anak2nya (yasmine + aliff) dtg ke rumah kita
dah lama kan?? tp baru hari ni ada mood nak buat entry
maklumlah, lately ibu sibuk sikit nak siapkan report interim penyata kewangan
so, hari ni keje dh siap, boleh berjimba2
seronoknya rasa hati bila dpt tau family di jhr nak dtg umah..
menggelabah ni kemas2 rumah
mujurlah dapat hubby yg sgt2 pembersih & suka kemas rumah
abah bertolak pagi ahad, 11.12.11 dalan pukul 11.00pagi
dan sampai dirumah kami dalam pukul 9.30mlm
lamanya perjalanan...mesti penat lebih2 lagi budak tecik 2 org tu
sampai2 je, msg2 dh keletihan
mlm tu ibu igt mereka dh makan kat luar dulu sbb sampai pun dh lambat kan
jadi ibu cuma buat mee goreng dan goreng kopok lekor
last minit dapat mesej dari adik kata mereka x singgah pun mkn sbb budak2 tecik dh tido
dgn hujan lagi
so, gelabah la ibu fikir nak masak apa
kang kalu masak masakan terengganu, takut diorg x makan
akhirnya ibu pun masak ikan kerisi asam pedas
mlm2 buta nak cari daun kesom, mmglah x jumpa
akhirnya asam pedas ibu xde daun kesom
ish3...kuranglah enaknya...
sian kat mereka kerana makan masakan ibu yg ntah apa rasanya..huhu

Memandangkan atok & nenek datang terengganu, ibu amik cuti selama 3 hari
sgt2 suka kalu cuti + jalan2
keesokan harinya, kami pergi ke Taman Tamadun Islam (TTI) & Masjid Kristal
Ibu nampak semua org happy melawat TTI
Jom tengok gambar2 kat bawah:otw ke TTI, air-cond keta atok x berfungsi
cek2, rupanya tangki air air-cond bocor
so, tukar la yang baru

kami menunggu dgn penuh sabar
sejam gak la..

dgn aksi kanak2 riang
sampai di TTI
hujan renyai2 dan kadang2 lebat
terpaksa naik train ni sbb hujan
kalu x hujan, lebih seronok berjalan kaki je melawat monumen2 yg ada kat TTI ni

aliff neo ghazy yg cute miut
kakak aliff, yasmine aulya
cute kan pakai tudung..
farah lak x suka pakai tudung, aduhai anakku

farah basah kuyup
sengaja main hujan
mujur x demam balik umah
keluar daripada menonton tayangan sejarah Taj Mahal
xde la gambar ibu sbb ibu tukang amik gambar
gambar ayah xde kan??
apa nak buat, ayah sibuk cari $$$
kebetulan ayah dah janji dgn ayah long nak amik kelapa sawit hari ni
so, x boleh la nak cancel sbb dah janji dgn orang kan...
mcm tu la bila bekerja sendiri ni...

nenek, mokde (emy)+aliff & moksu
atok & nenek perhati cucu2 bermain

Then, hari ke 2, kami ke Masjid Terapung & Kolam Mandi di TER
TER ni stand for Terengganu Equestrian Resort
Macam2 ada disana
Tempat main bowling pun ada
Tapi x dpt la nak main bowling kan..
kang
ada budak tecik yg masuk ke lobang..huhu
maklumlah, anak2 kami ni aktif2 belaka
jakun nampak benda apa2 pun
mcm x penah jumpa..hahaha
ok, let see all pictures below:
sesi bermain sebelum mandi
farah tgh melompat nih..bahaya kan??

dok lepak2 sambil mkn2
start dah mandi..
susahla nak balik ni jawabnya
nampak penat dah along ni...
sebelum balik, singgah makan di kedai nasi beriyani di Marang
Harmoni sungguh suasana
betul2 tepi pantai
rindu kenangan bersama mereka di sini...
Kenangan bersama akan dikenang sampai bila2

Dan akhirnya, sampailah masa mereka balik ke Johor
Sangatlah sayu hati ibu ni
Susah nak lepaskan mereka pergi
Rumah kita kembali seperti sedia kala
Kalu budak tecik 2 org tu ada, gamat suasana
Ada la yang jadi tarzan (marah anak2)
14.12.11, dalam pukul 9.00 pagi, atok, nenek dan adik2 pun bertolak balik
punyalah sedih, sampai ayah pun ajak hantar mereka sampai simpang Bukit Besi
tp lalu highway la
Ada la dalam 40 minit...otw ke simpang Bukit Besi tu, along & farah dok dalam keta atok
mereka pun rasa sayang nak lepas sepupu2nya balik
saje bagi peluang kat dorang utk bersama sebelum berpisah
dorang pun tau sedih gak kan??
Saat bersalaman, sedih hati ibu
tapi adatlah bagi orang yang dah berkahwin..
terpaksa berpisah dengan keluarga
sampai je kat umah, terus sibuk2kan diri buat keje supaya sedih tu hilang....

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...