Ibu ada followers ke??

Sunday, July 22, 2012

interview penguasa kastam W41

Alhamdulillah....selesai sudah interview pagi nih..
ibu bertolak dari rumah jam 7.15pagi
interview bermula jam 8 pagi..
asalnya ayah nak hantar, dah konfem pun ngan mak suruh jaga along & farah..
tapi mengenangkan x percaya kat dema berdua ni, ibu kata nak gi sendiri je la.. 
xpe, asalkan doa ayah mengiringi ibu...

 sampai2 je tengok orang dah ramai..
ibu calon yang ke 10, calon semuanya 23 orang tapi 2 org x hadir..
masa sibuk2 cek dokumen, penyemak tu kata nak tgk result muet..
alamak!!! ibu lupa...
xde tulis pun kat senarai semak..
lastly..ibu mnta tolong anak sedara (Kak G) tolong hantarkan...
x minta tolong kat ayah pun sebab menyusahkan ayah pulak nanti..
dengan nak jaga anak2 lagi kan...
 penyemak dokumen2
 member satu bilik masa assessment di Setiu hari tu..
turn ibu lepas dia :)
 antara calon yang hadir
 resume & penilaian prestasi ibu...
sulit la sangat...tau dah markah ibu bape...
 91.05 jer.. :)

on the way ke wisma kastam tu xde la berdebar sangat..
tapi by the time nak masuk bilik tu mula la dup dap dup dap..
masuk je kat dalam, bagi salam & dipersilakan duduk..

then, panel SPA start tanya:
- introduce u'rself (in english)..
- sebab apa nak tukar bidang pulak ni (masuk kastam)
- x mnta juruaudit ke??kalau dapat kastam mcmana?? x boleh dah nak tukar Audit semula...
- since u dah keje gov for 5 tahun, soalan kena la ssh sikit ye...apa beza pekeliling perkhidmatan, surat pekeliling & surat edaran??
- apakah surat pekeliling yang latest berkaitan gaji??
- apakah isu semasa yang awak baca?? (then dia tanya further pasal isu yg kita pilih tu...)
~settled~
pasal pekeliling tu memang x boleh nak jawab..loyer buruk jer :)

panel Kastam:
- apakah jenis cukai yang kastam kutip?
- terangkan tentang cukai perkhidmatan..
- kenapa wujud pulau free zone??
- siapakah Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bhgn Kuatkuasa? 
Bhgn Pentadbiran? 
- kalu anda dipilih utk jawat jawatan ni, apakah perubahan/inovasi yg anda nak buat di JKDM?
- apa yg perlu ada buat sekiranya ada orang awam x nak bayar duti import?
- kalu anda dipilih dan ditempatkan di Sarawak, apakah reaksi anda??
~semua boleh jawab insyaAllah~

selesai.... lega..
ibu rasa macam boleh buat during interview tadi...
tp xtau la kan kalu hakikat sebenarnya gagal...
tapi ibu dah buat yang terbaik...
muka penemuduga dari Kastam tadi mmg la garang & nampak serius..
tapi akhirnya ibu boleh buat dia tersenyum gak...
signal baik tu.. hihi
tapi xtau la kan...
mudah2an ada rezeki di bulan mulia ini...Amin..
doakan ibu ye kawan2...

92 comments:

  1. assalamualaikum kak yatt...akak dapat tak keje kastam ni??

    ReplyDelete
  2. wslm... ni siapa yer?? dpt simpanan jer setahun.. habis dah pun tempoh simpanan tu.. xde rezeki

    ReplyDelete
  3. Kak yatt. penilaian prestasi tue apa? ada tips tak untuk exam penguasa kastam ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. penilaian prestasi tu tiap2 tahun gomen servant ada penilaian oleh majikan.. kalu markah 90-100% kira bagus la.. tip utk exam kastam boleh beli contoh soalan.. tp x ingat laman webnya apa

      Delete
  4. salam kak yatt. nak tanya sebelum dipanggil interview utk penguasa kastam ni ada peperiksaan ke? kalau ada macam mana ye peperiksaan tu?

    ReplyDelete
  5. wslm Mahirah.. ada exam sblm dipanggil interview.. exam tu ada 4 bahagian.. bhgn 1 berkaitan pengetahuan umum pasal Msia.. bhgn 2 pasal Kastam mcm rate tax, peraturan dalm kastam dll, bhgn 3 esei in BM.. tajuk general.. bhgn 4 esei in English. xpe.. apply SPA dlu,, nanti SPA bgtau apa nak buat :)

    ReplyDelete
  6. ooo. sy tgok status dh melepasi syarat. n tarikh jadual exam kat lmn web spa tunjuk 19hb ni. tp setakat ni spa tak panggil pun lagi utk exam. tu sy tertanya-tanya exam ni on9 ke kita kena dtg kt pusat temuduga utk ambil exam tu?

    ReplyDelete
  7. mereka akan hantar email/surat.. surat wajib r biasanya.. x pun boleh cek kat laman web status panggilan exam

    ReplyDelete
  8. skrg ni rasanya SPA akan panggil bagi candidate yg cgpanya melebihi 3.0 kot... sbb member2 akk yg apply tp cgpa below 3.0 mmg x dipanggil

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut pointer ke kak? saya ingat boleh apply, yang layak nasib, sbb tgk spa sblm2 ni, macam terpilih tu sebab nasib je. Untunglah kalau dapat terpilih jadi penguasa kastam w41 ni...

      Delete
    2. kalu penguasa kastam pilih pointer 2.60 ke atas. masa taklimat hrtu ada bgtau.. myb sbb nak pakai ramai kot

      Delete
  9. kat status panggilan exam pun xde lg . mungkin belum lg kot. hehe. nak tanya kalau exam nnt dia buat kat kastam ke kat pusat spa? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt tempat SPA tentukan, hotel atau pusat2 exam..

      Delete
    2. Sis Mahirah..exam kastam w41 tahun ni da tukar format, exam di buat secara online, boleh ambik dari rumah ja..cuma pastikan line internet clear..klau tak susah nanti masa exam...klau sis perlukan rujukan boleh rujuk Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 2014 tumpang ya kak yatt.. sekadar perkongsian ja :) harap membantu

      Delete
    3. xpe Junaidy.. btw akk pun kena seat exam lagi utk Penguasa Kastam ni.. ingat boleh excuse sbb pernah lulus dulu.. xpe, kita buat sama yer 6 Sept ni.. hehe...

      btw tq Junaidy sbb bagi link tu..

      Delete
    4. haah ye.dah dapat email. sy try bukak link yg spa bg utk exm dpt webpage not available je. mintak2 la time exm nnt x mcmtu.

      en junaidy, bila boleh sy dptkn rujukan utk exam ni?

      k.yatt, soalan pngetahuan am kena study apa? sume psl kastam dgn kerajaan ke?

      Delete
    5. yup..pasal msia, kastam dan yg berkaitan

      Delete
    6. kalu boleh, beli je r apa2 soalan yg dijual di internet..

      Delete
    7. boleh rujuk sini yer Mahirah

      http://profhariz.com/penguasa-kastam-w41-contoh-soalan-peperiksaan-online

      Delete
    8. terima kasih k.yatt. :) semoga dipermudahkan ambik exam nnt. hehe

      Delete
  10. kak.. sory ye nk tnye.. ujian fizikal ade tak? b4 or after exam?

    ReplyDelete
  11. Salam..nak tau jgak..ada x ujian fizikal before interview tu ye?

    ReplyDelete
  12. Salam kak yatt... tahniah..dah kira ok da tu, bab masuk calon simpanan...nak masuk Kastam W41 ni, bukan senang...sebelum interview tu..ada exam dulu..dan tahun ni pulak format exam da tukar boleh ambik online.. rasanya ramai tak tahu..oh ya..pasal rujukan exam tu boleh la rujuk sini-->Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 semoga membantu dan bermanfaat untuk yang ambik exam 6 September 2014 ni..

    ReplyDelete
  13. InshaAllah tak sabar untuk kami calon-calon 2014 ini pula. Doakan kami ya

    ReplyDelete
  14. tq semua... btw akk pun kena seat lagi exam tu 6 sept ni.. haisshh .. mcm malas pulak nak study.. xpe usaha tangga kejayaan...

    ujian fizikal memang ada masa assessment lps lulus exam.. then baru interview.. tahun ni banyak pengambilan disebabkan GST.. do the best kpda calon2 semua termasukla saya.. haha

    ReplyDelete
  15. Sis Mahirah, rujukan tu Tim Infokerjaya yang sediakan, sedang dalam kemas kini terakhir, tim ni gerak dari 2009 lagi dalam menyediakan rujukan khas untuk membantu calon peperiksaan untuk jawatan perkhidmatan awam, kebanyakan calon yang lepas-lepas yang guna ramai jugak yg lulus x kurang jugak yang rekomen rujukan dari tim ni..salah satu rujukan yang mereka keluarkan untuk exam pen.penguasa kastam w27 baru-baru ni, dan terbaru insha Allah untuk exam ni, klau nak boleh la rujuk terus link ni ya sis..-->Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 rujukan ni terhad selalu mereka buka 4 hari sahaja kemungkinan pada 01/09/14. Klau takut terlepas pandang daftar terus ja melalui link di atas tu..insha Allah makluman terus di hantar ke email sis.. :)

    ReplyDelete
  16. dh daftar. hehe. harap2 membantu la nnt. cuma mcm takut jd mcm exm penolong penguasa haritu. rmai yg xboleh log in n ada yg jd webpage not available. berapa speed internet yg ok utk wat exam ni nnt?

    ReplyDelete
  17. Ad eh ujian fizikal ni??...emm, cmfirm la xlepas...aiyaa

    ReplyDelete
  18. isskk.. jgn macam tu fifi.. x semestinya yg kurus dan aktif itu akan success.. saya dah tgk masa CAC dlu.. kalu x pass ujian fizikal xpe.. buat betul2 masa sesi lain.. mesti lulus..insyaAllah.. kita hanya usaha, Allah yg bagi rezeki.. tgk saya, dah selamat sampai ke simpanan pun, kalu Allah x izin, maka kena r repeat seat exam lagi..hahaha

    ReplyDelete
  19. k. yatt, ujian fizikal kena wat apa? dia check apa? ingtkn xde ujian fizikal sbb kt portal spa dia ckp jawatan ni xde ujian fizikal. rupa2nya ada masa cac ye.

    ReplyDelete
  20. ni pertanyaan sy melalui spa. lepas ujian ni akan terus dipanggil temduga.

    Assalamualaikum.

    Tuan/Puan,

    Saya ingin bertanya adakah selepas berjaya ujian PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PENGUASA KASTAM GRED W41 akan dipanggil untuk temuduga? Atau ada assesment centre?

    STATUS PERTANYAAN: SELESAI

    Penyelesaian
    Puan, Calon-calon yang berkaya dalam peperiksaan ini akan terus dipanggil ke peringkat temu duga. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  21. yes.. this time xde asessment sebab 'nak segera'.. masa taklimat hari tu ada bgtau... so better buat exam betul2.. sbb bukan masalah pass atau x tapi dia ada quota.. contoh yg pass exam 20k org, tapi nak panggil temuduga 2k sahaja, so markah yg paling tinggi, 2k teratas akan dipanggil... nanti akk post entry masa kami gi taklimat exam online haritu

    ReplyDelete
  22. Salam kak.. laporan sulit tu jabatan yg bagi ker or akak prrint ssndiri kt HRMIS? sbb sblm2 ni ssy print sndiri kt hrmis je..mmg akak xbukak smpul lporan sulit tu ye?

    ReplyDelete
  23. laporan sulit tu admin yg sedia dan akk pn x boleh tgk.. serah ke SPA sampul bergam.. x boleh buka.. dah namanya pun sulit kan.. hehe

    ReplyDelete
  24. Salam kak. Saya memakai cermin mata..rabun jauh..boleh ke minta kastam? Tapi alhamdulillah peperiksaan hari tu lulus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh insyaAllah.. saya pun rabun jauh..hehe.. rezeki dtg dariNya, so doa banyak2 semoga dimurahkan rezeki yer :)

      Delete
  25. Salam..nak tnye..kalau sy gemok n pendek..leh dpt jwtn penguasa kastam ni..dorg kire bmi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yatt rasa masa interview nanti dia tgk belaka.. cara jalan.. jangan sesekali berlenggang masa masuk dan keluar... pasal BMI tu terpulang pada penemuduga kot.. sbb masa yatt ada assessment, si time tu la dorg tgk & pilih...

      Delete
  26. Salam.. nk tnya masa interview tu full english ker?... sy english x berapa lancar laa... risau gak nie..:(

    ReplyDelete
  27. x... fully in malay.. cuma masa introduce urself je ini english

    ReplyDelete
  28. salam kak nk tnya,, tuk interview kastam ni diorg tgk pointer uni jgk ker..ke diorg tgk confident kita jwb masa interview tu..tips sikit akak..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. asslm saza.. akk bukan la pakar tapi akk boleh share experience akk je k.. sbb lain org, lain penemuduganya... lain pendekatannya.. lain pemarkahannya... antara tips:
      1.rasanya dia x tgk pointer, just tgk konfiden level dan performance awak masa jawab tu..
      2. pakai blazer
      3. jalan masa masuk dan nak kuar jangan berlenggang, jalan nampak mcm tough sikit..
      4. jgn mesra alam sangat.. menggedik2 ke.. banyak ketawa ker.. serius sikit tapi senyum la jugak.. kalu x nanti dia kata sombong pulak kan??
      5. masa jawab mesti nampak konfiden.. kalu x tau jgn ckp 'xtau' tapi kata 'x pasti'/kurg pasti..
      6. kenalpasti jugak penemuduga tu.. tansri ke/dato' ke/tuan haji ke/tuan je ke... sbb ada setengah org sangat particular bab panggilan tu..
      7. tp kesimpulannya, yg paling penting ialah konfiden diri awak

      thats all.. harap membantu

      Delete
  29. assalam kaak yatt, tgk dlm portal spa 30k lulus ujian online penguasa kastam. kesemuanya akan dipanggil untuk interview atau ikut markah tertinggi sahaja seperti yang akak tulis di atas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa taklimat exam online hrtu, pegawai SPA tu kata mereka akan panggil ikut quota.. tapi xtau la kalu yg realiti SPA panggil belaka.. so better buat praparation jer... insyaAllah dipanggil tu.. maybe SPA nak berlaku adil kot... nak panggil semua.. kesian pulak kalu dah pass tapi x dipanggil temuduga kan???

      Delete
  30. salam kak satu lagi..resume ada org cakap buat dalam bahsa melayu..ada cakap english pon boleh..akak rasa maner better kak ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 pun boleh... janji isinya difahami oleh penemuduga.. jgn main copy & paste dr contoh jer..pastu bila penemuduga tanya xtau nak jawab apa yg awak tulis dlm resume tu.. Pegawai tu pesan bawa 2 copy resume. 1 bg dorg, 1 awak pegang kt tangan

      Delete
  31. Salam Kak, biasanye dlm bilik temuduga bole ke bawa masuk copy resume tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa akk x bawa pun tp masa taklimat haritu, pegawai kastam tu yg suruh bawa.. x bw pun x apa kot sbb kita familiar dah kan dengan detail kita dlm resume tu.. biasa org yg copy & paste resume tu yg x tau detail apa yg dia tulis dlm resume :)

      Delete
  32. k. yatt, nk tanya psl blazer. kalau xpakai pun xpe kan? kalau pakai cuma menyerlahkan penampilan kita je kan. ada markah lebih ke?

    ReplyDelete
  33. akak.boleh ke pakai baju kurung hitam corak merah sikit + tudung hitam? ada ke org pegi interview pkai baju kurung hitam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pasti.. rasanya warna pakaian dia x kisah sgt.. x strict sangat kot

      Delete
  34. Assalamualaikum w.b.t Kak Siti,

    Saya dapat panggilan untuk temuduga kastam pada 15 Oktober ni. Saya nak tanya akak, apa jawapan yang paling sesuai sekiranya saya ditanya kelemahan/kelebihan saya dan kenapa ingin bertukar bidang ke kastam?

    Terima kasih, kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. saya pn xtau nak kata apa sbb saya xtahu awak bidang apa skrg ni?? apa kelebihan awak dan kekurangan awak pun saya xtau.. sorry x dpt nak bg idea.. kenapa nak bertukar ke bidang kastam hanya awak yg tahu jawapan... adakah kerana:
      1. skrg xde keje tetap lagi??
      2. nak masuk gomen??
      3. nak upgrade kerjaya
      4. nak gaji beso sikit untuk bantu kuarga??
      5. suka xtvt/keje yg lasak?
      6. sebab suka berpakaian seragam??
      dan lain2

      Delete
  35. Salam akk. Masa akk ditemuduga, berapa lama diambil? ada dlm 10minit x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 minit gak dlu.. tp skrg ni korang akan dipanggil beramai2..sebab ramai calon kan... dalam 3-5 orang sekali masuk.. myb korg kena bincang 1 topik.. sblm tu korg kena introduce urself dlu... pastu ada juga soalan utk individu... antara soalan yg saya dpt hr ni:

      1.terangkan tugas W41?
      2. agensi mana selain kastam yang kutip cukai
      3. jenis cukai kastam..huraikan
      4. pendapat anda tentang gst? mcmana nak suruh org awam terima gst?
      5. cukai yg dipungut disalurkan ke mana?
      kenapa bidang pendidikan dan kesihatan disalurkan bantuan oleh kerajaan?

      thats all

      Delete
  36. Terima kasih, kak Siti untuk jawapan2 yg telah dikongsikan. Oh, pertama kali saya dengar interview group. Cuak dengar...hee. Jadi, soalan2 individu yg ditanyakan kepada akak tu pn dutanyakan kpd calon lain ek? Atau panel berikan soalan2 yg berbeza?

    Su.

    ReplyDelete
  37. Maaf, sambung tanya ^^ Memang mostly kena tanya pasal kastam ke akak? Dia tak ada tanya pasal NKRA ke or dasar2 negara ke?

    Su.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada belaka.. ikut nasib dapat panel siapa?? saya pun xtahu lorrr

      Delete
  38. k. yatt, mcm mana? dpt x dipanggil diterima utk jawatan ni? sy ada terbaca kt fb ada calon simpanan 2012 dipanggil kembali. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..alhamdulillah.. calon simpanan semua dapat..

      Delete
  39. Salam, btol ke interview group? wahh mcm mna gaknya tu? yang paling menyerlah tu la yg kena hire gaknya.

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. gigih akak ni menjawab segala persoalan..sy doakan akak murah rezeki, kerana membantu org lain..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tq..akk bukan lah expert pun.. dah orang tanya, akk jawab yg termampu jer.. kalu boleh akk nak semua org ada peluang dapat post ni utk masa depan.. insyaAllah

      Delete
  42. salam kak..sy semalam baru abes iv kat kastam trganu..sy org first..mmg nerves..lagi satu panel panggil semua calon tuk bg taklimat..panel bg 3 soalan n minta kita bg jawapan kita masing secara kreaif n matang..lepas abes taklimat mmg saya dipanggil..dan masuk2 terus ditanya pasal kastam..sy bace pasal gst..tp x der.sbb panel ckp dia nak jawpan yg 3 soalan yg dia bg tadi masa taklimat..huhuhu..memang nervesn berterabur jawapan saya..x bnyk jawapan saya bagi..means sy x elebrate banyak.. yg panel kasatam just tnyer satu soalan saja..tp boleh jwb.. last panel tnye ada soalan..sy ada tanye pasal pengambilan spa.x tahu la saya kak.ad rezeki adala.. tp sy x yakin ..sbb sy first person dan jawapan saya berterabur..huhuhu..walaupun yg peg spa ckp kt luar ok..ad sijil kokurikulum semua..tp panel kat dalam nk tgk cara kebijaksanaan kita jwb..hihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btw tahniah saza.. lepas usaha terus berdoa sampai sebelum kuar result pd 27 nov.. Allah yg tentukan semuanya.. walau hebat mcmana pun kita jawab tapi Allah kata tu bukan rezeki kita, x dpt juga kan??? kali ni geng2 akk pun x byk tanya pasal gst/dasar kerajaan/accrual dll... tapi dorg banyak tanya ''apakah related pekerjaan anda sekarang atau dgree anda dengan kerja2 di Kastam''.. dan dorang akan provoke calon sampai la calon rasa nak marah.. sebenarnya tu taktik je nak duga sejauh mana kuatnya hati calon.. bukan nak dengki calon. sbbnya dorg kata penguasa mestilah punya hati yg cekal dan sabar. x panas baran.. hehehe.. sekian

      Delete
  43. As salam sis,bagaimanakah susunan sijil asal dalam fail adakah mengikut surat panggilan temuduga?bermula dari kad pengenalan,surat beranak selepas itu sijil SPM/STPM seterusnya Ijazah dan diploma atau Ijazah Diploma STPM baru SPM.Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..akk x ingat la dik.. xpe, nanti ada orang luar bilik temuduga ajar nak susun sijil2 tu :)

      Delete
  44. salam kak....banyak info yg sy dpt dr blog akak ni....tq sbb share...

    psl yg kastam ni kn sy nk tny. sy dapat calon simpanan utk penguasa kastam w41?

    maksudnya macam gagal ke mcm mn yer kak? or xberapa ada harapan?

    hihi... tq kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la...saya pon dpt simpanan lantikan penguasa lastam w41..xtau mcm mn nk zahirkan perasaan ni,nk happy atau sedih.dlm masa yg sama berharap sgt2 dpt panggilan cepat..

      Ada dgr cite,lepas ni ade intake lagi,dan dorg akan amek calon simpa an lantikan..kalau betul alhamdulillah.

      Delete
    2. oh yeke awak? hrp2 ada rezeki cepat lah kan untuk yang intake seterusnya...sy pn bharap sgt2 sebenarnya...insya allah klu dah mmg rezeki tu xkemana kn..

      Delete
    3. asslm... lambat pulak reply.. sorry.. calon simpanan ni insyaAllah akan dipanggil sekiranya terdapat kekosongan.. rasanya kastam ni nak pakai ramai.. so byk berdoa agar dipanggil cepat k :)

      Delete
  45. oh yeke awak? hrp2 ada rezeki cepat lah kan untuk yang intake seterusnya...sy pn bharap sgt2 sebenarnya...insya allah klu dah mmg rezeki tu xkemana kn...

    ReplyDelete
  46. AS salam akak..kalau nk minta jawatan spa mang wajib kena ad sijil koko ke??huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..at least ada la sekeping..kot.. secara logiknya mesti SPA nak calon yang aktif jugak kan.. berpersatuan ke..bersukan ke

      Delete
  47. sekarang kastam dah pakai gred baru wk41, tak sabar nk jwab exam tahun ni

    ReplyDelete
  48. saya baru dapat panggilan temu duga pada 2 Mei 2017 siapa ada dapat panggilan jgn boleh la kite stdy sama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. saya pun dpt iv 2 Mei 2017 ni di Putrajaya. Awak dpt kat mana?

      Delete
  49. Sy dpt iv 17.4.17 ni kt MItC melaka..sape dpt?

    ReplyDelete
  50. Sy pun dpt intervw 18/4 ni..harap2 ade rezki

    ReplyDelete
  51. Sy pun dpt intervw 18/4 ni..harap2 ade rezki

    ReplyDelete
  52. sy pun dpt iv 16/4 kt terengganu..ade geng?

    ReplyDelete
  53. Tahniah semua yang dipanggil April/mei 2017 ni..memang setiap kali ada panggilan..meriah calon..untuk korang yang dipanggil tu, tahniah la...kalau rasa nak something rujukan untuk bahan bacaan sebagai persedian rujukan ni nampak berbaloi untuk dibacaContoh-Contoh Soalan Temuduga Penguasa Kastam Wk14 -Rujukan

    ReplyDelete
  54. SALAM ADA TAK SESIAPA TUBUHKAN GRUP WHATSAPP TEMUDUGA PENGUASA KASTAM? KALAU ADA ADD SAYA BOLEH? 0107030718

    ReplyDelete
  55. Saya dah iv baru2 ni pada 11/4 di Pusat temuduga SPA utk peguasa kastam wk41. Harap2 ad rezeki terpilih utk jawatan ini. Aamin.

    ReplyDelete
  56. Saya dpt interview pada 18.04.2017.. any tips? Huhu...

    ReplyDelete
  57. Any format tips for this year upcoming Exam of Penguasa Kastam WK41...?

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...