Ibu ada followers ke??

Saturday, August 25, 2012

kisah sehari sebelum raya

kisah sebelum raya, 18.8.2012..
farah gunting rambut...tajuk entry macam gempak je kan..
tapi sebenarnya potong rambut jer..hahaha
sebenarnya farah ni xnak potong rambut sebab dia nak rambut panjang macam rambut sepupu dia..
dan akhirnya ibu decide kena potong gak sbb farah ni x suka ikat rambut...
ayah kata kepala farah nampak besar jer...hahaha
tgk gambar rambut farah sebelum dipotong... :)
boleh diikat lagi


tengahari tu terus gi kedai gunting rambut di wakaf tapai
 macam2 mimik muka...



 
 taraaaa...
rambut baru utk raya 2012...
macam selama ni pun rambut farah.
ibu pun amik peluang potong & cuci rambut sekali...
time ni giliran mak ngah..dia pun join sekali potong rambut

itulah dia alkisah potong rambut...
kisah kedua, kisah farah dapat rantai baru..huhu
memang ibu ada plan nak tukar rantai farah tapi duit x cukup lagi...
baru ni, baru tukar loket dia & tukar gelang ibu..
so nak dapat semua yang diinginkan memang sukarlah kan...
melainkan ada yang sponsor.. hehehe :)
pucuk dicita ulam mendatang...
tetiba tok bagi ibu 2 utir cincin emas puluhnya...berat 10.05g
tok kata gi tukar rantai farah..dapat kasar sikit..baru padan dgn loket dia yang besar tu..
terkejut gak ibu bila tok hulur cincin dia..
maklumlah tok ni byk brg kemas dia...semuanya emas puluh...
x macam emas yang ibu pakai, emas 9 je orang kata (916)..

sambung citer, ptg tu gak gi kedai emas kat Kuala Berang..
maklumlah esok raya, bolehlah nak melaram rantai baru kan raya tahun ni...huhu
trade in rantai lama dan jual cincin tok..
cincin tok tu dapatlah RM1,580 then kena tambah RM1,200 utk rantai yg baru..rantai farah yg lama dapatlah RM1,040..
balance tu ibu pulang balik kat tok...ibu x boleh amik duit tu..tu harta tok yg diamanahkan kpd ibu kan..

gambar rantai lama
 gambar rantai baru..
baru balik dari kubur...
baru bukak tudung..lencun rambut & baju


 habislah kisah farah aqilah

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...