Ibu ada followers ke??

Friday, January 11, 2013

Majlis Temu Murni Murid Tahun 1

 اسلام عليكم
  Pada 9hb yg lepas, ibu amik cuti emergency sbb pagi2 buta baru sedar ada surat cinta dalam beg sekolah along.. 
Along x bgtau ibu pun, atau serah surat kat ibu/ayah.. 
Majlis Temu Murni = majlis suai kenal guru-guru tahun 1 dengan ibu bapa tahun 1
Kalu nak ikutkan, ibu x perlu amik cuti pun sebab ayah pun boleh attend Majlis Temu Murni ni, tapi biasa la...
seorang ibu... nak jugak amik bahagian kan...especially tang pelajaran anak2 nih...
lagipun ibu tengok ayah excited nak bekerja sejak cuaca mula nak panas ni, setelah beberapa minggu hujan...
x boleh nak cari makan..hihi

ni sementara tunggu majlis bermula selepas pendaftaran jam 10.00 pagi tadi..
murid2 tahun 1 pun turut serta..
rasanya semua ibu bapa/wakil ada datang..
sedihnya la kan kat murid2 kalu ada ibu bapa yg x datang  :(

memanggil kawan along la tu

antara ibu bapa yang datang
ibu terlupa bawa handphone ibu, gara-gara nak cepat..mujur ada kamera dalam handbag ibu... boleh gak snap sekeping dua gambar untuk kenang2an along nanti :)

mak oiii muka ibu.. hodohnya.. saja ngusik along
para ibu
kawan kelas along..
meja pendaftaran kat belakang
kanak2 ribena, ada cikgu2 kat depan pun masih nak bermain..
sementara majlis x start lagi..

Cikgu Azizah, guru kelas along...
 no. phone cikgu awal2 ibu amik..
 in case apa2 hal nak tanya pasal along ke dan lain2 perkara..
setengah jam majlis bermula, tengok belakang, ayah ada dah duduk tercongok kat belakang..
padahal tadi pagi pegi keje..
ibu nak amik gambar tapi malu lak nak keluarkan kamera bila cikgu tengah berucap..hehe..
amik berat jugak ayah kat along... :)
mestilah kan.... anak sulong dia..lelaki pulak tu.. :)
Majlis habis jam 12.00 tengahari...
murid tahun 1 boleh ikut ibu bapa balik..
habis majlis, ibu berjumpa dengan cikgu2 along dulu, tanyakan perihal along kat sekolah..
pastu cari2 along x jumpa...
rupa2nya along gi kelas pra sekolah, nak tunggu adik..
alahai along, bagusnya la...sayang kat adik dia...
malangnya, along kena tegur dengan cikgu Kamariah (cikgu pra) suruh tunggu di kantin...
sebabnya along pegi tunggu betul2 depan pintu kelas adik..
 hahaha..memangla kena halau ngan cikgu.. :)
adik balik lambat lagi...12.45 tengahari..
so kita balik umah dulu.. umah dekat jer ngan sekolah, 500 meter..

jam 12.45 tengahari, kita gi amik adik..naik motor jer..
 adik & kawan2 amik kasut sekolah kat rak kasut

cehhh along... eksen lah dia dgn budak2 pra sekolah sebab dia dah darjah 1..hahaha...ibu agak la..
adik nak pakai kasut..
habis skaf hitam tu melorot ke depan, menutup dahi..hihi
singkat jer tudung adik tu.. maklumlah, pihak sekolah yg sedia..
mujur ibu boleh buat tudung.. ibu beli kain tudung lain, buat lagi 2 helai tudung farah..molek la sikit, labuh...  
jom balik.. penat dah setengah hari di sekolah..
balik ni wajib singgah kedai dulu, beli air kotak/air milo tin/ais- krim..hehe

seronoknya bila dapat urus anak2 sendiri kan???.. lebih puas hati...
jeles dengan kaum ibu2 yang surirumah sepenuh masa tu...
masa lebih berharga bersama anak2...
mungkin tahun ni ibu lebih kerap amik cuti sebab nak urus anak2 seharian... 
anak2 pun mesti lebih happy & ceria bila ibu mereka cuti kan???
off course.. :) 

2 comments:

  1. kau x ape, byk masa terluang, akak weekend lah sibuk nk kemas rumah, lipat kain, masak2 dll. Ada masa pun ciput jer dgn ank2 bab belajo nie...huhu

    ReplyDelete
  2. Mana ada kak..sama je..semua keje akk buat tu semua sy buat sndri.especially weekend.. masak pun sama jg.lately mak dok umah cikyah, balik keje kena memasak.kalu penat sgt barula mkn kat luar..tp apa nk buat kan..hehe

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...