Ibu ada followers ke??

Sunday, February 24, 2013

majlis persaraan Pengarah Audit Neg Terengganu

Pada hari ini, 24.2.2013 (Ahad) Jab. Audit Terengganu mengadakan majlis persaraan kepada Tuan Pengarah kami, 
Tuan Haji Ridzwan bin Abdullah..
sepatutnya beliau berpencen pada bulan Mei 2013, tapi memandangkan baki cuti yang masih banyak, jadi boleh la beliau cuti awal start keesokan harinya, 25.2.2013.. 

Majlis diadakan di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort (TER) 
majlis start jam 9.00 pagi tapi dimulai dengan bengkel
 ''Pencapaian 2012, Perancangan 2013'' 
ibu sampai awal lebih kurang jam 8.30 pagi..
dan x sempat pun nak bersarapan pagi :( 

Saturday, February 23, 2013

Biz Preview ALSD2 | Hotel Permai Inn

Sedia maklum, ibu adalah pengedar yang sah produk keluaran New Image iaitu Alpha Lipid SD2 dan Alpha Lipid Lifeline..

ALPHA LIPID LIFELINE

Monday, February 18, 2013

Cameron Highlands | perjalanan balik

Akhirnya tamat sudah entry kita pegi Cameron Highlands..
Setelah 2 malam berada di Cameron, kita pun nak bertolak balik..
pagi ni keluar makan pagi lewat sikit sebab nak berkemas2 barang..
selesai masuk barang2 dalam kereta, kita pegi makan dulu kat kedai biasa, seberang hotel.. 
kat brinchang susah dah nak jumpa kedai makan melayu.. 
banyak kedai makan cina....

Cameron Highlands | Pasar Brinchang

balik dari ladang teh, kita berehat kejap kat bilik sebelum keluar semula untuk makan tengahari..
macam biasa kita berjalan kaki ke kedai makan tapi kali ni kita lalu jambatan kecik..
waktu malam x berani lalu jalan ni sebab gelap..


Sunday, February 17, 2013

Cameron Highlands | Ladang Teh Boh Sungei Palas

Destinasi seterusnya ke ladang teh...
ini juga antara tempat yang wajib nak tengok kat cameron ni :)
time nih dah pukul 1.00 petang kot kalu x silap..
cuaca nampak panas, tapi badan x berpeluh pun :)


Cameron Highlands | Taman Rama- Rama

Destinasi ketiga ialah Taman Rama-Rama


Cameron Highlands | EQ Strawberry Park

Destinasi kami yang kedua pula ialah EQ Strawberry Park..
ibu nak tengok pokok strawberi.
kat sini boleh nak petik strawberi sendiri tapi kena caj la..
register kat kaunter then bayar RM30 untuk 500g sahaja..
kalu terlebih gram, nanti kena bayar lebih la bila timbang kat dalam.. 

Cameron Highlands | Taman Uncle Sam

Alhamdulillah... sedar awal dari tido walaupun dalam kesejukan...
seawal 8.00 pagi keluar bilik pegi makan pagi dulu...


Cameron Highlands | 14 Feb 2013

 14 Feb 2013 (Khamis) terpaksa along & adik ponteng sekolah
kita gerak ke Cameron Highlands..
pertama kali ibu jejakkan kaki ke Cameron Highlands...
selama ni tgk gambar2 & dengar orang bercerita jer..
maklumlah, ibu kawen awal, seawal 20 tahun..
dapat en hubby (ayah kamu la) pulak jenis bukan kaki jalan..
but this time ayah turutkan jua permintaan ibu sempena hari lahir ibu yang ke 30 tahun..huhu
padahal dapat dah hadiah RM500..hihi
sayang ayah ♥♥♥♥♥♥  

kita gerak jam 8.00 pagi dari rumah..
 1st time pegi mesti kena awal sikit.. jalan pun x tau lagi nih..
hanya mengharapkan GPS dalam handphone ibu jer :) 

adik merajuk sebab kena dok kat belakang..

Friday, February 8, 2013

KURSUS di awal tahun 2013

Tahun 2013, bulan Februari ibu dah kena gi kursus di Akademi Audit Negara pada 5-7hb..
untuk pengetahuan kawan2, semua kakitangan kerajaan dikehendaki hadiri 7 hari kursus dalam setahun...
so bila ibu dapat tahu kena gi kursus, so ok la...
at least tinggal 4 hari je lagi...
 macam x ikhlas je kena gi kursus kan..

Tajuk kursus : MFRS Presentation Of Financial Statement... 
memang kerja2 ibu ada related dengan MFRS ni...
 sebelum ni auditi yang terlibat ada guna IFRS, ada gak yg campur2 guna FRS + MASB
kira MFRS ni version Malaysia la tapi x jauh beza pun dengan IFRS...

Sunday, February 3, 2013

Program "My Beautiful Malaysia"

Anda pernah dengar acara ''My Beautiful Malaysia''..
Acara yang diwar2kan oleh Perdana Menteri kita, Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak..
Acara akan diadakan pada 3 Feb 2013 di seluruh Malaysia...
So pada hari ini, ibu pun turut serta setelah menerima memo yang telah diemail sendiri oleh Tuan Pengarah JANT dan beliau telah meWAJIBkan semua staf hadir...

 Lokasi ibu turut serta: Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

 acara bermula jam 8.30 pagi..
ibu sampai betul2 jam 8.30 pagi tp acara x start pun lagi..
jalan jem x hengat...
sampai sana, orang dah ramai... parking pun susah dah nak cari..
mujurlah ada rezeki ibu, sampai je kat depan deretan kedai2 makan, ada kereta orang nak keluar.. Alhamdulillah..

 ramai budak2 sekolah jugak



 ibu x jumpa sorang pun kawan opis ibu sebab orang terlalu lah ramainya.. haihhh~
ibu kol opis mate ibu, Kak Zi then jumpa kat depan A&W..
anak2 dia pun ada juga... lega sikit dah jumpa kawan..
see, x sempat nak breakfast.. sampaikan bergambar pun kuih pau x lepas dari tangan..hahahah




 acara dah bermula.. mula2 biasa la... ucapan dari YAB Menteri Besar Terengganu
 

 pastu acara senamrobik lak..
ibu x boleh la nak senamrobik..
ada handbag kat tangan...
member2 pun x ramai... so x meriah nak bersenamrobik
so ibu jadi pemerhati yg berjaya je la..



 ramai gak yg jadi pemerhati jer :)

 ibu & kak Zi.. senior satu seksyen, PBT
 Kak Zi & Kak Earnie... kami baru balik dari breakfast.. makanan pun ntah apa2 jer yg tinggal...
orang ramai sangat..

 En Rosla & Pengarah JANT, Tuan Haji Ridzwan bin Abdullah...
nak pencen dah Tuan Pengarah habis bulan Feb 2013 ni..


 Bawah ni pulak En Azmi bin Mohammad..
 Timbalan Pengarah JANT..
sangatlah suka mengusik orangnya....
 ni konon2 simbolik sempena ''My Beautiful Malaysia'' la ni
YAB Menteri Besar Terengganu memotong dahan2 pokok menggunakan mesin stihl.. 
(nama mesin diberitahu oleh en.rosla..huhu)


baik2 tadi pakai topi kaledar, YAB buka sudah..
panas kot :)
 seterusnya mereka menanam pokok rhu di area belakang playground di Pantai Batu Burok nih..





banyak jugak pokok2 rhu yang ditanam.. tengok lah..
ibu x snap semua pokok..
Actually makan tengahari disediakan.. antaranya nasi minyak, nasi dagang, bihun dan lain2..
tapi ibu x makan pun sebab xde selera..
otw balik nampak ada orang jual jagung bakar ni... 
harga RM2.50 sebatang..
rasa macam nak makan jagung, so ibu pun beli...
kesimpulannya, ibu pun macam x berapa nak faham tujuan utama program ni dibuat..
rasa macam rugi masa je berada disitu.. ssstttt...
better ibu berada di opis & siapkan pemerhatian AI di MPD yang baru selesai dijalankan minggu lepas.. haihhh ~
Ampun yer PM..... ngee~

Saturday, February 2, 2013

kasut sekolah along

gambar kat bawah ni ialah kasut sekolah along mulai sesi 2013..
tapi along sekarang ni dah pandai nak menjangok dan komplen apa2 yg dia rasa x sesuai/ x sedap pakai..hahaha
 masa ibu ayah beli kasut ni dulu rasanya dah muat molek dengan kaki along..
cuma amik saiz besar sikit bimbang baru pakai kejap dah ketat kan... 
siaan pulak kalu x selesa pakai ke sekolah..

 tapi lain pulak jadinya...
along kata x selesa sebab longgar..
kalu nak berlari kat padang, mcm nak terbuka je kasut dia..hahaha..
ibu kata pakai je la dulu, nnt besar la kaki along tu...
lagipun baru nak masuk bulan kedua persekolahan... sayang kasut baru beli kan...
punya la along x selesa pakai, sampai dia tarik panjang gelebeh pelekat kasut tu.. mcm gambar kat bawah ni.. nak ketatkan punya pasal... :)
haihhh.. x boleh jadi nih..
sian anak ibu kat sekolah hari2 kalu pakai kasut x selesa sepanjang setengah hari kan.. :(
no matter what ibu mesti beli kasut lain..
berapa RM sangat kan harga sepasang kasut jika nak dibandingkan gembiranya along nak ke sekolah...
so semalam ibu ayah ajak along ke Kedai Kasut You (ni je la kedai yang biasa orang2 Terengganu beli kasut sekolah..hahah)
 beli lagi 2 pasang kasut sekolah along..
semoga along happy sokmo ke sekolah dan belajar rerajin ye nak...
semoga menjadi anak yang cerdik dan berbakti kepada negara.. InsyaAllah.. Amin..
jenama Diadora, tapi patern macam gegirl punya kasut kan??
dah ini yg along pilih, turutkan sajaaaa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...