Ibu ada followers ke??

Monday, February 18, 2013

Cameron Highlands | Pasar Brinchang

balik dari ladang teh, kita berehat kejap kat bilik sebelum keluar semula untuk makan tengahari..
macam biasa kita berjalan kaki ke kedai makan tapi kali ni kita lalu jambatan kecik..
waktu malam x berani lalu jalan ni sebab gelap..


inilah jambatannya yang menghubungkan hotel dgn deretan kedai yg bertentangan


kita nak makan kat kedai makan Nasi Kandar depan tu..
member ayah kata situ glamour... ye la tu...
ibu rasa biasa2 jer..
selesai makan kita lepak2 kat luar bilik sementara nak tunggu lepas Asar, nak pegi pasar brinchang pulak

ayah kata pokok ni kalu bukan di cameron bunganya x kembang macam ni...
maybe suhu sejuk kat cameron ni sesuai untuk bunga2 berkembang mekar :)


ayah dok melepak
anak ibu yang sangatlah manjanya.. :)
setiap pagi suruh ibu hantar sampai depan kelas...
 


on our way to pasar brinchang
penuh kereta parking kat tepi2 jalan

pasar ni la yang membuatkan jalan jem hala ke Tanah Rata

macam pasar biasa jugak... tapi yg bestnya suka tengok design t-shirt cameron yang kreatif dan comel


anak2 ibu nampak la pulak robot ni.. padahal kat umah dah ada tapi dah rosak..
akhirnya ibu belikan jugak sbb malas nak melayan mereka merengek nak robot nak robot..
baru la aman nak shopping t-shirt dan blouse yang comel2 kat sini..

ayah beli sweater baru
hasil petang itu

nak balik hotel dah..

polis pun ada untuk kawal kesesakan jalan raya
 fridge magnet yg comel
antara baju baru adik


hasil shoppingan hanyalah blouse, sweater, jaket, t-shirt2 untuk kita sekeluarga serta hadiah kepada anak2 sedara..
beli jugak fridge magnet, keychain dan selimut..
xde beli sikit pun makanan even buah2 atau sayur2an..haha
x boleh lama kat pasar, karang byk pulak yang dibelinya :)

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...