Lama menyepi blog kita ni
gara2 sibuk ke hulu ke hilir sebab along masuk wad..
15 Jun 2014.. Ahad..
pagi2 ibu hantar along ke Klinik Kesihatan Kuala Berang sbb malam tadi along kata masa buang air kecil perut along sakit.. mesti something wrong ni..
so ibu pun amik cuti emergency..
memula doktor cek, dia bagi ubat demam & antibiotik jer dan disuruhnya balik.. then ibu tanya la x kan sakit perut tu kena makan antibiotik jer??
then doktor pun suruh nurse cek tekanan darah (bp).. then agak tinggi bagi usia macam along..
ibu x ingat bape tapi rasanya 130+/90+..
then tengahari tu terus warded di Hospital Batu 24, Kuala Berang...
masa ni ayah kat rumah.. pagi keje then tengahari nak amik adik balik sekolah..
petangnya ayah datang hantar barang2, baju2 ibu & along ke wad..
bawah ni antara bacaan bp along...
untuk usia dan berat along belah atas should be 107-111 je.. dan bawah pulak 71-75..
17 Jun 2014, Selasa
memandangkan bp along x stabil (walaupun dah x demam dan aktif mcm biasa), along kena transfer ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemantauan dan ujian lain2..
kami naik ambulans..
pagi tu sempat ibu balik rumah kemas2 apa yg patut dan ayah hantar ibu semula ke hospital.
ibu & haiqal ke HSNZ naik ambulans jer..
ni 1st time naik ambulans memang x best langsung..
dah la laju, terhentak2 lagi.. kalu pregnant ada yang keguguran ni.. iskkkk3..
masa ni nak ke bilik ultrasound.. ujian ultrasound bahagian buah pinggang...
result : buah pinggang bengkak kesan jangkitan kuman
gambar bawah ni x ingat minggu ke berapa.. rasanya minggu ke 2
along keboringan..
agak tertekan dok kat wad lama2 sbb ibu tengok anak ibu sihat walafiat jer.. tapi bila cek bp, x stabil..
doktor pun xtau apa puncanya dan buat satu demi satu ujian..
agak stress la masa ni.. rasa ibu pulak yang nak sakit..
mujur gak dapat katil sebelah tingkap.. nyaman angin kuat.. tingkat 6
masa ni pun ujian cek jantung.. along ada maklum kt ibu yg dia sakit dada.. sikit.. terus ibu bgtau nurse & doctor suruh buat ujian ni..
padahal sakit dada sebab meniarap lama layan movie.. haha
along nampak sihat walafiat dari luarannya dan kami terpaksa dok wad lama.. waaaa.. sedih.. sambut 1st Ramadhan pun kat wad.. :'(
pengalaman yang sangat berharga ni.. x dapat kat mana2.. tapi kalu boleh x nak dah lepas ni.. hahaha
dok wad ni faham2la.. asyik kena amik darah & air kencing nak test itu ini... try & error ok.. sebab doktor pun x tau sakit apa sebenarnya along ni yang menyebabkan bp dia naik sekali sekala..
Along jalani ujian ultrasound lagi..
7.7.2014
Along jalani ujian MCUG (ibu x tahu stand for what) untuk tengok sama ada air kencing along naik semula ke buah pinggang atau x..
result : +ve
8.7.2014
doktor janji nak benarkan along balik rumah dulu smentara tunggu result ujian & next appointment..
Malangnya 7hb malam tu along tetiba demam panas..
ibu agak ia mungkin kesan daripada menjalani ujian MCUG pada hari tersebut.. dan ternyata ia nya benar...
mana x nya, duduk wad dah 23 hari x pernah lagi demam, tetiba boleh demam pulak la kan...
kecewa la along x dapat balik lagi..
bukan along jer, ibu & ayah pun kecewa.. adessshhhh tensennya..
muka along demam.. sian dia...
16 Julai 2014..
Dan akhirnya, setelah 7 hari along disuntik antibiotik, kami dibenarkan balik setelah 30 hari menjadi penghuni HSNZ yang setia walau terpaksa.. haha
(17.6.2014-16.7.2014)
tengok muka ayah tu.. suka la tu nak balik..
gembira sangat along nak balik.. rindu kat umah, kat adik, dan paling penting rindu kat PS2 dia.. ayah pun dah siap2 belikan 2 game ultraman baru ke along.. semakin x sabar la dia nak balik umah..
masa ni lunch hour ibu ke hospital.. tengok along dan nak jumpa sekali dengan doktor bertanyakan kisah along selanjutnya...
Along disahkan mengidap penyakit 'Vesicoureteral Reflux' , dah grade 4.. maybe sejak kecil cuma sekarang baru dapat dikesan..
maklumat lanjut boleh baca DISINI
sebelum balik umah kami amik ubat dulu di tingkat 7
tunggu nurse siap2kan surat dan dokumen agak lewat.. masa nak amik ubat pun lewat..
so ayah decide beli makanan kat bazar jer then nak makan kat tepi pantai.. buka secara berjemaah.. tapi cancel last minit sebab along nak makan sgt chicken chop fav dia..
ada gak kawan opis ibu, Cik Hariana ajak berbuka puasa kat umah dia.. tapi ayah segan la pulak.. lebih2 lagi makanan dah beli banyak.. akhirnya kami makan di kedai tempat kita biasa makan western food ni jer..
ayah order lamb chop w/pun banyak dah beli makanan lain..
kami sedang menunggu waktu berbuka
doktor kata along boleh nak pegi sekolah macam biasa, cuma x boleh aktif sangat, bimbang bp akan naik.. along dibekalkan ubat, antibiotik dan ubat darah tinggi..
setiap hari kena follow up di klinik 1 Malaysia untuk cek bp..
***********************************************************************
Persiapan raya tahun 2014 ni agak sederhana..
Tahun ni xde sepasang baju pun yg ibu jahit sendiri, x seperti tahun2 sebelum ni.. mcm tu juga dengan baju adik..
semua beli ready made jer.. tapi baju ibu ada gak beberapa psg hantar kat tailor tetap ibu, Kak Zam.. cuma sempat siap ke x je la... haha.. mujur dia faham keadaan ibu yg sibuk berulang alik ke hospital ni..
19.7.2014, Sabtu
malam lepas berbuka, bawa anak2 ke bandar beli baju raya..setel..
sekarang tinggal kuih raya jer belum setel beli.. ada beli sikit2 sebelum ni habis dah makan.. haha
Raya ke 3, 30.7.2014
kita akan balik ke kampung ibu di Kluang Johor, insyaAllah..
x sabar nak jumpa atok nenek... rindunya kat mereka..
***********************************************************************
sambung story along lagi..
Raya ke 8, 4.8.2014
along ada appointment dgn Dr Selva, pakar kanak2 di Kuantan.. ibu kena cuti lagi.. tinggal bape hari je baki cuti ibu ni?..huhu
Seterusnya, mungkin along perlu di operate untuk mengatasi masalah penyakit along ni...
later, ibu akan update lagi kisah along... Semoga along cepat sembuh.. Amin
alhamdulillah penyakit along dah dapat di detect. Kite sebagai ibu bapa dah habis usaha yang terbaik untuk anak2...Moga along cepat sembuh & jadi anak soleh buat ibu & ayah....
ReplyDeletetq kak nora
Delete