Ibu ada followers ke??

Sunday, November 30, 2014

Jom kita bersukan

30.11.2014 Ahad.. 
sukan berlangsung antara platun..
ni gambar geng lelaki platun ibu.. platun 5..
hari ni punya game sepak takraw, bola tampar lelaki dan bola jaring..
Alhamdulillah bola tampar lelaki masuk final.. bila finalnya ibu x pasti... belum ditentukan lagi..

Saturday, November 29, 2014

Pertandingan bola jaring

Esok akan diadakan pertandingan bola jaring dan sepak takraw inter platun..
platun ada 6 semuanya..
so ptg td sempatlah platun ibu training dan susun strategi nak main esok..
chehhhh macam player kebangsaan pulak yer???
ibu tgk platun2 lain hebat2 belaka...
but its ok la.. ibu try my best wpun platun x semua kaki sukan.. tapi ada jugak yg tau main.. boleh la dari xde kan  :)
ibu main as goal attack (GA) or goal shooter (GS) esok...
Wish me luck!!!!!! Hehehe..
jom layan je gambo2 bawah ni...

Last Day Minggu Kawad | Akademi Kastam Diraja Malaysia

Alhamdulillah... maka dengan jayanya ibu & peserta2 Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 Siri 2/2014 menamatkan minggu kawad kami... yeayyyyyy!!!
amat2 lega dan merdeka!!!
Sebenarnya kawad ni bukanlah benda yang susah bagi ibu sebab ibu biasa dah berkawad sejak di sek menengah dan di universiti, join kesatria.. cuma bila usia dah macam ni, biasa la... stamina pun x macam dulu.. pakai pulak pakai kasut boot berat ni.. hadei la.. bawa badan debab ni pun dah penat, tambah lagi beban berat boot pulak.. memang la haru.. :(
selama hampir 2 minggu ibu & kawan2 melalui minggu kawad ni.. dari 20 hingga 29 Nov..
         Alhamdulillah.. kami semua diumum lulus dengan jayanya...
masa kawad ni, bukan jer diajar berkawad tapi jurulatih akan mencari pengkawad terbaik lelaki & wanita...
setiap platun akan menghantar beberapa org wakil utk diuji oleh ketua jurulatih..  bukan je kena pandai berkawad tapi mesti boleh mengkawadkan skuad juga.. platun ibu, platun 5 menghantar 2 lelaki dan 2 perempuan sebagi wakil.. termasuklah ibu.. jurulatih ibu, En Roslan kata kononnya suara ibu kuat... ye ke?  hehe..

Friday, November 28, 2014

Assignment ohhh assignment

Bersiaran langsung dari AKMAL Melaka..
Malam ni lepas isyak xde aktiviti... hanya rehat selepas seharian di stadium berkawad.. 
setel minggu kawad, minggu kuliah pulak... mula la ada assignment..
semalam group ibu dah dapat topik assignment.. so apalagi, malam ni dah start google maklumat berkaitan...
kena buat report mcm kajian tempatan la pulak.. kena bukukan dan kena present in English soon.. ermmmm... dari dulu mcm tu la aktivitinya bila baru masuk satu2 jabatan.. ermm...

Tp mata dah mula nak mengantuk ni.. cane???


Thursday, November 27, 2014

Anugerah Kecemerlangan SK Tanggol

Pada 19.11.2014, sk tanggol mengadakan majlis anugerah cemerlang...
mcm tahun sebelum2 ni, ibu pasti join saja nak bagi semangat kat sekolah tnda sokongan kita sebagai mak ayah... biar anak2 ibu x dpt anugerah apa2 pun, tp insyaAllah ibu akan join.. tapi tahun ni ibu xdpt nak join sbb ibu disini, di AKMAL Melaka.. masih berkursus.. sedih... 

Monday, November 24, 2014

Aktiviti di AKMAL

Ada calon simpanan tahun 2014 yg request supaya ibu update aktiviti di AKMAL sepanjang berkursus disini...
So ibu akan laporkan mengikut sumber yang ada je la.. dan bergantung kepada masa..
hari ke 2 dan 3, aktiviti kami hanyalah aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK),.. tujuannya supaya kami boleh kenal antara satu sama lain dalam masa yg singkat.. setiap aktiviti yang dilakukan, ahli kumpulan akan bertukar.. so lebih ramai orang yang boleh kita kenal dalam masa 2 hari jer..

Sunday, November 23, 2014

Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 Siri 2/2014 @ Akademi Kastam Diraja Malaysia, Melaka

Hari yang dinanti telah pun tiba... masa untuk lapor diri sebagai Penguasa Kastam W41..
excited pun ada... sedih pun ada.. takut pun ada...
kita bertolak dari hotel lebih kurang jam 7.45 pagi 
anak2 sibuk main kad lagi sementara tunggu ibu ayah bersiap

Persiapan nak lapor diri

alamak.. entry tertinggal.. sedikit keperluan yang perlu ibu sediakan sebelum lapor diri...

gambar passport.. ibu buat 8 keping.. kat kedai depan bustand Kuala Trg.. sangat2 murah,, hanya RM15 jer.. kualiti pun ok..

Jalan jalan Melaka | Lapor Diri

17 Nov 2014.. tarikh ibu lapor diri di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL)
16hb pagi2 kita dah bertolak dari rumah memandangkan ayah x bape tahu jalan ke sana lalu short cut..
ibu dapat maklumat laluan dari Paklong memandangkan dia sering berulang alik ke Melaka dari Trg atas urusan kerja..

Saturday, November 22, 2014

Majlis Perpisahan Bersama Warga Jabatan Audit Neg Terengganu

13.11.14 Khamis - Last day ibu keje di Jab Audit Negeri Trg (JANT)
seperti biasa, kalu ada pegawai yang akan keluar dari JANT, KESKAT akan buat majlis perpisahan utk mereka..
dan biasanya ibu la yg sibuk urus memandangkan ibu ialah Pengerusi Biro Kebajikan, tapi kali ni merupakan majlis ibu sendiri..hihi.. so sad... :(

Wednesday, November 19, 2014

Farewell dengan bff Pej Audit

Rabu 12.11.14, ibu dapat jemputan dari bff ibu nak belanja makan.. dorg offer nak makan apa.. so ibu kata mana2 pun boleh la.. lagipun kat Trg ni apa la yg ada kan.. hahaha..

antara bff ibu, Puan Nor Aisyah..  orang Johor macam ibu.. asben org Trg.. nasib kita sama.. haha.. jwtn dia Juruaudit W41.. Aisyah ni dulu junior ibu masa kat Teknik Perdagangan JB.. Then junior jgk masa buat degree di Uitm Segamat.. bilik depan2 je kat kolej tapi x mesra mana pun. Kat trg ni baru kami jadi baik sebab sama nasib kan.. dendang perantau.. hahaha

Saturday, November 8, 2014

Persiapan sekolah sesi 2015

Memandangkan ibu nak berkursus lama, ibu decide nak beli siap2 semua peralatan sekolah anak2 ibu..
memang kursus habis awal, sampai 26.12.2014 tapi ibu x nakla rushing pulak bila dah balik rumah nanti..
siap awal2 senang...
bukan ayah x boleh buat cuma ibu takut ayah salah beli jer.. maklumlah, hal2 anak ni ibu lebih arif kan?? Hehe

Lepas solat Jumaat kita gerak ke Mydin Mall Kuala Trg... Hari khamis baru ni ibu dah pegi sana sebab nak beli brg2 keperluan berkursus.. ibu tgk byk dah baju2 dan peralatan sekolah..
Tu ibu decide nak beli this weekend, beli last minute kang xde saiz la pulak.. naya..
Bab2 pilih baju dan peralatan sekolah, ibu serah kat anak2... follow je taste along & farah.. tapi mana yg x sesuai ibu x setuju la yer.. 

Tuesday, November 4, 2014

Surat cinta dah sampai

Alhamdulillah...
Hari ni 4.11.2014, Selasa..
Ibu dah dapat surat yang ditunggu2..
Tunggu tu sebab nak bawa surat ni jumpa Tuan Pengarah Kastam Negeri, nak mohon penempatan di sini... mana tau boleh adjust kan?? :)
Tadi ayah yang amikkan surat ni kat umah Makngah...
Nampak mcm x semangat je ayah nak bagi surat tawaran ni ke ibu..
Ye la kan... ibu akan tinggalkan ayah dan anak2 selama 7 minggu.. ermmm :(
Ibu akan lapor diri pada 17 Nov 2014 dan berkursus sampai 2 Jan 2015..
Lama ek??? Sian ayah & anak2 kena tinggal..
Apa nak buat.. nak senang kena susah dulu kan??? Pengorbanan ibu dan anak2 juga utk masa depan kita yg lebih baik..
InsyaAllah...
Ya Allah, jagakanlah suami dan anak2ku untukku...
Aamiin...
Alhamdulillah
GOOD BYE AUDIT, SEE U KASTAM :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...