Jumaat, 20 Mac 2015 perjalanan balik ke Terengganu..
sebelum balik jom jalan2 dulu..
check out hotel lebih kurang jam 8.30pagi.. lepas makan pagi kita ke Muzium Alam Semulajadi yang kebetulan dekat jer ngan hotel kita sewa.. ibu ada gak suruh ayah bawa anak2 ke sini time ibu keje.. boring gak dok kat bilik kan... tapi anak2 x nak.. nak gi ngan ibu jugak.. ibu xde x best katanya.. ermmm
tiket murah saja.. dewasa hanya RM2 sorang.. budak2 FOC..
replika ikan todak
rangka dinosour
anak2 ibu belajar mengenal haiwan
beruang jenis ni ayah kata pernah jumpa kat kebun getah dia.. haiihh seramnya
ibu muka ngantuk jer
anak2 tangan x boleh dok diam.. keje nak pegang itu ini
semua replika dalam muzium nampak real !! hebat..
bagus muzium ni.. boleh gak budak2 kenal binatang2 ni especially yang x pernah tengok depan mata..
apa la yang ayah terangkan kat anak2 tu?.. hihitingkat atas, bahagian serangga pulak
bunga ni siapa yg x kenal kan?
binatang yang di awet
tupai terbang?? ada ek?? ibu baru tahu.. haha
bermacam2 jenis burung disini
macam ni ikan kelisa rupanya..
ibu x pernah dengar pun nama ikan tilan bara ni.. tapi ayah kenal..
habis tengok binatang2 disini.. pasni nak tengok ikan2 pulak.. jom kita ke Aquaria
babai Putrajaya.. ada rezeki kita datang sini lagi..
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!