Ibu ada followers ke??

Sunday, September 6, 2015

Konvensyen KIK 2015 | AKMAL Melaka

11-14 Ogos 2015.. berlangsung konvensyen KIK JKDM Kali Ke 16 Peringkat Kebangsaan di AKMAL Melaka
ni adalah penyertaan pertama ibu... maklumlah ibu pegawai baru.. kena la sertai KIK ni tanpa gagal :( 
Arahan PKN tu.. haha 

So ibu kembali ke sini, AKMAL Melaka untuk KIK.. sebelum ni berkampung disini utk kursus asas penguasa kastam.. 7minggu


 

ni khemah untuk pameran.. KIK di JKDM ni lain sikit compare kat Jabatan Audit dulu.. kat sini ada 3 sesi.. sesi pertama persembahan kumpulan atas pentas tanpa ada soalan2 dari juri (10minit), sesi ke 2 kat dalam bilik bersama juri2. masa ni la juri nak bertanya soalan (20minit).. dan sesi ketiga pulak di pameran.. so markah diberi untuk 3 sesi ni... menarik kan? :)

ni masa kami sampai 11hb tu.. sampai2 terus ke tapak pameran untuk persiapan.. 
bawah ni group dari Kemaman.. Terengganu hantar 2 team. kuala trg (projek teknikal) dan kemaman (projek pengurusan)  
so far, ini la bff ibu, Cik Yana..sama batch.. x lama lagi nak nikoh doh.. 20 Sept ni.. InsyaAllah kita gi ke Pasir Puteh nanti :) 
group negeri lain.. canggih2 belako pameran dorang.. 
11hb malam.. ada taklimat berkaitan pertandingan 
ibu & the gang di tapak pameran di malam hari
hari penuh debar.. jam 11.00 pagi start persembahan.. geng ibu group ke 2


ni lah projek group ibu.. Sistem Kawalan Injap..
nak citer detail pun x berapa pandai tapi citer pendeknya kalu tali sawat bot putus kat tengah2 laut, pegawai hanya perlu tutup valve supaya aliran minyak akan ke bahagian yang lain, dan bot boleh bergerak macam biasa tanpa pegawai perlu terjun ke laut dan menukar tali sawat yang putus... haihhh.. jenuh jugak nak story.. tapi x lengkap jugak penceritaan tu.. hehe

replika bot penumpas yang direkacipta oleh pegawai kontrak di Pematuhan.. memang kreatif.. kalu ibu yang buat, mesti jadi bot karam.. hihi
di booth ibu ada buat teka gula2 dalam balang.. ibu pun try jugak tapi x tepat :'(

tengok pipi ibu.. 2x ganda pipi cik yana.. hahahah
YBhg Dato' Sri Ketua Pengarah Kastam
 dalam dewan
lepas habis persembahan

petang 12hb tu ibu & the gang ke Klebang.. pekena coconut shake famous.. yummy.. memang fav kalu dtg melaka.. segelas setengah tau ibu minum.. kembung perut2 :')
ada jugak yang x gi, rugi la mereka.. hihi
malam tu pulak PKN Trg belanja kami2 makan.. Alhamdulillah errgghhhh.. kenyang :)

banyaknya cik yana makan.. ohh my.. xde icon smiley pulak nak letak.. hihi
13hb.. hari pameran dan sesi viva (sesi soal jawab).. antara juri yang menilai (2/3 org juri)


geng2 ibu yang super duper best & sporting
nak bergambar dengan pokok kurma sebenarnya ni.. sejak kursus asas lagi nak amik tp x dan.. haha
semasa tunggu sesi viva..
habis sesi viva.. dah lega.. bergambo la pulak kita
kenangan terindah tahun 2015
gambo comei tapi kabur..
ni la bestnya group ibu.. masing2 sporting & giler2
ni masa ibu tengah kira2 sapa la pemenang bagi teka gula2 ni.. rupa2nya pemenangnya ialah Tuan Zainal, ketua kumpulan ibu.. sangat tepat.. 70 biji.. yeayyy
masa ni last day.. hari pengumuman pemenang.. sebelum tu kemas2 booth dulu apa yg patut
group kemaman





 manis belaka senyuman.. nak balik dah katakan :)
Alhamdulillah.. ada jugak piala untuk group ibu walaupun x menang.. kami dapat anugerah khas : Pameran Terbaik..
Group Kemaman jugak dapat anugerah khas : Kumpulan Harapan
Pun dah berbaloi sangat2.. at least ada jugak kan?? :)

 

sebelum balik ke Terengganu, pose dulu.. memasing dah happy giler sebab nak balik dah.. jumpa family.. 
ibu pun layankan je la.. hehehe



ibu x melompat mana.. badan berat.. :(




sekian, kisah KIK ibu tahun ni.. tahun depan xtahu la kena join lagi atau x..
yang penting KIK kali ni memang sangat2 kenangan buat ibu.. hopefully kalu join lagi next year, dapat geng giler2 mcm ni jugak.. lovu u all lah.. 
babai

 

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...