1.1.2016 Jumaat
Selamat Tahun Baru!!!
Selamat Hari Lahir jugak untuk ayah along & farah... yg ke 37thn...
Hari ni ibu plan bermlm di Hotel Tabung Haji ditaja penuh oleh ibu.. hahahq
Lama dah sebenarnya nak dtg sini sejak siap dibina sebab orang kata kolam renang kt sini besar & best...
So inilah peluangnya...
Kebetulan juga lately along buat peel... mentang2 ibu izin dia dok uma makcik lama sejak mula cuti sekolah, dia buat peel x nak balik umah.. kalu balik umah, keje meratap menangis nak gi umah makcik semula. Memang mencabar kesabaran betul. So kononnya ibu nak pujuk along... bila call ajak dia, dia xnak... agak kecewa jugak sebab selama ni kalu gi mandi kat mana2 mesti dia ada.... semalam kisah menyayat hati.. along lari dari rumah ke rumah makcik.. hampa jugakla ibu ni.. x sangka umur bru 9thn tp dah pandai lari dari rumah.. jalan kaki jer.. kebetulan ada org lalu dan tlg hantar along ke rumah makcik.. emmm :(
Check in je hotel kita ke mydin mall gong badak dlu sbb nak lunch... emmm jumpa jugak nan cheese ibu tingin nak makan sblm ni.. tp x sama gmbonya macam kat dlm fb :(
Balik ke hotel, ibu snap gambo2 bilik & gambo kolam renang.. then send gambo ke hp ayahcik... ibu srh along tgk.. kmdn ibu call tanya along nak ikut x???
Akhirnya berjaya!! Along nak ikut..
Ayah dengan semangatnya siap2 nak balik kampung semula, amik along kat uma makcik.
Mana x nya, ayah masuk bilik pun asik sebut2 nama along.. ayah kata bilik ni luas.. kalu along ada mesti dia suka lari sana sini... itulah kasih ayah.. nampak je cool & steady.. jauh disudut hati Allah je tahu..
Lepas amik along, smpai2 hotel dlm pukul 5ptg terus terjun kolam dlu...
Bilik memang puas hati.. luas.. kalu anak ramai pun, just bawa toto jer..
ratenya rm240.. tapi ibu dpt gov rate rm190 shj..
Ni kami siap2 nak gi dinner... kita xtahu secret recipe ada di giant gong badak, so kita pun ke bandar... Paya Keladi
Happy bday ayah.. we love u so much.. xde hadiah istimewa tapi hanya pakej bermlm di THH. Haha
Fav ibu sejak azali.. tom yum kung
Ni x ingat namanya tp ala2 chicken chop.. dalam ayam tu ada cheese.. not bad
Sampai hotel dan snap gmbo skit utk kenangan 1 jan 2016
Pagi sabtu tu seawal 9pg lepas bfast kita sambung mandi manda lagi sebelum check out kul 12.00 nanti...
Kali ni ibu pn join sekali.. lepas hawa org kata :)
Tp ibu boleh jamin hotel ni best la... bilik luas... bersih.. pengurusan ok.. tgk pekerja2 semua peramah belaka... terbaiklah.. lain kali boleh datang lg..
Last but not least...
WELCOME 2016..
Semoga lebih banyak pencapaian dlm kerjaya dan kebahagian hidup dalam tahun ini.. TQ Allah..
And insyaAllah, welcome to baby for this Jun.. semoga selamat semuanya... aamiin
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!