Ibu ada followers ke??

Monday, April 4, 2016

Perpindahan | Perumahan Kastam Durian Burung

 5 Feb 2016.. Jumaat
Kita mula pindah barang2 ke kuarters..
Gambar2 rumah ni bukan rumah kita dok skrg.. tp rumah kawan ibu.. sama je design dia.. masa ni ibu survey2 sbb nak tgk ukuran langsir.. ibu nak jahit sendiri je.. nak upah habis beribu RM jugak..aduhhh..
Ni umah puan Ana... dia pn baru berpindah.. sebulan sebelum kita pindah..

Kuarters ni utk peg kanan kastam..
Semi D... 2 tgkt... ada 5 bilik, 3 bilik air







ibu ada ajak knora dan asben dia dtg umah kita.. disamping tu ibu mnta tlg asben knora baca2 la apa yg patut untuk pagar rumah kita dari makhluk2 halus ni.. lagipun kita baru nak menghuni rumah ni... 2mgu jugak rumah ni ditinggalkan sblm kita masuk..
X sangka pulak malam ke 4, asben knora dtg ajak kawan2 surau dia dlm 3 org... 
Alhamdulillah.. selamat solat hajat dan baca Yassin.. malam2 sebelum ni pun kami baca Yassin setiap malam... insyaAllah xde apa2...
Kami dok senyap2 masa orang solat dan baca Yassin....

Ni hari pertama di sekolah baru.. Anak2 ibu sekolahkan di SK Losong je.. dekat.. senang tghari ibu nak tgk & hantar bekal..
guru kelas along & farah..
Along kelas 4 Amanah dan adik 2 Takwa
bagus sekolah ni.. tiap hari balik sekolah mesti kena solat zohor berjemaah dlu. sebelum tu ada cikgu pantau murid2 amik air sembhyg.. bagus sangat.. 
along pulak start masuk sekolah baru ni, dia request nak pakai spek tiap hari.. dlu kat sekolah lama dia malu... sbb kawan2 asik tnya kenapa pakai spek.. tp kat sekolah ni, bila masuk2 dh pakai spek, org x banyak tanya dah.. hahaha
Dlu masa mula2 buat spek, rabun 75 je.. tahun ni dh naik mendadak jadi 225... oh my son...
Adik pun ibu rasa mcm nak rabun jugak tu.. end of mac ni baru nak gi cek..

Anak2 ibu kat bilik ps2 dorg, kt tgkt atas.. mmg tv ni khas nak main ps2 jer.. kalu x, boleh rosak tv dibuatnya... ayah kata bilik ni buat bilik bermain.. japgi ada baby, letak mainan belaka dlm bilik ni... senang x bersepah kt ruang lain.. hahahaha
Okla... smpai sini je citer kita pindah... lama sgt x post entry.. maklumla ibu sibuk sgt2 skrg.. nak setel fail2 cecepat sbb nak cuti lama kan Jun nanti sampai Ogos.. Haha

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...