Ibu ada followers ke??

Tuesday, April 18, 2017

Selamat Hari Lahir Nenek

l7 April 2017
HAPPY BIRTHDAY IBU!! a.k.a NENEK
Sweet 54th
 
Nenek merupakan ibu tiri ibu..
Lepas arwah mak ibu meninggal 8 bulan lebih kurang, atok kawen lagi.. Perkahwinan yg agak awal ini bukanlah sebab atok gatal dan sebagainya tapi sebab masa tu paklong belajar kay universiti & ibu belajar di asrama.. adik2 lain semua kecik2 lagi.. cik ain baru 6 tahun, maksu 4 tahun.. dengan keadaan atok yang x sihat (patah 3 tulang rusuknya masa accident dulu) itula antara sebab kenapa atok kawen lagi dalam masa yg singkat.. perkenalan atok nenek pun diatur oleh sedara atok yang merupakan tok kadi.. so tok kadi ni tahu la kan mana ada ibu yang available...haha
panjang pulak citer ibu..
cuma ibu nak story, nenek ni memanglah sangat baik+baik+baik.. 
xtahu nak kata kebaikannya.. hanya Allah yang dapat membalas semua kebaikan ibu kepada kami adik beradik...
ibu ikhlas, baik, lembut hati, sabar yg sangat2 tinggi dan macam2 lagi.. kalu ibu ni berada di tempat nenek, xtahula ibu ni boleh sabar macam nenek...
pelbagai dugaan yg nenek lalui.. dengan karenah kami adik beradik.. dgn peel atok yg agak panas baran.. dgn karenah anak nenek sendiri yang dulu (mula2 kawen) x dpt terima perkahwinan ini.. tapi sekarang segalanya kembali baik.. hubungan kami baik sangat2..
Alhamdulillah kami adik beradik semua dah ada kerja, dan tinggal nak balas jasa nenek jer.. insyaAllah
skrg ni makde sefamily dok ngan nenek.. umah dorg kat Jerantut di tinggalkan tanpa penghuni sebab makde berkeras nak dok JDT jugak.. hahah.. tapi mujur jugak diorang ada.. dapatlah sambut beramai2 birthday nenek.. meriah sikit
Ibu agak sedih sebenarnya.. x dpt nak sambut birthday nenek..
haritu masa birthday ibu (link entry), atok nenek datang Terengganu nak sambut sesama.. tapi time birthday nenek, ibu x dpt balik Johor.. alangkah sedihnya.. :'(
Ibu doakan nenek sentiasa sihat, panjang usia.. semoga kami adik beradik dapat membalas sikit jasa2 ibu yang x terbalas sebenarnya.. Cukuplah kalu kami dapat membuat nenek bahagia dan gembira.. Lain2 hanya Allah yang akan memberi ganjarannya.. aamiin 
Love u ibu.. nenek.. mmmuaahhhhhh  

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...