Ibu ada followers ke??

Wednesday, September 7, 2011

Raya 2011

Salam...
Teringat kembali saat2 beraya di Kluang, kampung ibu
Terasa rindu nak balik kampung
Kita bertolak ke Kluang pada hari Ahad, 28hb
sampai lebih kurang jam 5.30ptg
mmg letih, tp ayah la yang letih banyak sbb ayah berpuasa
ibu x puasa pun..huhu
Okla, xde mood nak bercerita panjang2
kita layan gambar je k...

merebus ketupat..
malam menjelang raya..
kanak2 bermain bunga api
kita bakar daging kambing...beef steak
di pagi raya
gambar sekeluarga
adik ibu nombor 6, cik ain x dapat balik sbb beraya di Melaka
haiqal & umairah (sepupu)
cutenya merekafarah & yasmine (sepupu)ibu & farahgambar kita 1 family
tema kaler tahun ni : purple
sesi bergambar ~ gedik santaisesi bergambar di kereta orang..ngee

gediknya..
abah & ibuberaya di rumah jiran

ibu, farah, mak long & khalis
kaum2 ibu
maksu, nenek, aliff, ibu & makde
ibu & farah

Tuesday, September 6, 2011

insiden sebelum raya

diam x diam, hari ni dah raya yg ke 8
suasana raya pun dh x berapa dirasa sbb semua orang dah start bekerja
rasa malas nak mula bekerja bila dh lama bercuti
aduihh..
sebelum tu ibu nak cerita tentang excident yang terjadi pada petang sabtu, 27hb
petang tu ibu sibuk mengemas sbb nak balik Kluang
tiba2 along & adik bergaduh berebutkan kerusi kecik
kerusi yang mereka berebutkan tu sebenarnya kerusi along
kerusi adik ada kat bilik air sbb td adik kencing kat kerusi dia
so ibu marah adik, ''kerusi adik kan kat bilik air, pegi amik sendiri''
terus ibu sambung semula keje mengemas baju
ibu pun x perasan bila adik turun bilik air
tiba2 dengar adik menangis, panggil ''ibu, ibu''
ibu ingat jatuh biasa jer..
then along kata, ''ibu adik ada darah''
berderau darah ibu
lalu ibu berlari ke bilik air
terkejut bila tengok banyak darah
ibu tengok bawah dagu adik, dagu adik terbelah
aduhh...apa nak buat ni
ayah xde kat umah, xtau gi mana
nak cari ayah tp rasa buang masa
terus ibu capai tudung & tukar kain batik kepada seluar track
cari kunci keta, terus ke hospital kuala berang, kecemasan
menangis2 ibu minta tolong pembantu hospital tu tgk dagu adik
penolong peg perubatan (PPP) tu kata perlu dijahit sbb lukanya dalam
ibu tanya gam xde ke, sbb ibu x sampai hati nak tgk dagu adik dijahit
tentu adik akan meronta bila org pegang dia
ibu dah faham sangat dengan perangai adik
then PPP kata, kalu sayang anak, gi la kecemasan hospital besar k.trg sbb kat sana ada gam
kat hospital k.berang ni cuma boleh jahit je sbb xde stok gam
then ibu setuju untuk bawa adik ke hospital bandar
amik masa 1 jam gak la nak ke bandar
ibu pegi dgn farah je
masa kat hospital kuala berang tadi, ibu ada kol ayah
rupanya ayah ada kat umah akk dia
habis ibu kena marah dengan ayah sbb ayah kata ibu sibuk mengemas
x jaga farah sampai farah terjatuh kat tangga
aduhh...sedihnya ibu...ayah menyalahkan ibu
sedangkan ibu sibuk mengemas sbb nak balik Kluang keesokan harinya
ibu redha je la...asalkan dapat balik ke Kluang..
sampai ke kecemasan hospital besar dalam pukul 5.30ptg
PPP pun kata xtau gam ada ke tidak...
sekali lagi ibu menangis depan doktor tu, mengharap ada gam
ibu mmg x sampai hati kalu dagu farah dijahit
lastly,doktor rujuk bahagian plastik, then gam ada
lega hati ibu
lepas luka farah di gam, ibu tgk farah aktif semacam
macam xde apa yang berlaku
mgkn dah x sakit kot
ibu bersyukur sbb farah x nangis dah..
luka farah semakin baik sekarang
Alhamdulillah....
Hikmahnya, ibu akan jaga & mengawasi anak2 ibu lebih baik lepas ni
mungkin ibu leka & lalai sebelum ni
Syukur padaMu Ya Allah...

gambar masa otw ke Kluang



Thursday, August 25, 2011

Lagi 4 hari!!

Lagi 4 hari kita nak sambut Aidilfitri
Alhamdulillah, semua persiapan dh selesai
cuma tinggal 4 helai kain nak dijahit, baju dh siap
weekend ni setel la belaka..
Along & farah pun dah melaram dengan baju raya diorang
sebenarnya ibu nak adik testing je baju kurung yang ibu dah siap jahit
tp farah x nak, dia kata panas pakai baju kurung
lalu iu pun suruh along pakai sama
akhirnya, farah pun nak pakai jugak..
farah mmg suka ikut apa abang dia buat..
Ahad atau isnin ni kami sekeluarga akan balik ke Kluang
kampung ibu
x sabar nak jumpa anak2 sedara ibu yg comel2..
insyaAllah, entry hari raya akan di post lepas raya nanti..
dikesempatan ini, ibu ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF SEGALA SALAH SILAP
HALAL MAKAN MINUM
BERHATI2 DI JALAN RAYA
SEMOGA SEMUANYA SELAMAT PERGI DAN BALIK

Farah bersama baju raya, kasut raya & handbagnyaalong & adik peace

comei muka wat macam tu



Tuesday, August 16, 2011

Lagi 13 Hari!!!

Lagi 13 hari nak raya
mostly persiapan raya dh siap
kuih2, kerepek yang diorder semua dh dapat
persiapan anak2 semua dh cukup
almost RM600 gak la habis utk anak2 sahaja
tu baru 2 orang, kalu 4 orang...aduhai
bonus baru masuk semalam, tp hari ni tinggal bape je baki..
dengan dugaan Ramadhan yang menimpa2 pulak
Pada 11.8.11, pintu keta tersangkut tiang umah
gara2 khusyuk sangat tgk belakang masa mengundur takut terlanggar anak
ibu lupa nak tutup pintu
akhirnya tersangkut kat tiang umah
aduh!!
serabut kepala
kol perodua, tanya 1 pintu harganya RM530 + cat RM250 =RM780
habisla bonus ibu yang x masuk lagi masa tu
lastly, ayah amik keta, bw gi bengkel kawan dia
hantar petang khamis, amik sabtu tengahari
berdebar nak gi amik masa tu
takutlah pintu keta jd hodoh
tp ms gi amik tu, pintu tu nampak mcm biasa je
xde calar walau sikit & x perlu dicat langsung
hebatkan mekanik tu
mmg dia tu biasa dah main ketuk2 ni...tabik r kat dia..
upah pun dia amik RM100 je
(selamat duit ibu)
settle pasal keta, petang tu mesin jahit ibu lak rosak
x berfungsi langsung
rupa2nya tali dalam mesin tu dah putus
mana xnya, dh 8 tahun ibu pakai mesin tu tanpa rosak
baru ni nak rosak teruk
ptg tu gak siap2 nak gi beli mesin jahit baru
harga RM1800++
baru nak gerak, ada orang datang umah tanya
''ada x mesin basuh ke nak baiki, barang2 elektrik lain''
ibu bgtau , mesin jahit ibu baru je rosak
then ibu suruh orang tu naik atas umah tgk mesin ibu dulu
dia kata dia boleh baiki
ok la, alhamdulillah
dia kata isnin leh siap (15.8.11)
ibu punyalah risau sbb ada 3 pasang baju org yang belum berjahit..
baju ibu & farah pun x berjahit lagi..aduyai
semalam (isnin) mesin siap repair, melayang gak RM200
lepas mesin direpair, mmg sedap menjahit..berbaloi2..
lepas sahur x tido, sempat lagi jahit sikit2 sebelum gi keje...
& now, kat kepala ibu cuma memikir bila nak siapkan baju orang...
esok kena struggle la sbb esok cuti
kalu boleh siapkan 3 pasang tu, khamis ni boleh dah bagi kat orangnya..
baju ibu, farah & mak insyaAllah siap sebelum balik kampung..
eii, x sabarnya nak raya...


Wednesday, August 3, 2011

Noktah Cinta

NOKTAH CINTA
Inilah tajuk utama Harian Metro hari ini disini
Actually ibu ikuti gak cerita Khairul Fahmi Che Mat ni (penjaga gol Malaysia)
sejak beliau harumi nama Malaysia dgn kemenangan Piala Suzuki
Beliau antara pemain yang terbaik dan menyerlah
Lebih2 lagi selepas game lawan Singapura yang lepas
walaupun kalah tp beliau banyak menyelamatkan bola daripada bolos ke gol Malaysia
ibu antara jutaan peminat KFCM ni (minat sbg pemain bola sepak la ye)
beliau memang hebat...
then x lama dengar dorang bertunang
ok la, sama cantik sama padan
untung elia dapat tunang/bakal suami encem gitu, mcm hero citer korea
dan sekarang tup tup dah putus tunang lak
so, ibu pun carilah kat internet hal dorang ni
excited nak tau citer ni
so, pada pandangan ibu la, sebenarnya hal mereka ni remeh je
mungkin KFCM time tu tgh serabut pasal game ke
atau mungkin pasal gosip liar ke
atau mungkin sbb elia terlalu mendesak pasal gosip tu ke
tu sbb la KFCM meninggikan suara kepada mak elia
(cerita lain dalam kain xtau la kan...)
sepatutnya perkara ni perlu dibawa berbincang baik2
ni tidak, elia pergi canang kat 1 dunia hal dalam kain dorg kat facebook
siap maki lagi ''ko kena ingat ko datang dari mana''
kasar sungguh bahasa dia
aik, macamlah KFCM glamour disebabkan elia
dia terkenal sebab kemahiran dia menjaga gol ok..
ibu yang baca pun geram (over la pulak)
mana si KFCM tu x naik angin & nak putuskan tunang
ibu rasa KFCM masih sayangkan elia
(berdasarkan cerita2 mereka dalam blog jejariruncing )
tapi disebabkan elia ni dah menjatuhkan air muka KFCM
tu yang menyebabkan dia putuskan pertunangan (anggapan ibu la)
elia perlu buktikan yang KFCM betul2 ada hubungan dengan girl lain
bukan hanya berdasarkan gambar2 je
gambar sapa2 leh tipu
ni x pasal2 dah putus tunang
(hehehe...over lak ibu mengomen)
tp itu hanyalah pandangan ibu je
yang dah kawen selama 8 tahun ni (baru 8 tahun)
mereka berdua ni masih terlalu muda dan banyak lagi benda yang perlu diberi fokus
(padahal ibu pun kawen muda gak,umur 20..heheh..tp ada degree gak k..)
ibu sendiri akui, lelaki ni ego
kadang2 kita perlu respect ego dorang
tp bertempat la kan.....
by the way, kalau itulah keputusan yang dibuat oleh KFCM,
sabarlah elia ye...
jadikan ia sebagai pengajaran
apa yg berlaku pasti ada hikmahnya
Allah x akan menganiaya hamba2Nya
Semoga masing2 akan berjumpa dengan jodoh yang lebih baik
Ada sebab Allah memisahkan kamu berdua...
That's all

Persiapan Raya Part II

Raya lambat lagi kan??heheh
tp sibuk dah nak beli itu ini
Semalam selesai shopping baju farah
beli 4 helai gaun, 1 jeans, 3 t-shirt
tinggal nak beli t-shirt kolar & jeans along jer
baju along kena tunggu peruntukan dari ayah la
ngeee~~~
kuih raya, kerepek dan coklat pun dah order
excitednya nak raya
mana x nya, raya di Johor tahun ni...
ibu akan pastikan semua orang happy di pagi raya
sebab itulah ibu belikan atok , nenek & maksu baju raya
dah pos pun 2 hari yang lepas
juga x lupa baju raya untuk cik salim dan cik fiera di KL
ibu doakan agar semua plan adik beradik nak beraya kat Johor dimakbulkan
jgnlah ada halangan tahun ni...
Amat2 berharap...

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

RAMADHAN DATANG LAGI
INILAH SAAT YANG DINANTI
BULAN BAIK MENYUCI HATI
AGAR HIDUP LEBIH DIBERKATI

ibu ingin mengambil kesempatan
mengucapkan selamat berpuasa
kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam
Sama2lah kita memanfaatkan bulan yang mulia ini
untuk mengumpul seberapa banyak pahala yang dijanjikan oleh Allah
Amin





Sunday, July 31, 2011

HAPPY 10th BIRTHDAY

Selamat hari lahir kepada anak sedara, Muhammad Arham Iklil yg ke-10
Pada hari Jumaat yg lepas, 29hb Julai, mak ngah mengadakan majlis hari lahir Iklil
Majlis start jam 3.00ptg
Menu pada hari tu mee goreng, bihun goreng,kopok keping
pengat durian, nasi pulut, kuih apa ntah namanya (kuih org lama2)
rambutan, cekedis, dll
Biasanya time birthday iklil, along & adik la yg sibuk dok menepek kat birthday boy
nak tiup lilin & potong kek
tp kali ni, along & adik malu lak...
x heran langsung nak tiup lilin/potong kek...
mybe they are not in a good mood coz mereka x tido lagi
jomla tengok gambar2 kat bawah ni:

setelah dipaksa dok sebelah birthday boybirthday boy
time orang dah xde
makan kopok
along & adik pun dapat hadiah gak..pensil colour

Thursday, July 28, 2011

debaran ramadhan-persiapan raya part I

hari ni baru 26 syaaban
hanya tinggal 3 hari sebelum menyambut 1 ramadhan
tapi ibu dah sibuk buat persiapan nak raya:

1) beli baju melayu along & ayah yang ready made
2) beli kain pasang ibu & adik (akan dijahit sendiri tp xtau bila)
3) beli sandle raya along & adik
4) order coklat tuk kuih raya

perasaan berdebar2 menanti ramadhan menebal dalam diri
xtau sebab apa
mungkin sebab suasana ramadhan berlainan dengan bulan2 biasa
sebak pun ada, sedih pun ada, happy pun ada
bercampur baur
sedih mengingatkan keluarga di Johor
mengenangkan adik beradik yang dah berkeluarga sendiri
masing-masing dengan kehidupan mereka
x macam dulu masa kecik2
excited nak puasa sebab x sabar nak sambut raya
nak dapat duit raya
kesedihan menyelubungi diri di kala ini
dialun pulak dengan lagu2 raya
air mata syawal, setitis embun di aidilfitri etc
syahdu......



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...