Ibu ada followers ke??

Tuesday, August 5, 2014

4 Syawal | Beraya ke rumah saudara mara ibu di Johor

Jam 2.00 petang baru kita gerak beraya ke rumah sedara mara & adik beradik atok

3 Syawal | otw balik Johor

2 Syawal kita x kemana2 pun beraya.. cuma tengahari tu kita ke Kg Jerung Marang sebab waris tok buat kenduri arwah... so kita pegi makan je la..
3 Syawal, jam 8.15 pagi  kita gerak ke kg ibu di Kluang Johor..

1 Syawal | Selamat Hari Raya!!! | Kg Tanggol

28.7.2014 Isnin...
Syawal menjelma... Hari kemenangan bagi umat Islam yang berpuasa selama sebulan...
(ibu x berapa nak menang la sebab banyak hari tinggal puasa.. hehe)
seawal pagi jam 5.00 ibu dah bangun masak2 & gosok baju..
pukul 8.00 pagi kita gerak ke masjid Kg Tanggol untuk menunaikan solat Aidilfitri..
Tahun ni 1st time ibu buat solat Aidilfitri di masjid bersama anak2..


saat menjelang raya

entry sebelum ni ibu ada story pasal tema kaler baju raya kita satu family.. DISINI
Malangnya, last minit tailor bgtau x boleh nak siapkan...
Makanya terpaksalah ibu asah jugak skill menjahit ibu tahun ni...
baru plan nak bermalas2an sebelum raya... heheh

Plan asal nak jadikan baju ni (bawah) utk baju raya pertama.. warna tema.. malangnya kaler tu x matching dengan baju melayu along & ayah.. :(
pink ni hala ke ungu sikit.. memang x matching la...

Berbuka Puasa Berjemaah | Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu

24.7.2014, Khamis.. last day ibu keje sebelum cuti Hari Raya..
petang tu balik keje awal dalam pukul 3.30ptg then ayah ibu plan nak berbuka puasa beramai2 di Dataran Shah Bandar Kuala Trg..
Tahun lepas ada sekali kita makan kat sini.. masa tu bawa tok sekali tapi kali ni tok x nak ikut...
But hari ni adik ibu aka cik Sarum yg join...

Mek Farah peace..


Sumbangan Barang Dapur | Jabatan Audit Negara Caw Terengganu


Pada 22.7.2014, Selasa.. 
Jabatan Audit menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada mereka yang kurang berkemampuan...
Sumber kewangan adalah daripada kakitangan Audit yang dikutip sebelum Ramadhan lagi...
Pada tahun ni, seramai 19 orang yang menerima sumbangan dalam bentuk barangan dapur/keperluan asas untuk menyambut hari raya nanti..

Monday, July 21, 2014

Sampul Raya Takaful Malaysia Berhad

Siapa nak sampul duit raya free???
Sebahagian sampul raya utk client2 ibu.. ibu bagi free jer..sebahagian dah post.. ada lg yg belum.. tp malasnya la nak gi pejabat pos time2 ni.. jem kt bandar ni..tu ada lagi 20 paket dlm keta.. mesti habiskan sebelum raya.. lagi 6 hari nak raya.. erm.. sedih + excited jugak.. semoga panjang usia kita utk bertemu Ramadhan tahun depan...

tema kaler baju raya 2014??

Seminggu lagi nak raya, baru ibu ada mood & feeling raya tu datang..
3 minggu pertama memikir pasal along jer & stay kat wad.. 
time tu perasaan nak beraya memang out la..
dan hari ni ibu nak story pasal tema kaler baju raya kita.. 

Sebenarnya x kisah pun pasal kaler tema ni.. tapi kalu ada tema nampak meriah sikit kan...
tema kaler coklat ni tahun lepas (2013) punya.. masa ni kita beraya di kampung ibu, Kluang Johor..

Sunday, July 20, 2014

Dugaan Ramadhan Tahun 2014 | Kisah Along Haiqal

Lama menyepi blog kita ni
gara2 sibuk ke hulu ke hilir sebab along masuk wad..
15 Jun 2014.. Ahad..
pagi2 ibu hantar along ke Klinik Kesihatan Kuala Berang sbb malam tadi along kata masa buang air kecil perut along sakit.. mesti something wrong ni..
so ibu pun amik cuti emergency..
 

Tuesday, June 10, 2014

Majlis Persandingan Fiza & Bob

 7.6.2014, Sabtu..
Majlis Persandingan Fiza & Bob
Majlis bermula jam 12.00tghri.. 
Kita bermalam disini malam td.. tapi bukan tolong apa2pun.. just nak memeriahkan suasana.. Ayahteh suka orang ramai2 kat rumah dia.. happening gitu..
lagipun x banyak benda kena tolong sebab makan2 pada hari ni guna khidmat katering jer.. so hari ini amatlah relaxnya...
cuma penat sebab sibukkan diri jer :)



Monday, June 9, 2014

Majlis Pernikahan Anak Sedara - Fiza | Bukit Payong

Malam sebelum hari pernikahan kak fiza..
kita gerak ke rumah ayahteh lepas solat Maghrib
saje la nak bantu apa2 yang boleh ditolong..
tapi xde kerja dah.. kak Fiza dah buat sikit2.. tinggal nak masukkan telur rebus je ke dalam beg goodies..

Tuesday, June 3, 2014

Majlis Bertandang Ke Rumah Pengantin Lelaki | Kok Lanas Kelantan

2 Jun 2014 (Isnin)
Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki..
terpaksa ibu cuti keje hari ni... xpe la, demi anak buah tersayang..

Sunday, June 1, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU | Nazirah Adilah & Mohd Sarhan

31.05.2014, Sabtu
tarikh keramat untuk Kak G
hari pernikahannya dengan kekasih hati..
gambar di bawah adalah di rumah jiran, yg disewa untuk menjadi tempat kaum kerabat pengantin lelaki untuk bersanggah..

Thursday, May 22, 2014

Aktiviti Hari Wesak 2014 | Karnival Kenyir 2014

13.5.2014 (Selasa), Hari Wesak
kebetulan Cik Sarum ada kat umah kita.. almost 2 minggu dah sbb buat keje kat sini..
disamping train/recruit ibu buat takaful.. huhu

Monday, May 19, 2014

Aktiviti 1 Mei 2014 ~ Hari Buruh

dah nak habis bulan Mei, baru ibu ada masa nak update citer 1 Mei..
Khamis, cuti sekolah.. cuti keje.. sebab Hari Buruh
pagi2 buta dah ke rumah makcik tolong2 apa yg patut sebab petangnya akan diadakan majlis berkhatam Al-Quran..
untuk Kak G sebelum dinikahkan 31 mei ini :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...