Ibu ada followers ke??

Tuesday, December 9, 2014

Yeayy menang!!!

Hari ni final bola tampar lelaki.. antara platun 5 dan 2...
game start 5.30ptg.. habis kelas tadi jam 5ptg..
plan petang ni ibu nak pegi training swimming... tapi demi kejayaan platun dan semangat kesukanan, ibu relakan jua menapak ke gelanggang bola tampar nak bagi semangat.. hanya 3 org geng wanita yang datang menyokong berbanding 19 orang kesemuanya.. haihh~

Monday, December 8, 2014

Dating time!!

Sabtu, 6 dis.. ayah sampai amik ibu dalam pukul 12.00tgh.. pastu terus check in hotel dulu... ayah penat drive jauh2 kan.. hihi
then malam tu ibu ajak ayah dinner kat Restoren Asam Pedas Pokok Besar ni...
kedai ni disuggest oleh kawan ibu org Melaka.. katanya kedai ni famous.. tu yg ibu nak try.. 

Saturday, December 6, 2014

yeaayyyy outing time!!

Alhamdulillah.. setelah almost 3 minggu dok AKMAL ni, dapat jugak kami outing bermalam kat luar.. walau hanya dapat 1 malam..
 
Muka riang ria ceria Aidilfitri ehhh?? x heran dah dengan muka yg sunburn teruk x hilang2 lagi nih..haihh

hati nak sangat balik Trg tapi mana la sempat kan.. tempoh outing hari ni jam 8.00 pagi hingga esok 10.00 malam.. kalu lewat kena denda ok!
kalu naik bas, malam je ada bas dari Trg balik ke Melaka.. so memang x boleh nak balik Trg..
Tapi mujur ayah nak datang Melaka!! yeayyy!! semata2 nak jumpa ibu.. sayangnya la ayah kat ibu kan?... hihihi

Tuesday, December 2, 2014

Tahniah Audit Terengganu!!!!

Semalam telah diadakan pertandingan KIK peringkat Jabatan Audit Negara...
pertandingan antara JAN negeri..
Alhamdulillah... pagi ni dpt maklumat JAN Trg menjadi JUARA!!!!!!
TAHNIAH SEMUA!!

Sunday, November 30, 2014

Jom kita bersukan

30.11.2014 Ahad.. 
sukan berlangsung antara platun..
ni gambar geng lelaki platun ibu.. platun 5..
hari ni punya game sepak takraw, bola tampar lelaki dan bola jaring..
Alhamdulillah bola tampar lelaki masuk final.. bila finalnya ibu x pasti... belum ditentukan lagi..

Saturday, November 29, 2014

Pertandingan bola jaring

Esok akan diadakan pertandingan bola jaring dan sepak takraw inter platun..
platun ada 6 semuanya..
so ptg td sempatlah platun ibu training dan susun strategi nak main esok..
chehhhh macam player kebangsaan pulak yer???
ibu tgk platun2 lain hebat2 belaka...
but its ok la.. ibu try my best wpun platun x semua kaki sukan.. tapi ada jugak yg tau main.. boleh la dari xde kan  :)
ibu main as goal attack (GA) or goal shooter (GS) esok...
Wish me luck!!!!!! Hehehe..
jom layan je gambo2 bawah ni...

Last Day Minggu Kawad | Akademi Kastam Diraja Malaysia

Alhamdulillah... maka dengan jayanya ibu & peserta2 Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 Siri 2/2014 menamatkan minggu kawad kami... yeayyyyyy!!!
amat2 lega dan merdeka!!!
Sebenarnya kawad ni bukanlah benda yang susah bagi ibu sebab ibu biasa dah berkawad sejak di sek menengah dan di universiti, join kesatria.. cuma bila usia dah macam ni, biasa la... stamina pun x macam dulu.. pakai pulak pakai kasut boot berat ni.. hadei la.. bawa badan debab ni pun dah penat, tambah lagi beban berat boot pulak.. memang la haru.. :(
selama hampir 2 minggu ibu & kawan2 melalui minggu kawad ni.. dari 20 hingga 29 Nov..
         Alhamdulillah.. kami semua diumum lulus dengan jayanya...
masa kawad ni, bukan jer diajar berkawad tapi jurulatih akan mencari pengkawad terbaik lelaki & wanita...
setiap platun akan menghantar beberapa org wakil utk diuji oleh ketua jurulatih..  bukan je kena pandai berkawad tapi mesti boleh mengkawadkan skuad juga.. platun ibu, platun 5 menghantar 2 lelaki dan 2 perempuan sebagi wakil.. termasuklah ibu.. jurulatih ibu, En Roslan kata kononnya suara ibu kuat... ye ke?  hehe..

Friday, November 28, 2014

Assignment ohhh assignment

Bersiaran langsung dari AKMAL Melaka..
Malam ni lepas isyak xde aktiviti... hanya rehat selepas seharian di stadium berkawad.. 
setel minggu kawad, minggu kuliah pulak... mula la ada assignment..
semalam group ibu dah dapat topik assignment.. so apalagi, malam ni dah start google maklumat berkaitan...
kena buat report mcm kajian tempatan la pulak.. kena bukukan dan kena present in English soon.. ermmmm... dari dulu mcm tu la aktivitinya bila baru masuk satu2 jabatan.. ermm...

Tp mata dah mula nak mengantuk ni.. cane???


Thursday, November 27, 2014

Anugerah Kecemerlangan SK Tanggol

Pada 19.11.2014, sk tanggol mengadakan majlis anugerah cemerlang...
mcm tahun sebelum2 ni, ibu pasti join saja nak bagi semangat kat sekolah tnda sokongan kita sebagai mak ayah... biar anak2 ibu x dpt anugerah apa2 pun, tp insyaAllah ibu akan join.. tapi tahun ni ibu xdpt nak join sbb ibu disini, di AKMAL Melaka.. masih berkursus.. sedih... 

Monday, November 24, 2014

Aktiviti di AKMAL

Ada calon simpanan tahun 2014 yg request supaya ibu update aktiviti di AKMAL sepanjang berkursus disini...
So ibu akan laporkan mengikut sumber yang ada je la.. dan bergantung kepada masa..
hari ke 2 dan 3, aktiviti kami hanyalah aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK),.. tujuannya supaya kami boleh kenal antara satu sama lain dalam masa yg singkat.. setiap aktiviti yang dilakukan, ahli kumpulan akan bertukar.. so lebih ramai orang yang boleh kita kenal dalam masa 2 hari jer..

Sunday, November 23, 2014

Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 Siri 2/2014 @ Akademi Kastam Diraja Malaysia, Melaka

Hari yang dinanti telah pun tiba... masa untuk lapor diri sebagai Penguasa Kastam W41..
excited pun ada... sedih pun ada.. takut pun ada...
kita bertolak dari hotel lebih kurang jam 7.45 pagi 
anak2 sibuk main kad lagi sementara tunggu ibu ayah bersiap

Persiapan nak lapor diri

alamak.. entry tertinggal.. sedikit keperluan yang perlu ibu sediakan sebelum lapor diri...

gambar passport.. ibu buat 8 keping.. kat kedai depan bustand Kuala Trg.. sangat2 murah,, hanya RM15 jer.. kualiti pun ok..

Jalan jalan Melaka | Lapor Diri

17 Nov 2014.. tarikh ibu lapor diri di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL)
16hb pagi2 kita dah bertolak dari rumah memandangkan ayah x bape tahu jalan ke sana lalu short cut..
ibu dapat maklumat laluan dari Paklong memandangkan dia sering berulang alik ke Melaka dari Trg atas urusan kerja..

Saturday, November 22, 2014

Majlis Perpisahan Bersama Warga Jabatan Audit Neg Terengganu

13.11.14 Khamis - Last day ibu keje di Jab Audit Negeri Trg (JANT)
seperti biasa, kalu ada pegawai yang akan keluar dari JANT, KESKAT akan buat majlis perpisahan utk mereka..
dan biasanya ibu la yg sibuk urus memandangkan ibu ialah Pengerusi Biro Kebajikan, tapi kali ni merupakan majlis ibu sendiri..hihi.. so sad... :(

Wednesday, November 19, 2014

Farewell dengan bff Pej Audit

Rabu 12.11.14, ibu dapat jemputan dari bff ibu nak belanja makan.. dorg offer nak makan apa.. so ibu kata mana2 pun boleh la.. lagipun kat Trg ni apa la yg ada kan.. hahaha..

antara bff ibu, Puan Nor Aisyah..  orang Johor macam ibu.. asben org Trg.. nasib kita sama.. haha.. jwtn dia Juruaudit W41.. Aisyah ni dulu junior ibu masa kat Teknik Perdagangan JB.. Then junior jgk masa buat degree di Uitm Segamat.. bilik depan2 je kat kolej tapi x mesra mana pun. Kat trg ni baru kami jadi baik sebab sama nasib kan.. dendang perantau.. hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...