Ibu ada followers ke??

Sunday, October 11, 2009

''HAPPY 1st BIRTHDAY FARAH AQILAH''

Pada 9.10.09, ibu dan ayah telah mengadakan majlis hari jadi farah yg pertama. Majlis bermula jam 3ptg dan ia dibuat secara kecil2an je.x ramai tetamu yang hadir memandangkan petang tu hujan lebat..
Menu pada ptg tu ialah laksa kuah merah n mee goreng..tu pun bukan ibu yg masak..makcik yg masak..ibu cuma wat agar2 jer..2 kaler..hehe..
Kawan opis ibu ada 3org yang datang (bersama family): Pn Hariana (kak yana), Pn. Mazian (yan) dan Pn Nor Aznina (kak nora)..Seronok tgk anak2 kawan ibu bermain..gamat suasana umah kita...along happy la dia sbb ramai kawan2 datang rumah dia..sampaikan seharian x tido..daripada pagi tolong ibu hias umah, tiup belon, wat sepah umah dll....pas maghrib, along n farah terus tido..kepenatan...
Ibu ada postkan foto masa majlis tersebut..foto kawan ibu, hariana dan anak bujangnya, ahmad nabil xde sbb ahmad nabil keje nak main kat tanah je...nak kejar lembu..huhu..
Yang penting, ibu sgt2 happy sbb majlis berjalan lancar n ibu pasti anak2 ibu juga happy pada hari tersebut..Alhamdulillah..




''birthday gurl''








Tuesday, October 6, 2009

HARI AUDIT SE-MALAYSIA 2009

Pada 2-4hb Oktober 2009, Jabatan Audit Negara telah mengadakan sambutan Hari Audit Se-Malaysianya yg ke-5 di Kuala Terengganu. So, automatically, Jabatan Audit Neg Trg menjadi urusetia untuk sambutan tersebut... Mmg busy giler staff2 audit trg...sejak belum bulan puasa lagi dh bekerja keras membuat persiapan dari segi penginapan, transport, hadiah, mkn minum, aturcara program dll... ibu menjadi 3 AJK: transport, makan minum & cenderahati...mmg penat..sampaikan ibu cuti selepas hari terakhir iaitu pada 5.10.09..nak habiskan masa dgn anak2 ibu pulak sbbnya sepanjang program, ibu x balik rumah..ibu stay kat hotel Sumai..(2mlm)..sian anak2 ibu..nak berulang jauh..kalu siang ok lagi..ni habis program mlm..takut ibu nak balik sorg2..mulanya ayah nak hantar & amik tp mengenangkan ibu susah nak bergerak ke sana sini, ibu wat keputusan stay kat hotel je..ayah pun x kisah..cuma yang ibu ralat sgt ialah ibu x dpt bawa along n farah ke majlis sambutan hari raya kat stadium tertutup pada 3hb...ayah mls nak bwa kamu berdua sbb ayah takut x larat nak kawal & jaga kamu berdua..lebih2 lagi farah dh pandai berjalan ni..ibu lak terlibat dgn game bola tampar..ada dibuatnya along hilang kat stadium tu..xpela, lain kali k..luv u all sooo much..

semasa pendaftaran peserta di Hotel Primula

Lawatan ke TTI selepas majlis pelancaran Hari Audit SeMalaysia di Pusat Konvensyen di sana..







Grand Dinner bersama MB Trg di Wisma Darul Iman


Monday, September 28, 2009

Farah dah boleh jalan...hurayy..

At last, lagi 3 hari nak menyambut hari lahir farah yg pertama, farah dah pandai berjalan...sebelum ni 2, 3 langkah jer tp pada 26.09.09, ibu adalah antara saksi yang melihat farah boleh berjalan dengan laju sekali..saksi lain adalah ayah, along n kwn2 ibu.sbbnya time farah pandai berjalan ni, kami sedang beraya di rumah kwn ibu, cik Mazian..ibu sangat2 happy dengan perkembangan terbaru kamu farah...insyaAllah, hari lahir farah akan disambut pada hari Jumaat minggu depan, 9.10.09...sbbnya this weekend ibu sibuk dengan program Hari Audit Se-Malaysia yg akan diadakan di Kuala Terengganu pada 2-4hb Oct ini...
*abaikan insan-insan yang tidak berbaju itu..

KISAH AIDILFITRI 2009

Baru hari ni dapat nak update entry sal raya 2009. Hari ni ada keje kat Wisma, tu yang post citer raya ni..…kat opis paya keladi still xde internet..bulan depan baru ada…

SEHARI SEBELUM RAYA
Ok la..start nak citer sal raya hari tu….kita bertolak ke Kluang, Johor pada pagi 19.09.09, jam 7.30pg..mmg ayah nak kita gerak pagi2 sbb nak smpai awal…sepanjang perjalanan kita, ayah hanya berhenti sekali jer kat Pekan Pahang tuk berehat..Kebetulan along ber*k..sempatla mandikan along sekali….kita sampai di rumah atok lebih kurang kul 3 lebih…sampai2 je kat sana, paklong n pakde dah ada..pakde sampai mlm tadi..paklong lak smlm lagi dh sampai..ketupat semua dah siap masak…




berhenti rehat di bandar Pekan, Pahang


RAYA PERTAMA
Pagi tu cam biasa la…pas sembahyang raya, kita semua bermaafan, bergambar, makan dan terus berkunjung ke rumah nenek (mak abah) kat Bandar Tenggara, Kulai. Biasanya ada sesi melawat kubur arwah nenek (mak ibu),tapi raya tahun ni semua org pergi sendiri2 sebelum hari raya… pas melawat nenek ibu, kita gi umah maklong (belah ibu tiri ibu) kat Felda Belitong..sebelah je ngan Felda ibu..Petang lak sesi tido beramai2 sbb dah penat beraya pagi tu. Selepas maghrib kita 2 keta bergerak ke kg. ibu tiri ibu di Parit Sulong, Muar. Saje nak beraya kat sana. Family paklong x join..atok pun malas nak gi…hanya family kita n family pakde je yang pegi termasuklah nenek, cik ain n maksu..


family paklong
family makde
atok & nenek bersama sebahagian cucu2nya
siblings yang masih bujang
sesi bermaafan
on da way nak pegi rumah atok ibu di Bandar Tenggara
RAYA KEDUA
Xde aktiviti yang kita lakukan kat kg nenek….Cuma pagi tu ada marhaban kat umah nenek…then, lebih kurang kul 3ptg kita bertolak balik ke Kluang…dalam perjalanan balik tu, kete ayah meragam…clutch pump problem..mujur ada bengkel yang dah buka…alhamdulillah, ok…jammed ptg tu jgn ckp la..
kat kg nenek along n farah di Muar Johor

nak gerak balik Kluang dah...
on da way balik Kluang
sampai dah kat Kluang..

RAYA KETIGA
Pagi tu kete ayah problem lagi….yang repair smlm jadi balik…so, pagi tu ayah n pakde gi bengkel keta sepupu ibu..kat felda tu gak…ibu lak amik kesempatan gi beraya kat rumah kwn2 ibu yg ada kat Felda dengan menaiki motor… along, farah n cik ain pun ikut gak…kita sempat gi rumah kawan ibu, cik azimah, cik rozita dan cik rabiah…sempat pulak along tido kat rumah cik rabiah…dlm buai lagi..memandangkan dh tghari, jadi ibu pun balik umah dulu…tinggal along kat rumah kwn ibu tu…bila along dh sedar, baru la cik rabiah kol ibu…lama gak tido…dlm 2jam lbh…kelakar betul…

kat rumah kawan ibu, cik Rabiah


Petang tu pakde nak balik KL dah…dia ajak ayah gi KL..apalagi, time ni la nak berjalan..ibu lak cuti seminggu…boleh la kalu nak berjalan..petang tu dalam kul 5 kita bergerak ke KL..sampai KL lebih kurang kul 10.30mlm…jammed giler..start dari Seremban (highway) ke KL…maklumlah, warga KL ada yg dah nak start bekerja….mcm makde lah..raya ke-4 dh start keje…pakde lah yang kena entertain kita kat KL..huhu

RAYA KEEMPAT
Lebih kurang kul 9pagi kita bersiap2 nak gi KL Tower…Sje nak naik atas tu sbb x pernah naik lagi..along sgtla excited dapat gi sana…sbbnya dpt naik eskulator..jakun sungguh along ni..maklumlah, kat umah kita xde…pas main teropong2 kat atas tu, kita gi zoo mini yg kat bwh tu…best gak tgk ular sawa n pelbagai jenis ular lagi…tp x lama kat dlm zoo mini tu sbb along baling batu kat kaca (dimana ular ditempatkan)..sekali baling ok lagi, mat bangla tu cuma bagi peringatan je…kali kedua along baling, mat bangla tu suruh bawak along keluar…erm, sian along kena halau keluar..nak wat camne, along geram kot tgk ular tu tido je kat dlm kaca…sbnrnya along tu dah nak susu n nak tido..tu sbb dia wat pe’el.tu belum lagi mengamuk dlm area main keta lumba F1..ayah x senang hati drive kete F1 sbb along wat konsert…sbnrnya dia nak keta mainan F1 yg dipamerkan kat situ, tp org kat situ kata yg tu x jual…yg jual keta jenis lain..tp along xnak..dia nak gak yg hiasan tu..apalagi, konsert amy search la…at last, ayah kata balik la…anak2 dh penat n nak tido…mujurla farah x pe’el cam along…


kami di KL Tower


kat sini la along baling kaca tempat ular ni ditempatkan
Malam pulak kita gi Suria KLCC…igtkan nak gi Aquaria, tp kata guard kat situ, dah tutup…ia buka pukul 11pg -7mlm…xde rezki ibu la jwbnya…kita juz round2 je kat KLCC tu disamping gi ke Galeri Petronas yang ada kat tingkat 4..Lbh kurang kul 9mlm, kita gi ke Dataran Merdeka lak…sje amik angin, pastu gi makan n balik umah..
kami di Suria KLCC

kami di pameran 'kampung boy'
kami di Dataran Merdeka


RAYA KELIMA
Dalam kul 9.30pg kita bertolak balik ke K.Trg…kita sampai di Kuantan dalam kul 12.30tghari…kita singgah beraya sat kat rumah Umi (pengasuh along masa ibu bekerja kat JPN Pahang dulu)..x lupa gak beraya kat rumah sepupu ayah…dalam kul 2.30ptg, kita bergerak balik ke rumah kita…

Wednesday, September 16, 2009

SALAM AIDILFITRI

SALAM AIDILFITRI...
Lagi 3 hari nak sambut Aidilfitri...Perasaan ibu semakin berdebar2 menantikan hari yang dinanti iaitu pagi raya di Kg ibu...di Felda Ulu Penggeli, Kluang, Johor... ayah masih belum membuat keputusan samada nak balik Jhr hari Jumaat/Sabtu...Whatever la...as long pagi raya mesti ada kat Kluang...InsyaAllah jika Allah izinkan...amin... Dikesempatan ini, ibu nak kirim kad kat bawah ni kepada semua kawan2 ibu yg visit blog ni....nah, amikla..free jer...

Thursday, September 10, 2009

PERSIAPAN MENYAMBUT AIDILFITRI

Hari ni dah 20 Ramadhan..tinggal lagi 9hari nak menjelang Syawal…ibu sgt2 teruja sbbnya nak beraya kat Johor tahun ni….soooo excited nak jumpa adik beradik, ibu, abah, dan yang paling penting anak2 sedaraku yg handsome n comei2 belaka…(x sbr nak post entry Hari Raya 2009 ni, nak post gmbr2 anak sedara yg comei..huhu)…

So far, persiapan raya ibu, ayah, along dan farah semua dah settle…ibu dengan 7 psg baju kurung (sempat ke nak melaram semua), kasut dan handbag baru…ayah dengan baju melayu, songkok, t-shirt Dr. Cadininya, Jeans Levi’s la cam biasa,but xde kasut baru sbb yg ada tu pn baru beli, along dengan baju melayu, songkok, kain samping, jeans 4helai, t-shirt 4helai, kasut, sandle dan stoking 2psg dan farah lak dengan sepasang baju kurung (ibu wat sndiri tau..), stokin 2psg dan baju casual 4psg…(kasut farah ibu xbeli memandangkan farah x pandai jalan lagi)…kasut yg ada tu pun x berapa nak pakai..hahaha.. nampaknya mcm beraya sakan tahun ni…habisla koyak poket ibu..tu belum termasuk bajet duit raya untuk adik2 (2 org yg masih bersekolah), anak sedara (5 org je belah ibu), nenek dan atok Johor…huhuhu..

Di kesempatan ini, ibu nak wish ''SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI…SEMOGA SYAWAL TAHUN INI MEMBAWA 1001 KEBERKATAN DALAM HIDUP KITA SEMUA…MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA SESIAPA YG MELAWAT BLOG INI''…(especially mbr2 yg kenal la..) daa..

MAJLIS BERBUKA PUASA

Pada 9.9.09, jabatan ibu mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. Kita hanya bertiga, ayah, ibu dan farah…along ibu x bawa memandangkan along terlalu aktif/buas. (istilah org trg)…pada awalnya ayah x setuju untuk tidak membawa along sbb x sampai hati katanya, tapi atas nasihat tok dan makcik, kami buat keputusan untuk tinggalkan along bersama makcik…petang sblm ibu balik dari kerja, ayah awal2 hantar along ke rumah makcik..kesian along…tp mmg mujur ibu x bwa along sbbnya area kami mkn kat hotel tu, dekat sgt dengan swimming pool…ada dibuatnya ibu x berbuka sbb nak kawal along….silap2 haribulan, along kata “nak mandi sini”..(mcm kebiasaannya bila along nampak kolam/ sungai/laut kat dlm tv)…apa nak buat... bila along dah besar sikit, nanti ibu bawa la…lagipun ibu rasa majlis2 seperti ini akan diadakan setiap tahun…

Ibu ada postkan some picts masa kami berbuka di sana.tgkla keletah farah yg happy sokmo…mulut bising je..kalu lmbt suap kuih, dia bunyi la…pastu sgt2 berusaha untuk keluar drpd baby seat tu..lebih kurang buas cam along jgk ni…Cuma kecik sikit jer…hehe..dan jgn lupa tgk gigi farah yg semakin byk tumbuh tu…so far, ada 7 batang dah…cayoo anak ibu..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...