Ibu ada followers ke??

Thursday, April 15, 2010

giveaway from DAMIA

Sempena menyambut hari kelahiran baby girlnya pada 13 April 2010 (dah lepas pun..), ibu damia telah menganjurkan ''giveaway from damia''. so, kawan2 yang berminat untuk menyertai, bolehla klik DISINI..

TQ

Wednesday, April 14, 2010

Ibu kena Fuhhh..

Actually hari ini ibu telah di 'tag' oleh blogger: zaidah_COMEL untuk melihat apakah barang2 yang ada dalam handbag ibu..macam rancangan Fuhhh kat TV3 la pulak..huhu..So, disebabkan ibu x sibuk pada hari ini, ibu pun terus snap gambar barang2 yang ada dalam handbag ibu..huhu..lihatlah:

Ini la handbag ibu bawa pegi ke pejabat hari2..So, let me show apa yang ada di dalam.. JOM>>

1) Benda yang wajib ada dalam handbag ibu iaitu kamera dan USB cable...kalu pegi mana2, mudah nak snap gambar anak2 & family..

2) Antara barang yang terpenting juga : purse dan handphone

3) buku nota, pen, kunci keta, pen drive, tempat smpan memori kad handphone, kad kuasa dan buku ASD along.


4) beg kecil yang mengandungi lipstik, bedak baby, penyepit jerawat, tisu, pengorek telinga, perfume far away_avon dan pati perfume CK One...tiba2 ada chewing gum lak..hehe

5) panadol, pil untuk seduang (resdung) dan ubat mata (kalu tiba2 mata gatal sbb makan seafood..org yang ada resdung alah dgn seafood)


That's all...So now, ibu nak tag blogger yang lain iaitu:
1) Suria
2) My Baby Blog_kak intan
3) kak Zahidah Seran
4) Kak Hafizah Mahmud

Can't wait to see!!!


JELAJAH BLOG IBU_BEN ASHAARI

Blog AQILAHAIQAL : OurPrideOurJoy telah diwujudkan pada awal tahun 2008..tarikh sebenar x berapa ingat..Saya terdetik untuk mempunyai blog sendiri kerana sy ingin mencoretkan kisah anak-anak saya (MUHAMMAD HAIQAL & FARAH AQILAH) sejak lahir hingga dewasa, kisah diri saya sendiri dan kisah suka duka kehidupan bersama keluarga..Coretan saya dalam blog ini saya dedikasikan khas untuk tatapan anak2 saya apabila mereka besar kelak...Saya mahu mereka tahu cabaran dan liku2 hidup membesarkan mereka supaya mereka lebih menghargai kehidupan ini...Keseluruhan coretan saya berkisarkan anak-anak, keluarga dan kerjaya saya semata-mata..

Segmen 'Jelajah Blog Ibu' ni saya tahu daripada rakan blog saya, kak Intan..Saya harap Ben dapat memberi pandangan yang baik bagi memperbaiki blog saya yang simple dan comot ini..

TQ..

wajah garang si kecil-siri 2


CONTEST : MUKA GARANG SI KECIL

NAMA : FARAH AQILAH BINTI MUHAMAD RAZALI
TARIKH LAHIR : 29.09.2008
NAMA IBU : SITI HAYATI BINTI S.HAMID
NAMA AYAH : MUHAMAD RAZALI BIN MUDA
EMAIL : yatcute_83@yahoo.com.my

CONTEST:BEST MOMENT MOMMY TO BE..

MUMMY-CHUBBY CONTEST
...BEST MOMENT MOMMY TO BE...
Sempena Hari Ibu ni, ibu pun excited nak join contest yang dianjurkan oleh mummy-chubby ni.....x banyak gambo pregnant yang ada..gambo di bawah ni antara yang boleh dicalonkan..hehe..so, ini detail ibu:
NAMA : SITI HAYATI BINTI S.HAMID
UMUR : 27 TAHUN
KANDUNGAN : 5-6 BULAN (Anak ke-2)

Monday, April 12, 2010

Tugas Ibu

8.4.10-Perbincangan Laporan Audit tahun 2009 bersama Tan Sri Ketua Audit Negara, bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER). ibu terlibat dengan 2 kajian- Kajian Perumahan Awam Kos Rendah & Kajian Anak Syarikat Kerajaan Negeri.. Sangat seronok menyertai perbincangan macam ni..dapat tambah pengalaman & pengetahuan...ini adalah kali kedua ibu menyertainya..sgt happy n bertuah sbb x semua staf terlibat..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik..

Jalan-jalan

10.4.10, 4.30ptg-bawa anak2 gi main buai kat playground masjid terapung..sekarang ni suka bawa mereka ke situ sbb udaranya yang nyaman, kawasan yang luas, pemandangan yang cantik dll...sungguh indah ciptaan Tuhan...Semoga anak2 ibu mensyukurinya...

Sunday, April 11, 2010

ANAK2KU_latest

Sekarang along berusia 3tahun 4bulan, farah lak berusia 1tahun7bulan..masing2 dh ada perangai, tabiat dan kesukaan yang tersendiri..Antaranya:
Along:
  • nak bergaya sokmo..x kira pagi, ptg atau malam..nak pakai jeans n t-shirt berkolar..siap nak kacip butang sampai kat leher..kalu x bagi, pasti wat konsert..tp kdg2, ibu berjaya gak pujuk supaya malam pakai baju tido..apa guna ibu beli byk2 baju tido tu kalu x pakai kan...
  • pandai dah menjawab..kalu ibu x bagi main apa2, dia menjawab n buat apa yg kita x bagi tu..contohnya, ''along, tepi la sikit, ibu x nampak nak tgk tv tu"...then, apa dia buat??dia semakin halang kita drpd tgk tv tu...emm..mmg nak kena ni..
  • ibu suka tanya time along bersiap2 nk gi jalan2.., ''along nak gi mana ni??''...along jawab ''nak gi wakaf tapei, nak beli ultraman aia''..then ibu kata ''mana ibu ada duit..''..along jawab ''tok ada duit''....heheh.
  • tiap2 pagi akan bangun seawal ibu, then wat terkeseng2...''ibu,nak ikut''...since ibu excident, ayah la yang gi hantar & amik dr keje sementara keta di bengkel..so, along ada la kesempatan nak ikut..kalu ayah tinggal sbb along tido ke, balik nanti pasti ayah akan disoal oleh along...''nape ayah tinggal saya..''
  • suka bergomol ngan ayah..along akan kata ''ayah jd rasaksa, saya jadi ultraman aia''.. bengang je ayah dia..
  • suka sangat minum air batu..pagi2 buta dah minta air batu..
  • kalu nak tido malam, mesti nak peluk ibu..(sian ayah kat bilik sebelah)..haha..
Adik:
  • pasti akan balas balik sekiranya along menyakat dia sambil mengetap bibir geram..
  • kalu ibu marah, dia akan merajuk..pastu nak kat ayah sokmo..x nak kat ibu..
  • x suka pakai sandle dia..nak pakai sandle along yang lama..gambo ultraman..
  • kalu ibu sebut perkataan 'mandi' jer..terus selak baju..kata ''buka,buka''..konon nak mandi la tu..lagi satu kalu nampak air dlm tv..pasti perkara yg sama akan dilakukan..
  • suka makan keropok ikan
  • suka conteng kat kertas.. (ibu rasa adik lebih suka membaca drpd along)..
  • lagi satu benda yang adik suka wat ialah dia akan panggil ibu ''ma,ma"..pastu dia akan buat muka garang sambil mulut muncung dengan mata2 sekali..pastu ibu balas balik, then dia akan tersengih..hehe..(saje je nak menyakat..)
itu je la yang ibu ingat perangai kalian di saat ibu menulis entry ni..kalu ibu ada ingat apa2 lagi pas ni, ibu akan tambah...enjoy all the pictures>>





HAPPY 2ND BIRTHDAY

Actually peristiwa ni berlaku bulan lepas, tp baru hari ni ibu ada masa nak update blog ni..Pada 27 Mac yg lepas, paklong balik ke Ajil, kg maklong..Kebetulan mereka mengadakan majlis harijadi damia yg kedua..Kita telah dijemput..Majlis bermula jam 10pagi.. so, mak ngah nak wish :HAPPY 2nd BIRTHDAY TO NUR DAMIA UMAIRAH BINTI MOHD SUFIAN...SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, SENTIASA SIHAT & COMEL SERTA MENJADI ANAK YG CERDIK & SOLEHAH..amin... 'birthday girl yang cute'Pada sebelah petangnya pula, kita dijemput lak ke majlis hari jadi anak kawan ibu iaitu NOR ADLINA NAZIRAH BINTI ZULKIFLI, (deknor)..Lewat dah kita sampai kat umah deknor..mujur makanan x abis..haha..ni disebabkan ibu terpaksa tunggu along bangun tido..sebenarnya, tujuan kita ke majlis deknor bukanlah sbb nk mkn tp kita nak meraikan hari kelahiran deknor..deknor merasa dirinya dihargai..cewah...(deknor dh faham ke??)..anyway, ibu nak wish her SEMOGA SIHAT SELALU, MENJADI ANAK YG CERDIK, BAIK & SOLEHAH...amin..*gambar birthday girl xde sbb deknor sgt aktif ke sana sini..hehe..ibu pun x sempat nak keluarkan kamera ibu..huhu

Monday, March 22, 2010

TRAGEDI 7 MAC

Lama rasanya blog ni menyepi..sebabnya ibu sibuk nak siapkan LA 2009.. Seksyen ibu terlibat 2 kajian.. Perumahan Awam Kos Rendah n Pengurusan Syarikat.. tu yg busy.. time2 ni lak sorg staf gi induksi sebulan.. yg sorang lagi bercuti.. x menang tangan ibu nak wat keje.. terpaksa wat balik umah lak.. ada sekali tu wat keje sampai kul 5 pagi.. pastu tido 1 jam, kul 6 pagi nak bgn gi keje.. mmg penat x ingat...
Ok la, kembali kpd tajuk entry ni.. dalam kesibukan wat kerja, ibu terlibat dalam 1 kemalangan masa otw nak balik umah dr kerja.. di KM20 K.trg-K.Brg... mmg mengejutkan.. Toyota Unser terbabas & langgar sikit jer kat lampu depan kanan.... kalu langgar depan2, ibu rasa ibu dh innalillah... astaghfirullah.. Alhamdulillah, ibu tidak mengalami apa-apa kecederaan..ALLAH masih memberi peluang kat ibu untuk menjaga anak2 & melihat masa depan kalian..Ibu sgt2 bersyukur..InsyaAllah, ibu akan memperbaiki kelemahan ibu sepanjang usia ibu..
Dan sekarang keta ibu masih kat bengkel..almost 3weeks kat bengkel..still x siap lagi.. ayah la yang hantar pegi & balik keje..Nak wat camane..ibu takut nak bawa keta ayah..terpaksalah ayah hantar..Kat bawah, ibu ada upload gambar keta ibu yg rosak akibat kemalangan tu..

1st Ever Contest : MUKA GARANG SI KECIL

FIRST EVER CONTEST
MUKA GARANG SI KECIL

Ibu nak join contest ni & ibu decide nak calonkan kedua2 anak ibu yg cute ni... Details seperti di bawah:

(1)

Nama Penuh: MUHAMMAD HAIQAL BIN MUHAMAD RAZALI
Nama Manja: ALONG
Tarikh Lahir: 23.12.2006
Nama Ibu : SITI HAYATI BINTI S.HAMID
Nama Ayah : MUHAMAD RAZALI BIN MUDA
Email ibu : yatcute_83@yahoo.com.my

(2)

Nama Penuh: FARAH AQILAH BINTI MUHAMAD RAZALI
Nama Manja: ADIK/FARAH
Tarikh Lahir: 29.9.2008
Nama Ibu : SITI HAYATI BINTI S.HAMID
Nama Ayah : MUHAMAD RAZALI BIN MUDA
Email ibu : yatcute_83@yahoo.com.my

Good Luck My Baby!!!

Wednesday, February 24, 2010

Family Day Out...

Sabtu petang, tetiba jer ayah bersiap2..ibu tanya nak gi mana ayah??then ayah kata, gi la bersiap..nak bawa anak2 gi jalan & nak belanja makan..ayah sian tgk anak2 boring dok terperok je kat umah.dalam kul 6.30ptg, kita gerak ke bandar..kita ke giant..relax sikit main kat dalam giant tu..kalu main kat playground kat luar, mesti panas lagi..pas main, ayah belanja kfc..tp ibu x mkn pun sbb ibu dah makan nasi sebelum kuar rumah tadi..xtau yg ayah nak belanja.. hehe..jimat r duit ayah..

Sunday, February 21, 2010

B.O.L.A. J.A.R.I.N.G.

Salah satu aktiviti sepanjang cuti raya cina ialah latihan bola jaring..Jabatan ibu menghantar 1 pasukan bola jaring untuk menyertai pertandingan anjuran MAKSAK pada 18-20 Feb 2010, di Stadium Tertutup Gong Badak..ibu pun join gak sbb sgt2 excited..Ini adalah penyertaan pertama Jabatan Audit Neg Trg..ibu excited la nak main sbb lama dh x main sejak habis study kat U dulu..final sem masa kat U dulu pun xleh nak join sbb ibu pregnantkan along..almost 3tahun gak la stop bersukan..paling latest, ibu join main bola tampar, wakil zon timur masa hari sukan Audit tahun lepas..mmg sgt best dapat main bola jaring balik..dan yang palingggg best ialah, berat ibu turun 2kg disebabkan main bola jaring ni…kalu main secara berterusan, jadi lidi la ibu..huhu..so, kat bawah ni adalah gambar2 masa latihan di Sek. Men. Sultan Sulaiman dan gambar masa pelawanan..

Keputusannya, pasukan ibu kalah..Mana tidaknya, coach pun xde..main belasah jer...Jabatan2 lain semua hebat2 belaka..ada gak pemain negeri..xpe, yang penting ibu n the gang dapat experience setelah sekian lama x sertai apa2 perlawanan..tahun depan boleh cuba lagi...caiyookk..

Anak ibu pun sibuk gak nak bersukan..siap pakai sport shoes ibu lagi..
Semoga menjadi atlet yang berjaya kelak..
Sesi latihan di Sek. Men Sultan Sulaiman
ibu di posisi GA

hari pertama perlawanan

ibu nak shoot ni...finally, yes..masuk..

hari kedua perlawanan

Bawa adik Jalan2 K.Trg

Pada 16.02.10, ibu, along, farah, makde, yasmine n maksu jalan2 gi bandar KTrg..ayah x dapat ikut sbb gi keje..sebenarnya gi bandar nak beli tiket utk maksu nak balik Kluang..Maksu datang ngan atok n nenek tapi atok nak balik Kluang awal..maksu lak x puas lagi dok kat umah kita..tu yang maksu kena balik naik bas tu..Semalam kol kaunter bas tu kata tiket ke Kluang ada..pastu hari kita gi nak amik, dia kata dh abis..hampeh tul..mujur ada tiket nak ke Kota Tinggi/JB…beli gak la..kalu x, x sekolah la maksu jawabnya..


Pas beli tiket , kita ke Kedai pasar payang..makde nak cari baju seksi tuk yasmine..haha..maksu pun ada beli sikit cenderahati nak bagi kat kwn2 dia..Ramai sgt org kat Kedai pasar payang…nak parking pun susah..


Habis bershopping, kita gi lak ke Losong..nak cari kopok keping..kopok lekor x beli lagi sbb lambat lagi nak balik..orang pun ramai gak menunggu nak beli kopok…Pas beli kopok, kita gi lak ke Masjid Kristal..makde x pernah lagi tgk masjid kristal..dok sana lebih kurang 1 jam..then, kita pun balik umah..




Berkelah di Teluk Benggala

Pada 15.02.10, kita sekeluarga pergi berkelah di Teluk Benggala, Hulu Terengganu. Sebenarnya aktiviti ni ibu plan dengan kawan ibu, kak nora n family..Kebetulan atok, nenek dan maksu datang dari Johor dan makde yang dok KL pun datang sama dgn anaknya, yasmine..jadi, meriah la sikit aktiviti perkelahan pada hari itu… Pagi2 ibu dan nenek masak mee goreng, nasi putih, wat air sunquick,potong buah nenas dll untuk santapan kita…ayam lak mlm tadi dh perap…tinggal nak dibakar je kat sana..kita gerak dalam kul 9pagi..sampai sana dlm kul 9.45pagi..along apa lagi, terus masuk dlm air…betul2 nak balik baru dia naik..erm..mmg lupa daratan along ni..family kak nora lak sampai lebih kurang kul 12tghari..sbbnya hubby dia keje dulu…so, lambat la sampai..kami sempat gak bergambar..hehe…then, dalam kul 1ptg, kita pun bergerak balik..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...