Hari ni hari ke 9 kita berpuasa....so far, 2hari dah ibu cuti berpuasa...ni semua gara2 ibu masuk wad disebabkan sakit nak bersalin...malam puasa hari kedua, sebelum sempat ibu berbuka puasa, ibu rasa sakit sgt2 mcm dah nak bersalin...betul2 waktu berbuka tiba, ayah pun sedang enak berbuka puasa, ibu suruh ayah bergegas hantar ke hospital....ibu cuma sempat minum sikit air bandung n sebiji kuih buah melaka...hilang semua selera mkn ibu....belum sempat solat maghrib, ayah terus hantar ibu ke hospital...
Setibanya di hospital, ibu terus ditolak dengan kerusi roda masuk ke wad bersalin....doktor cek bukaan baru 1cm...then, doktor bagi ubat tahan sakit memandangkan kandungan baru masuk 35mggu...bila dah makan ubat tahan sakit tu, hilanglah sakit yang ada...selama 2mlm berada di wad, ibu x rasa sakit pun...sakit biasa tu ada la...kemudian, pada 4hb 9 tu, doktor bagi balik...kalu betul2 rasa sakit nak bersalin, baru datang lagi.....dalam tempoh tu, 2hari la ibu xpuasa sbb kena makan ubat....erm...apa nak wat...terpaksa..
Raya tahun ni kita sekuarga akan beraya di terengganu memandangkan toki baru sahaja meninggalkan kita..kesian pulak tok sambut raya tanpa kita..bukan ke haiqal penyeri n penghibur kat rumah kita ni?? hilang gak kesedihan tok...ibu pulak mgkin dah bersalin n berpantang time tu....So far, 80% keperluan untuk raya ibu dah siapkan, seperti baju melayu ayah, baju melayu, t-shirt2, seluar slack n jeans haiqal, langsir rumah, brg2 hiasan rumah...Ibu pun sempat gak jahit sepasang baju kurung riau untuk ibu...ye la, mana tau ibu terbersalin sebelum raya, dpt gak jangok pagi raya w/pun dlm pantang...sekejap je...juz nak amik gambar sekeluarga..hehe...cuma yang belum settle ialah kuih raya n kasut raya haiqal...tp perancangan ibu, balik keje ptg ni ibu nak singgah kedai kat bandar ni, cari kasut haiqal....kuih raya lak ibu suruh ayah beli siap jer...banyak kat pasaraya Mydin tu...x la mahal mana...beli pun x perlu byk sbb ibu tgk org terengganu ni x suka sgt makan biskut raya...dorang lebih suka makan makanan berat cam nasi dagang ke, nasi minyak ke, lemang, kuih2 tradisional n sebagainya...
Ibu rasa x sabar nak sambut raya tahun ni...ye la, selain menyambut Aidilfitri, kita akan menyambut ahli kuarga baru dalam family kita...insya-Allah....jika diizinkan tuhan....amin...semoga semuanya selamat...
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!