Ibu ada followers ke??

Thursday, December 11, 2008

**faRaH aQiLaH**

Lama dh rasanya ibu x update blog ni...bukan apa, ibu cuti panjang..cuti melahirkan bby farah...

Pada 29/9/08, jam 8.19pm ibu slmt melahirkan bby farah di Hospital Hulu Trg kat K.Berang... hari tu merupakan hari ke2 terakhir sebelum kita menyambut Aidilfitri...ibu mmg berdoa supaya dpt melahirkan bby farah sblm Aidilfitri...
Pada sblh pagi, ibu sibuk mengemas umah, psg lgsir, angkat kerusi meja(mana yg larat la..) sbb ibu dpt rasakan yang ibu dah hampir utk melahirkan...Pada pukul 5ptg ibu mula rasa sakit dibhgn perut tp ibu boleh tahan lagi...siap ikut ayah pegi Binjai Rendah beli juadah berbuka puasa...Abg long pun ikut sama....ibu juga sempat telefon nenek di jhr n akak ipar di Kemaman saja untuk bertanya khabar...
Dalam pukul 6pm lebih, paklong, maklong Johor n Damia datang untuk berbuka puasa dengan kita..Tahun ini mereka beraya di Bukit Apik, Ajil...Ayahcik, makcik n kak G pun ada gak.. Setelah beduk berbunyi menandakan telah masuk waktu berbuka puasa, kami pun berbuka...time tu ibu dah rasa sakit yg amat sgt tetapi ibu terpaksa tahan memandangkan ayah dan yg lain baru bermula untuk berbuka.. ibu xnak menyusahkan mereka..ibu pun cuba utk berbuka w/pun dlm keadaan yang sakit..selesai je ayah makan, ayah ajak makcik utk menghantar ibu ke hospital...

Sampai hospital dalam pukul 7.45pm, ibu terus ditolak menggunakan kerusi roda masuk ke labor room...tetapi nurse masih berlengah memandangkan ibu x meraung sakit pn...bila ibu dah x tahan, ibu panggil sorg dari nurse tu utk periksa jalan...bila nurse cek, nurse kata jln dah terbuka penuh..nurse x bagi ibu meneran selagi nurse x siapkan alatan untuk melahirkan...ibu dah x tahan sgt...lalu nurse tawakal je untuk sambut kelahiran tnpa alat2 yg berkaitan.

Setelah berhempas pulas meneran, tepat pukul 8.19pm, ibu selamat melahirkan seorg bby girl yang comel seberat 2.96kg....ibu x sangka akan mendapat bby girl memandangkan semua org menyangka bby boy....Syukur yang amat sangat...Ayah pun hepi dapat bby girl kali ni...Ayah berkesempatan menyaksikan drama kelahiran adik Haiqal ni...Ayah tidak lupa utk mengQamatkan bby....ayah n ibu bersetuju untuk memberi nama Farah Aqilah....x sangka lak nama AQILAH tu kalu pusing2 hurufnya dapat nama abglong, HAIQAL..cuba la...hihihi

Ibu ada upload gmbr2 bby farah untuk tatapan kwn2 ibu....

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...