







Lihatlah anak2 ibu yg suka joget..huhu..Actually farah yang sangat suka joget..pantang dengar lagu yang rancak2 sikit, mesti goyang terus badan tu..x kira la pagi ke, ptg ke, baru bangun tido ke, lepas nangis ke, kalu dgr lagu rancak mesti goyang satu badan..Along lak juz ikut2 farah jer...joget along ganas & merbahaya..boleh mencederakan farah..hahaha..mana taknya, joget macam nak bertinju...Actually along x suka pun joget2 ni, dia lebih prefer bergomol/berlawan ngan sesapa la especially ayah dia..kdg2 ibu pun jadi mangsa gak tp disebabkan ibu ni jenis x berapa nak melayan, tu yang dia suka bergomol ngan ayah dia tu..ni penangan ultraman gaia la ni..kalu dh tgk ultraman, duduk depan tv x gerak2..itu je la masa along dok diam, selain tido..hahaha..



7 Disember 2009 yang lepas merupakan hari ulangtahun perkahwinan ibu n ayah yang ke 6 tahun...ibu beli kek sebagai mengingati ulangtahun tersebut..ibu xtau nak beli kek patern apa..tp memandangkan along suka sangat upi & ipin (selain ultraman gaia), ibu pilih kek gambar upin & ipin. masa along tgk gmbr upin & ipin tu, apalagi...x sbr nak potong kek...walaupun tu kek ulangtahun perkahwinan, tp kami nyanyikan lagu ''selamat hari jadi" kat along n farah..terkeseng2 along malu...but actually birthday along pun dah x lama lagi iaitu pada 23 disember ni...insyaAllah kita akan sambut di KFC kot...huhu
tgkla gambar farah yang atas ni..Actually masa raya korban baru ni, farah jatuh daripada kerusi kat rumah kita.pipi dia tersembam kat lantai rumah. mula tu xde berlaku apa-apa perubahan pada farah..masa jatuh tu, farah hanya nangis sekejap, n terus senyap bila ibu bagi susu..pastu dia main semula..tapi selang seminggu, berlaku perubahan pada farah...bila dia ketawa atau nangis, mulut farah akan senget..macam dalam gambar kat atas..ibu risau..ibu n ayah bawa farak ke klinik, doc kata sakit ni berkaitan dengan saraf..ia penyakit sementara n akan hilang sendiri..doc bagi vitamin. doc kata ini bukan berpunca daripada jatuh..tapi biasanya kalu penyakit ni terjadi, budak akan pengsan..tp doc hairan sbb farah aktif cam biasa..balik dari jumpa doc, ayah ajak berubat kg...orang yang ayah ajak gi jumpa ni mmg mengubat sakit2 yang berkaitan dengan tulang. ayah pun pernah berubat dengan dia sbb kaki ayah pernah patah dulu...alhamdulillah, rezki Allah, kaki ayah dh ok skrg..tu sbb ayah nak cuba berubat dengan dia..kata org tu, biasa kes mcm ni mudah je nak pulihkan semula sekiranya pesakit org dewasa..masalahnya sekarang, farah menangis bila orang tu pegang muka farah..jadinya susah nak adjust tulang/rahang farah ni..bila org tu nak tolak naik, farah nangis n menyebabkan ia turun balik..tambah lak dengan suara tangisan farah yang menyayat hati..membuatkan org tu jadi kesian pun ada..kata org tu, buat berperingkat2..InsyaAllah, dengan izin Allah farah akan sembuh sbb kata org tu tulang budak kecik lembut lagi..mudah nak betulkan...ibu harap farah akan pulih macam dulu..
Gmbar kat atas ni lak ialah gambar farah jatuh pada malam selepas dia berubat pagi tu...erm, anak ibu ni aktif n sangat berani...farah panjat kerusi kecik kat rumah makcik..padahal ibu n ayah dah kawal sebaiknya tapi nak jatuh jugak,nak wat camane..bibir lak jadi bengkak...kesian ibu tgk farah..ibu rasa nak cuti kerja je hari ni nak jaga farah tapi xboleh sbb ibu byk keje...semalam dah cuti sbb pegi berubat farah..nanti apa pulak kata bos....walaupun bos ok, tp ibu segan sokmo2 minta cuti..ibu doakan farah cepat sembuh seperti sediakala..amin..
Actually baru semalam opis ibu ada internet...so baru hari ni leh update entry sal raya haji yang lepas, 27.11.09...Kita sekeluarga x ke mana-mana...hanya stay kat rumah memandangkan paklong dari Melaka akan datang ke rumah kita bersama ngan cik ain n maksu. Cik ain n maksu akan bercuti panjang kat umah kita memandangkan mereka cuti sekolah..cik ain nak naik ting. 5 tahun depan manakala maksu nak naik ting. 3...sorang nak amik PMR n sorang lagi nak amik SPM..Anyway, gud lak to u all...