Ibu ada followers ke??

Wednesday, May 19, 2010

Arwah Mak

Arwah nenek mendukung makde (adik bawah ibu), cik ita (adik bongsu atok), atok mendukung ibu & paklong

Last entry, ibu ada post entry tentang Hari Ibu... Hari ini ibu terima email drpd paklong (abang ibu) dan gambar ini.. Mybe paklong nak ibu sentiasa ingatkan arwah dimana jua kami adik beradik berada... 1st time ibu tengok gambar ni, ibu berasa sayu, sebak dan hampir mengalirkan air mata sebab ibu terlalu rindukan arwah mak... Ibu xkan dapat jumpa dengan arwah lagi dibumi ALLAH ini. Hanya ibu dapat kirimkan doa buat arwah.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. amin.. AL-FATIHAH..

Kepada blogger yang sudi membaca entry ini, ingatlah, sementara kita masih ada ibu dan ayah, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kita semasa kecil bagai menatang minyak yang penuh.. Hargailah mereka, jagalah hati mereka.. Bila mereka dah xde kat bumi ini, xde apa lagi yang boleh kita lakukan melainkan kirimkan doa buat mereka.. Menangis air mata darah sekalipun, mereka xkan hidup kembali.. Ingatlah..


Tuesday, May 11, 2010

''SELAMAT HARI IBU''

Rasanya belum terlewat ibu nak wish "SELAMAT HARI IBU" kepada kaum ibu di dunia ini... Alhamdulillah, ibu bersyukur kerana Allah memberi peluang dan rezeki kepada ibu untuk memegang title ''IBU'' sepanjang usia ibu di bumi Allah ini.. Anak2 ibu adalah anugerah Tuhan yang paling bernilai dalam hayat ibu.. Ibu bersimpati kepada wanita2 di luar sana yang masih belum bergelar ibu walaupun telah lama mendirikan rumahtangga.. InsyaAllah, ibu doakan mereka juga akan merasa apa yang ibu rasa sekarang ini..

Dikesempatan ini juga, ibu nak wish ''SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU (NENEK ALONG & FARAH DI JOHOR).. Actually, nenek adalah ibu tiri kepada ibu.. Nenek telah berkahwin dengan atok setelah 8bulan arwah mak ibu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.. Kejadian itu berlaku ketika atok & arwah nenek dalam perjalanan nak melawat ibu di asrama sekolah teknik perdagangan JB.. mereka menaiki motosikal.. Lori panjang corner n masuk jalan atok.. lalu melanggar motosikal atok.. Saat2 itu amat sukar ibu lupakan kerana ramai orang kata arwah 'pergi' disebabkan ibu.. Mulanya ibu rasa bersalah gak, tp kalu difikirkan betul2, ajal maut ditangan Tuhan.. Even arwah tengah makan ke, sembahyang ke kat rumah, arwah akan tetap 'pergi ' juga kan... Itu adalah ketentuan-Nya.. Ibu pasrah..

Walaupun arwah baru meninggal 8bulan, tapi kami adik beradik tidak membantah atok nak kawen lagi dengan nenek.. Sebabnya adik ibu yang bongsu berusia 4tahun ketika itu.. waktu tu, paklong kat ATMA, ibu kat asrama dan adik2 lain masih sekolah.. siapa yang nak jaga adik2.. so, kami relakan perkahwinan tersebut.. nenek telah diperkenalkan kepada atok oleh sepupu atok.. Alhamdulillah kami dianugerahkan ibu tiri yang sangat2 baik dan ikhlas menjaga kami adik beradik.. ibu sangat2 berbudi kat nenek.. dia memang seorang yang sabar, tabah, dan berhati mulia.. dia anggap kami macam anak2 sendiri walaupun telah mempunyai 2 org anak perempuan bersama arwah suaminya (juga meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya).. berapa banyak dah harta nenek berhabis untuk kami adik beradik untuk belajar.. Thanx so much ibu.. we luv u soooo much..

Ibu wish ''SEMOGA NENEK DIPANJANGKAN USIA, DIMURAHKAN REZEKI, DIBERI KESIHATAN YANG BERPANJANGAN, DIBERIKAN GANJARAN OLEH ALLAH DIATAS KEIKHLASANNYA DAN DIBERKATI SELALU.. HANYA ALLAH YANG AKAN MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN DAN JASA YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA KAMI SEKELUARGA'' Amin... Di bawah adalah antara gambar nenek.. gambar arwah nenek x dapat nak diupload di sini sbb semua gambar dalam bentuk hardcopy.. kena scan dulu.. itu pun x banyak.. dulu mana ada kamera digital lagi... arwah nenek meninggal dunia pada 23.10.1999.. AL-FATIHAH...

inilah dia ibu tiri kepada ibu
nenek along & farah
SITI KHATIJAH BINTI HJ. NORDIN
Aidilfitri 2007
nenek, along (usia 10bulan), atok, ibu
Aidilfitri 2009
bersama cucu2 tersayang: along, damia, yasmine & farah


Tuesday, May 4, 2010

Contest KhazisBoutique

Warna Kegemaranku ialah PINK...Bayangkanlah suamiku yang berkulit gelap pun terpaksa memakai baju pernikahan kami yang berwarna Pink semata-mata ingin memenuhi kehendak isterinya ini.. Selain itu, tgkla warna blog ni.. Pink kan?? Hehe.. Masa mula2 pregnant dulu aku dan suami x berapa kisah mengenai jantina anak.. tp jauh disudut hati, aku nak baby girl sebab aku sangat excited nak pakaikan baju/gaun berwarna Pink.. Kehadiran along (anak pertama) tidak mematahkan semangat aku untuk mendapat baby girl selepas ini... aku masih muda.. 25tahun.. banyak lagi masa nak dapat baby girl kan?? Then, after 22months, Alhamdulillah, kehadiran baby yang kedua adalah baby girl.. aku sangat bersyukur dan sangat teruja dapat baby girl.. Finally, dapatlah aku pakaikan baju/gaun Pink yang aku impikan selama ini..YES!!

Selain Pink, warna lain yang menjadi kegemaran adalah peach, light blue, light green dan ungu.. Warna tudung di khazisboutique juga ada yang menjadi kesukaanku seperti gambar di bawah:


Cute Pink Babies Contest

Sempena Tema Birthday anak ibuQisQas berwarna Pink, tuan umah telah menganjurkan Cute Pink Babies Contest.. bagi memeriahkan lagi contest ini, ibu calonkan si comel ibu seperti gambar di bawah:
Nama baby : FARAH AQILAH BINTI MUHAMAD RAZALI
Umur : 1 TAHUN 7 BULAN
Tarikh Lahir : 29.09.2008


''Pesanan ibu kepada si comel, semoga farah sihat selalu, dimurahkan rezeki oleh-Nya, menjadi anak yang cerdik, anak yang mendengar kata, anak yang berguna kepada masyarakat seterusnya dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan termasuklah dalam pelajaran, kerjaya, kehidupan berumahtangga dan seterusnya di alam akhirat kelak...AMIN''


GOOD LUCK DEAR!!

Monday, May 3, 2010

Anakku demam

Minggu lepas, hanya sehari jer ibu pegi keje... Ahad ibu x keje sbb keta belum siap, still kat bengkel.. Then, petang tu leh dah amik.. Isnin, ibu keje cam biasa tapi x drive sendiri lagi sbb ayah nak hantar keta repair benda2 yang sepatutnya.. Selasa, ibu drive sendiri gi keje but on the way, keta prob lagi.. bukan enjin, but spring keta 'tergelecoh'... muggard keta jadi rapat ngan tayar.. berdebar ibu.. mujur ibu bw slow jer.. then, hari tu ibu x keje & keta masuk bengkel balik.. Rabu, ibu plan mmg nak gi keje & dah konfem nak tumpang member ibu.. (ayah nak hantar naik motor tp hari hujan).. pagi tu bangun tido ibu rasa panas semacam jer badan farah.. farah demam!! alamak, xkan nak cuti lagi...ahad minggu lepas pun dah cuti sbb masalah transport.. malunya nak kol bos sbb smlm dh cuti.. tok pun ada ckp ngan ibu ''wok, nak cuti gak ke anak demam''.. alamak, camane ni.. akhirnya ibu nekad kol PAN (pengarah Audit Neg), minta cuti smpai Khamis.. Dah alang2 cuti, cuti terus la.. Bos Ok.. Alhamdulillah.. Lega ibu..Dapatlah ibu menjaga Farah dengan aman sekali.. dan pada hari tu, ibu terus bawa farah gi hospital..takut la ada apa2 kan.. musim x menentu ni, x boleh main2.. penyakit lain pulak kang yg datang.. Rupa2nya farah kena campak..lepas surut je demam, badan dia naik bintik2 merah.. ibu gi rumah jiran wat air tawar.. Alhamdulillah, Allah mengizinkan farah pulih mcm sediakala..

Jumaat petang, along lak yang demam.. lama gak along x demam.. erm, musim orang demam sekarang ni.. Sabtu pagi, ibu bawa along gi hospital..doktor kata along ada sikit tonsil, tekak bengkak & merah..panas kot.. doktor kata jgn minum air batu..bisa..makan aiskrim mangkuk tu xpe..alamak, camane nak ckp ngan along ni supaya dia x minta air batu..along ni mmg hantu air batu..pagi2 buta minta air batu..

ibu: along sakit mulut kan, doktor kata x boleh minum air batu, ais krim boleh la..nant ibu beli ais krim eh..
along: nak air batu
ibu: x boleh, nant mulut along sakit x baik2..
along : ok la
Esoknya,
along : ibu, mulut saya dah baik..
ibu : apa??mulut along dh baik..pastu, along nak apa??
along : ibu wat la air batu..
ibu:?? (nak jawab apa ni ek??).. cuba along nganga mulut.. ha, tu x baik lagi..masih merah..nanti kalu dah baik, ibu buat eh..along mkn ais krim dulu eh..
ibu pun amik ais krim.. ibu saje beli aiskrim mangkuk yang besar.. ibu pun leh makan gak.. hahaha


farah dalam keadaan demam
muka bad mood..kat hospital tunggu giliran
siap2 nak gi hospital, sebelum muntah & tukar baju lain..
pakai tudung tu sbb cuaca panas..topi farah kat umah makngah (pengasuh)
*wok=panggilan manja untuk menantu..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...