Ibu ada followers ke??

Wednesday, May 19, 2010

Arwah Mak

Arwah nenek mendukung makde (adik bawah ibu), cik ita (adik bongsu atok), atok mendukung ibu & paklong

Last entry, ibu ada post entry tentang Hari Ibu... Hari ini ibu terima email drpd paklong (abang ibu) dan gambar ini.. Mybe paklong nak ibu sentiasa ingatkan arwah dimana jua kami adik beradik berada... 1st time ibu tengok gambar ni, ibu berasa sayu, sebak dan hampir mengalirkan air mata sebab ibu terlalu rindukan arwah mak... Ibu xkan dapat jumpa dengan arwah lagi dibumi ALLAH ini. Hanya ibu dapat kirimkan doa buat arwah.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. amin.. AL-FATIHAH..

Kepada blogger yang sudi membaca entry ini, ingatlah, sementara kita masih ada ibu dan ayah, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kita semasa kecil bagai menatang minyak yang penuh.. Hargailah mereka, jagalah hati mereka.. Bila mereka dah xde kat bumi ini, xde apa lagi yang boleh kita lakukan melainkan kirimkan doa buat mereka.. Menangis air mata darah sekalipun, mereka xkan hidup kembali.. Ingatlah..


2 comments:

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...