Ibu ada followers ke??

Wednesday, December 28, 2011

Aduhai kameraku...

Kamera ni ibu beli pada Feb 2009
Masa tu harganya lebih kurang RM680, kalu x silap la
Tapi ayahla yg byr sebab time tu birthday ibu..
Alkisahnya, kamera ni sebenarnya pernah jatuh dari ketinggian pinggang ibu ke atas tanah
masa tu ibu+ayah+along & farah berada di fun fair
sibuk dukung farah, akhirnya kamera di tangan jatuh
masa tu kamera tu problem gak la
tp setelah beberapa kali ibu try tarik lensa ke depan (guna gigi tau!!),
akhirnya kembali ok dan boleh digunakan seperti biasa sehinggalah 24.12.11 malam
Malam tu adik nak main kamera
kalu x bagi kang, jadi tarzan lak dia
malas nak layan org menangis nih
dan ibu rasa kamera tu x jatuh pun dari tangan dia
tiba2 adik tunjuk kat ibu ''ibu, kamera ni rosak ke??''
ibu igt dia bergurau, then bila tgk kat skrin ''lens error''
eh, nape jadi mcm ni? sblm ni x pernah jadi
sedihnya ibu...
apa je la yg dia tekan/buat sampai jadi mcm ni
hilang terus mood ibu mlm tu nak menjahit
sampai keesokan harinya pun masih memikir pasal kamera tu
maklumlah, ibu ni mmg x boleh dipisahkan dgn kamera
suka amik gambar2 kenangan bila ke mana2
pasni, sementara blm beli kamera yang baru, entry ibu x bergambar la yer..
kamera hp pun dh problem gak...myb banyak kali jatuh kot...
bila nak amik gambar jer, jadi ''operation failed''
nape la tu agaknya..
ibu dah gi survey2 kamera baru..
lepas ni kalu nak beli pun, xnak beli yang lensa keluar masuk tu
nak beli yg flat tu jer...
survey haritu harga dlm RM1000+
try la nak buat baik ngan ayah..
takut ayah lembut hati nak belikan ke
lagipun x lama dah ni nak sambut hari jadi ibu ~ 12.2.2012
hopefully success...

Monday, December 26, 2011

Yea Yea, Atok Nenek Datang!!

Pada11-14 Disember 2011, abah, ibu, adik bongsu, adik yg ke 3+ anak2nya (yasmine + aliff) dtg ke rumah kita
dah lama kan?? tp baru hari ni ada mood nak buat entry
maklumlah, lately ibu sibuk sikit nak siapkan report interim penyata kewangan
so, hari ni keje dh siap, boleh berjimba2
seronoknya rasa hati bila dpt tau family di jhr nak dtg umah..
menggelabah ni kemas2 rumah
mujurlah dapat hubby yg sgt2 pembersih & suka kemas rumah
abah bertolak pagi ahad, 11.12.11 dalan pukul 11.00pagi
dan sampai dirumah kami dalam pukul 9.30mlm
lamanya perjalanan...mesti penat lebih2 lagi budak tecik 2 org tu
sampai2 je, msg2 dh keletihan
mlm tu ibu igt mereka dh makan kat luar dulu sbb sampai pun dh lambat kan
jadi ibu cuma buat mee goreng dan goreng kopok lekor
last minit dapat mesej dari adik kata mereka x singgah pun mkn sbb budak2 tecik dh tido
dgn hujan lagi
so, gelabah la ibu fikir nak masak apa
kang kalu masak masakan terengganu, takut diorg x makan
akhirnya ibu pun masak ikan kerisi asam pedas
mlm2 buta nak cari daun kesom, mmglah x jumpa
akhirnya asam pedas ibu xde daun kesom
ish3...kuranglah enaknya...
sian kat mereka kerana makan masakan ibu yg ntah apa rasanya..huhu

Memandangkan atok & nenek datang terengganu, ibu amik cuti selama 3 hari
sgt2 suka kalu cuti + jalan2
keesokan harinya, kami pergi ke Taman Tamadun Islam (TTI) & Masjid Kristal
Ibu nampak semua org happy melawat TTI
Jom tengok gambar2 kat bawah:otw ke TTI, air-cond keta atok x berfungsi
cek2, rupanya tangki air air-cond bocor
so, tukar la yang baru

kami menunggu dgn penuh sabar
sejam gak la..

dgn aksi kanak2 riang
sampai di TTI
hujan renyai2 dan kadang2 lebat
terpaksa naik train ni sbb hujan
kalu x hujan, lebih seronok berjalan kaki je melawat monumen2 yg ada kat TTI ni

aliff neo ghazy yg cute miut
kakak aliff, yasmine aulya
cute kan pakai tudung..
farah lak x suka pakai tudung, aduhai anakku

farah basah kuyup
sengaja main hujan
mujur x demam balik umah
keluar daripada menonton tayangan sejarah Taj Mahal
xde la gambar ibu sbb ibu tukang amik gambar
gambar ayah xde kan??
apa nak buat, ayah sibuk cari $$$
kebetulan ayah dah janji dgn ayah long nak amik kelapa sawit hari ni
so, x boleh la nak cancel sbb dah janji dgn orang kan...
mcm tu la bila bekerja sendiri ni...

nenek, mokde (emy)+aliff & moksu
atok & nenek perhati cucu2 bermain

Then, hari ke 2, kami ke Masjid Terapung & Kolam Mandi di TER
TER ni stand for Terengganu Equestrian Resort
Macam2 ada disana
Tempat main bowling pun ada
Tapi x dpt la nak main bowling kan..
kang
ada budak tecik yg masuk ke lobang..huhu
maklumlah, anak2 kami ni aktif2 belaka
jakun nampak benda apa2 pun
mcm x penah jumpa..hahaha
ok, let see all pictures below:
sesi bermain sebelum mandi
farah tgh melompat nih..bahaya kan??

dok lepak2 sambil mkn2
start dah mandi..
susahla nak balik ni jawabnya
nampak penat dah along ni...
sebelum balik, singgah makan di kedai nasi beriyani di Marang
Harmoni sungguh suasana
betul2 tepi pantai
rindu kenangan bersama mereka di sini...
Kenangan bersama akan dikenang sampai bila2

Dan akhirnya, sampailah masa mereka balik ke Johor
Sangatlah sayu hati ibu ni
Susah nak lepaskan mereka pergi
Rumah kita kembali seperti sedia kala
Kalu budak tecik 2 org tu ada, gamat suasana
Ada la yang jadi tarzan (marah anak2)
14.12.11, dalam pukul 9.00 pagi, atok, nenek dan adik2 pun bertolak balik
punyalah sedih, sampai ayah pun ajak hantar mereka sampai simpang Bukit Besi
tp lalu highway la
Ada la dalam 40 minit...otw ke simpang Bukit Besi tu, along & farah dok dalam keta atok
mereka pun rasa sayang nak lepas sepupu2nya balik
saje bagi peluang kat dorang utk bersama sebelum berpisah
dorang pun tau sedih gak kan??
Saat bersalaman, sedih hati ibu
tapi adatlah bagi orang yang dah berkahwin..
terpaksa berpisah dengan keluarga
sampai je kat umah, terus sibuk2kan diri buat keje supaya sedih tu hilang....

HAPPY BIRTHDAY TO SAYANG IBU

23.12.2011 merupakan tarikh lahir along yang ke 5
Kebetulan jatuh pada hari Jumaat, jadi ibu pun plan buat birthday party along
buat party yang sederhana jer
menu pun bihun grg, mee grg, kopok & bubur kacang hijau jer
Birthday farah pulak adalah pada 29.9.2011
tp time tu, ibu cuma belikan kek & hadiah
xde jemput pun kawan2
so, kali ni saje ibu letak nama along & farah kat atas kek
5 btg lilin utk along & 3 btg lilin utk farah
tambah pulak 2 patung ultraman utk along & 1 angry bird utk farah
berjimat sangat kan ibu mereka ni...huhu




tgklah citer apa yg sedang mereka tonton tu..
x lain dan x bukan....ULTRAMAN

SEMOGA ANAK2 IBU SIHAT SELALU..
MEMBESAR BAGAI JUARA..
& MENJADI ANAK YG BERGUNA
IBU AYAH SGT2 SYGKAN KAMU!!


Tuesday, November 22, 2011

Raya Korban 2011

Sekarang dah pukul 12.53 pagi
Mata masih x boleh nak lelap
Teringat kat ayah & anak2 kat rumah
Ibu pun tengok balik gambar2 anak yang ada dalam laptop ibu ni
Kebetulan jugak gambar yang paling latest adalah gambar di hari Raya Korban yang lepas
dan belum diupload ke dalam blog ibu
so, layan je la gambar2 di bawah ini:

sementara menunggu saudara mara datang,
ayah & ibu melayan keletah anak2





Ngauman Skuad Harimau Muda

Lama menyepi dari mengupdate blog ibu ni
tp mlm ni semangat nak buat 1 entry tanda bangga kepada Skuad HARIMAU MUDA negara atas kejayaan mereka merangkul pingat emas di SUKAN SEA ke 26

Actually, sekarang ni ibu berada di Akademi Audit Negara,di Nilai Neg 9 menghadiri kursus
So, malam ni layan final bola sepak sorang2 je kat bilik
ditemani oleh emosi & debaran di hati
jangkaan ibu mungkin pingat emas milik Skuad Garuda Muda
memandangkan corak permainan mereka lebih baik ditambah lagi 3 orang pemain Skuad Harimau Muda tercedera
tapi itu hanya sangkaan, kat hati tetap berdoa semoga Skuad Harimau Muda bawa balik pingat EMAS ke Malaysia
Huh, mmg berdebar masa penalti tadi
Lebih2 lagi bila Ahmad Fakri gagal menjaringkan gol..aduhai...
Tapi perasaan mula stabil balik bila Ferdinan Sinaga pun gagal menjaringkan gol
hati berdebar2 bila Ketua Pasukan, Baddrol nak start tendang bola
bila masuk jer bola tu di gawang Indonesia, menitis air mata ibu ni
sangatlah emosi kan...over u...
btw, tahniah kepada mereka especially kepada Muslim Ahmad dan Khairul Fahmi Che Mat yang bekerja keras menyelamatkan bola daripada tembus ke gawang Malaysia
juga terima kasih kepada Ketua pasukan, Baddrol atas jaringannya yang menentukan pingat emas milik Malaysia...
Bangga menjadi rakyat Malaysia..
TAHNIAH!!!

Sunday, October 9, 2011

Jom Jahit Manik

menjahit manik
inilah dia aktiviti ibu di hujung minggu
selain melayan karenah anak2, sempat lagi menjahit manik
kebetulan semangat menjahit manik tu datang semula
dan kebetulan along sehari semalam dok umah makcik (hari jumaat)
dapatlah menjahit manik dengan aman sekali
adik kalu xde abang kat umah, kuranglah menjerit & menangis
kalu tidak asyik berbalah jer
yg sorang mengusik, yang sorang lagi menjerit...aduihh
dapatlah 3 helai baju (lengan je) walaupun jahitan manik yang simple2 jer..
ini dia 3 helai baju sutera yang telah diupgrade:





Happy 3rd Birthday Sayang

Lamanya x mengupdate blog ibu ni
maklumlah, sekarang ni sibuk wat kajian audit di hulu trg
maybe dok kat sana sampai akhir tahun
x dptlah nak update blog sokmo2
tp x kisahlah, kebetulah hari ni masuk opis sbb ada majlis perpisahan dgn staf audit yang nak bertukar ke putrajaya
dapatlah nak coret sikit cerita dalam blog ni

hari ni ibu nak citer sal birthday adik yang ke 3 tahun yang dah lepas
birthday adik sebenarnya pada 29 September
seminggu lepas dh berlalu
petang khamis tu ibu cuma belikan kek utk adik
then hari sabtu ibu bawak adik ke kfc
xtau nak belikan adik hadiah apa
nak beli baju, tiap2 bulan dh beli baju
nak beli teddy bear, adik x layan
nak belikan emas, duit x cukup..hehehe
xpela, birthday party adik nanti ibu buat sekali dgn along bulan disember ni...
ibu doakan semoga adik sihat selalu
juga menjadi anak yg cerdik dan baik


dua2 kena tiup lilin & potong kek
kalu x ada yg jeles..
nyanyi lagu happy birthday
daaaa.......

Monday, September 12, 2011

Open Opis-JANT 2011

Pada 11/9/2011. Jabatan Audit Negara Caw Terengganu telah mengadakan jamuan hari raya
Jamuan bermula jam 9 pagi bagi staf Audit dan 10 pagi bagi tetamu yang dijemput hingga 3 ptg
sangat penat pada hari ini sebab ibu adalah ajk makanan
jadi kena sentiasa pastikan makanan still ada dalam bekas dan air minuman mencukupi
ok, layan je la gambar2 dibawah...


menu pada hari itu:
1. mi & bihun goreng
2. nasi minyak
3. kuih muih
4. mi kari
5. rojak buah, buah-buahan, dadih
6.ketupat pulut, rendang ayam, serunding daging
7. roti jala kuah kari & kuah manis
8. sate ayam & sate ikan
9. mi soto
10. laksa kuah putih & laksamsangat banyakkan makanan??
errgggg...sangat kenyang
Alhamdulillah..

ibu & aisyah salehah
bos-bos
tetamu yang hadir

warga kerja
with kak nora (staf audit dalam KPM)
staf audit
ibu & x-staf JANT
penyambut tetamu
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...