Ibu ada followers ke??

Sunday, June 12, 2011

TAHNIAH pemain Terengganu!!!

Sangat bersemangat pagi ni pergi kerja
bila malam tadi Terengganu menjuarai Piala FA
Sebelum ni mana la ibu layan sangat bola sepak ni
Tapi kali ni rasa excited tu lain macam je
mungkin sbb dua2 pasukan dari negeri pantai timur
Anak2 lak terpaksa berebut channel dgn ayah
ayah nak tgk bola
dorg lak nak tgk Disney Channel
Tv kat bilik lak cuma dapat tv2, tv3 dan Ntv7 je
kalu dapat tv1, boleh gak ayah mengalah tgk kat bilik
at last, mereka setuju tgk upin & ipin kat lappy ibu

separuh masa pertama, kedua2 pihak masih mengekalkan telur ayam mereka
sama2 hebat
tp ibu tgk pemain Kelantan lebih agresif
pemain Terengganu lak lebih cool, steady & berhati2 di pertahanan mereka
semua cubaan gol dari pihak lawan ditangkis dengan baik sekali
ibu suka tgk muka penjaga gol Terengganu
sangat cool
then, lewat 15 minit sebelum tamat permainan, pemain Kelantan berjaya memboloskan jaring gol Terengganu dan membuatkan penyokong Terengganu sedikit kecewa
tp xpe, ada masa lagi
tengah sedap tgk bola, tiba2 anak2 ibu lak wat peel nak tido
merengek2
so, ibu pun mengalah dan membawa mereka ke bilik utk tido
masa ibu kat bilik, terdengar ayah bersorak dari ruang tamu
ayah kata ''yati, seri la''
aduh, lega sikit hati mendengar itu
lalu ayah pun masuk ke bilik bercerita tentang kejadian berlakunya gol Terengganu yang pertama
Then, x lama ibu nampak ayah pun masuk ke bilik tido sebelum permainan tamat
ibu tanya ''nape x tgk sampai habis bang,
nnti boleh cerita kat yati siapa yang menang''
lalu ayah jawab '' takut la nak tengok, takut Terengganu kalah''
dah, gitu la pulak
ibu ni lak nak tgk, tp terpaksa layan anak2 nak tido
pagi2 buta bangun tido, makcik (akk ipar) kol
dia tanya ''ti, keje x hari ni?''
''nape cik yah, Terengganu menang ke semalam'' ibu bertanya
''ye la, Terengganu menang, xtau ke??''
tersenyum ayah dengar Terengganu menang..
itula ayah...bersangka buruk, takut Terengganu kalah..
ibu amat berpuas hati sebab Terengganu menang
TAHNIAH kepada pemain2 Terengganu
even u all x menang pun mlm tadi, ibu ttp tabik kat u all
sbb u all bermain sehabis baik
dan sekarang bila u all dah menang, pasti dpt habuan yang telah dijanjikan
Semoga happy melancong ke Europe nanti...
untuk kami pula sabagi rakyat Terengganu, maybe cuti akan diumumkan sekali dengan kemenangan SUKMA
ntah2 dapat cuti 2 hari..hahahha...
mana tau kan???
daaaa...


Thursday, June 9, 2011

''ibu cuti ke hari ni?''


''ibu cuti ke hari ni''
lately,itulah yang along akan kata bila bangun dari tido
pagi tadi pukul 4pagi, xtau la mimpi apa
bangun2 terus nangis dan tanya ibu
''ibu cuti ke hari ni''
ibu jawab ''hari ni ibu keje, esok ibu cuti ye''
''ala, ibu kata hari ni ibu cuti, ibu asik keje je'' kata along sambil menangis
''ibu kena keje, nak beli baju along, buku along'' ibu cuba tenangkan along
mana x nya, nangis sampai teresak2..
ntah apa la yang along mimpi tadi sampai menangis mcm tu
kesian pun ada
nak marah pun ada sbb bising pagi2 buta
lastly, ajak along gi tgk tv cerita kartun dan bagi susu
x lama tu dia pun zzzzzzzzzzz semula
ibu rasa mungkin along boring dok umah
sekarang kan cuti sekolah
along berdua je dgn tok kat umah
adik kat umah mak ngah (pengasuh)
along asik tgk tv hari2
kalu kami ada, ada juga orang nak ajak bergaduh
dan x boring sbb dengar ibu berleter hari2
kesian anak ibu...
tadi sebelum pegi keje ibu pujuk along
''along jangan nakal dok ngan tok ye, esok ibu cuti''..
along mengganguk lemah...
adoyai along..

Wednesday, June 8, 2011

Plan Sudah Rosak...


Actually , this friday plan nak pegi Kelantan menghadiri majlis kawen opismate
Suddenly, member yang sorang ni lak x jadi sebab emak ayah dia balik dari Mekah pada hari itu
yang sorang tu pulak nak bermalam di rantau panjang
umah mak dia
malas la pulak nak main tido umah org ni kan
kalu hubby ikut boleh gak tido hotel ke
ni hubby kata, kalu gi majlis terus balik xpe
kalu nak shopping2, dia x nak
mungkin dia memikirkan keaktifan anak2
tu sebab x berani nak bawa ke tempat ramai org
(maklumbalas hubby sebelum keta dia masuk bengkel)

punyalah excited nak gi kelantan
Nak jalan2, shopping...
dah dapat permission pun dari hubby
hubby x dapat nak gi sbb keta masuk bengkel
apa ntah yang rosak, cip komputer box/board
ibu pun x sure la
malas nak amik tau sal keta2 ni
keta ibu lak, haram ayah nak bawa
x mencabar langsung
aduhai hubbyku

so, this weekend nak buat apa yer??
sila bagi cadangan kawan2....
tiap2 minggu menjahit baju pun x best gak kan??
macam terabai lak anak2 ibu nanti
cuti keje untuk melayan anak2..ngeee~~

Monday, June 6, 2011

breastfeeding

Assalamualaikum..
kepada tetamu yang sudi singgah ke blog ibu
hari ni ibu nak citer sal breastfeeding (FB)
Pada hari sabtu 4.6.11 yg lepas ibu ada bertandang ke rumah akk ipar di bukit apik, ajil
kebetulan abg ibu yg sulong (pak long kpd along & farah) balik trg
ibu ke sana sbb nak lawat baby 2ndnya yg lahir pada April yang lepas
masa di rumah tu, farah mcm biasalah,
lepas penat bermain dia akan mencari ibu dan cakap ''nak tek''
so BF la tu..
then bila pak long nampak, dia kata ''aik, masih menyusu lagi??''
''farah dh 2 tahun lebih kan??''
ibu pun mengangguk
umur farah dah 2 tahun 9 bulan
pak long sambung lagi ''elok ke dah beso menyusu lagi, bukan nanti dia hisap darah ke?''
hahaha, nak tergelak ibu...
x sangka dia boleh fikir macam tu
ibu fikir maybe wife pak long (mak long) x banyak produce susu kot..
tu mungkin pak long ingat semua org macam tu
pak long pun ada tekankan ayat ''digalakkan menyusu sehingga 2 tahun''
pada pendapat ibu, ayat di atas ditujukan kepada ibu2 yang berniat untuk tidak menyusukan anaknya
bagi ibu2 yang mmg ada niat untuk menyusukan anak sehingga lama mana yang mungkin,
ayat tersebut tidak berkenaan..
sebab ibu percaya, x semua ibu yang suka menyusukan anak,
especially ibu2 yang dah start bekerja
dulu ibu ada kawan yang mana dia terpaksa amik suntikan untuk stop pengeluaran susu
sebabnya dia x tahan nak pam hari2
kalu x pam, susu akan meleleh di baju
so kotorla baju kerja yang dipakai pada hari itu
bercampur lak dengan bau2an yang tidak menyenangkan..huhu

so apa pendapat kalian tentang BF ni?
TQ for the opinion & suggestion in advance..


Thursday, June 2, 2011

EXTERNAL HARD DISK

Alhamdulillah..
happy sangat hari ni sbb ibu dah dapat apa yang diinginkan
apa bendanya tu???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
~taraa~

portable external hard disk drive
500GB
cukuplah 500GB, ni pun dah cukup besar kapasitinya
bukan nak simpan apa pun
cuma gambar2 kenangan dan sewaktu dengannya
selama ni bukan x boleh beli lagi
tp maklumlah, kat Terengganu ni susah sgt nak jumpa PC fair
kalu diberi pilihan nak mahal ke nak murah
mestilah nak yang murah sikit kan??
hahahahha
(sangat berkira)
kebetulan ada sebuah kedai komputer berhampiran Wisma Persekutuan buat promotion
boleh la dapat dengan harga RM190 + cover dia
ibu pilih jenama Hitachi ni sebab:
1. lebih ringan (senang nak bawa hari2, masuk dalam handbag)
2. design / textured body yang lebih menarik
x lupa, ada warranty 3 years..
:) :) :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...