Ibu ada followers ke??

Sunday, June 12, 2011

TAHNIAH pemain Terengganu!!!

Sangat bersemangat pagi ni pergi kerja
bila malam tadi Terengganu menjuarai Piala FA
Sebelum ni mana la ibu layan sangat bola sepak ni
Tapi kali ni rasa excited tu lain macam je
mungkin sbb dua2 pasukan dari negeri pantai timur
Anak2 lak terpaksa berebut channel dgn ayah
ayah nak tgk bola
dorg lak nak tgk Disney Channel
Tv kat bilik lak cuma dapat tv2, tv3 dan Ntv7 je
kalu dapat tv1, boleh gak ayah mengalah tgk kat bilik
at last, mereka setuju tgk upin & ipin kat lappy ibu

separuh masa pertama, kedua2 pihak masih mengekalkan telur ayam mereka
sama2 hebat
tp ibu tgk pemain Kelantan lebih agresif
pemain Terengganu lak lebih cool, steady & berhati2 di pertahanan mereka
semua cubaan gol dari pihak lawan ditangkis dengan baik sekali
ibu suka tgk muka penjaga gol Terengganu
sangat cool
then, lewat 15 minit sebelum tamat permainan, pemain Kelantan berjaya memboloskan jaring gol Terengganu dan membuatkan penyokong Terengganu sedikit kecewa
tp xpe, ada masa lagi
tengah sedap tgk bola, tiba2 anak2 ibu lak wat peel nak tido
merengek2
so, ibu pun mengalah dan membawa mereka ke bilik utk tido
masa ibu kat bilik, terdengar ayah bersorak dari ruang tamu
ayah kata ''yati, seri la''
aduh, lega sikit hati mendengar itu
lalu ayah pun masuk ke bilik bercerita tentang kejadian berlakunya gol Terengganu yang pertama
Then, x lama ibu nampak ayah pun masuk ke bilik tido sebelum permainan tamat
ibu tanya ''nape x tgk sampai habis bang,
nnti boleh cerita kat yati siapa yang menang''
lalu ayah jawab '' takut la nak tengok, takut Terengganu kalah''
dah, gitu la pulak
ibu ni lak nak tgk, tp terpaksa layan anak2 nak tido
pagi2 buta bangun tido, makcik (akk ipar) kol
dia tanya ''ti, keje x hari ni?''
''nape cik yah, Terengganu menang ke semalam'' ibu bertanya
''ye la, Terengganu menang, xtau ke??''
tersenyum ayah dengar Terengganu menang..
itula ayah...bersangka buruk, takut Terengganu kalah..
ibu amat berpuas hati sebab Terengganu menang
TAHNIAH kepada pemain2 Terengganu
even u all x menang pun mlm tadi, ibu ttp tabik kat u all
sbb u all bermain sehabis baik
dan sekarang bila u all dah menang, pasti dpt habuan yang telah dijanjikan
Semoga happy melancong ke Europe nanti...
untuk kami pula sabagi rakyat Terengganu, maybe cuti akan diumumkan sekali dengan kemenangan SUKMA
ntah2 dapat cuti 2 hari..hahahha...
mana tau kan???
daaaa...


3 comments:

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...