last weekend, 19.10.12 selepas solat Jumaat kita bertolak ke Telok Kalung, Kemaman untuk meraikan hari bahagia Nurul Syahidah a.k.a anak sedara ibu & ayah, a.k.a sepupu along & farah..
Actually majlisnya pada hari Sabtu, tapi saja lah ibu ajak ayah pegi awal sikit..
bolehlah tolong2 potong bawang ke, buat hantaran ke...
bukan datang nak makan je kan...hehehe
ibu memang dah diasuh sejak kecil lagi..
kalu sedara mara buat majlis, mesti tolong rewang...
esok2 majlis kita, kita nak minta tolong orang jugakkan...
nak tolong makan senang...nak tolong buat kerja tu yg susah..haha
(panjang pulak lah ibu melalut ni kan)
k la,ibu proceed dgn cerita kita ke sana..:)
ni on the way ke Kemaman..
si debab farah yang x tido pun dalam perjalanan...
asyik bercakap x henti2 selain nyanyi lagu ''balik kampung''
tok pun nak join kita pegi awal..
kalu x nak pegi awal, bolehla naik keta makcik atau makngah esok (sabtu)
sampai2 terus cari si kecik yg cute, Syakila
gambar kat bawah ni pagi sabtu...
anak2 bangun awal pagi, myb x biasa tido kat umah orang kot...
awal pagi dah mandi & nak ikut ibu gi rewang kat umah sebelah..
majlis dibuat kat umah sebelah (umah tok Nurul belah mak dia)
umah Nurul ni sempit sikit...
kebetulan umah tok dia xde orang lain dah yang duduk..
mak Nurul suruh tunda dulu majlis tunang ni sampai lah umah baru mereka siap...
tapi jodoh datang dulu sebelum umah baru siap..hahaha
tu la ibu, yang berbaju t-shirt merah...
buat2 sibuk menolong kat dapur...
xde anak kecik xpe la kan..
setel kerja kat dapur, pegi kejap tengok umah baru mak ayah Nurul yang x siap lagi nih...
still in progress..
harap2 majlis kawen mereka nanti, umah ni dah siap...
luas sikit laman umahnya..
lepas Zohor majlis bermula...
ibu & Nurul kat bilik..
bilik sempoi jer sebab bilik orang kan...
sesi sarungkan cincin tunang...
Nurul & bakal mak mertua
Nurul & tunangnya, seorang pendidik...
x-student UPSI.. x sangka dia merupakan senior Kak G..
Nurul pulak bekerja sebagai Jururawat..
Nurul ni berusia 23 tahun, manakala tunangnya 26 tahun...muda lagi tu.. :)
tapi x boleh lawan MAKSUnya ni, bertunang masa umur 18 tahun,kawen umur 20 tahun..huahuahua
adik dengan MAKnya..
along xde gambarnya di pelamin...sebab dia sibuk nak makan..
padahal pukul 12.30tgahri tadi dah makan dengan ibu...
ni 2nd round pulak..
ibu & Nurul di pelaminan
Nurul & Kak G..mereka sebaya... tapi kak G belum sampai masa lagi..
Alah, bukan kak G xde calon lagi..
Aidilfitri baru ni ada je yang datang nak merisik, tapi apakan daya...
mak dia x berkenan la pulak... :'( aduhaiii..
antara hantaran belah lelaki & perempuan
Nurul lepas majlis...
time ni dorang baru balik dari pantai...
ada sesi shooting moting kat pantai...
saja ibu bak snap makeup dia..nampak simple but nice...
tapi sebenarnya Nurul ni memang cantik pun kan...
x makeup pun dah cantik..hahah
dalam pukul 5.30 ptg, kita pun gerak balik...
awal sikit tu sebab nak tengok final bola malam tu...
ATM Vs Kelantan (TRW)
view yang cantik sepanjang perjalanan balik..
special pose from ibu, taken by along yang comel..hikhik..
pandai pulak dia amik gambar macam nih...
jam 8 malam kita selamat sampai uamh kita..sampai umah terus kemas2, mandi, solat, basuh baju & mandi anak2 dibantu oleh ayah yang ibu sayang..
semuanya selesai dengan cepat dan boleh tonton tv dengan amannya...
daaaaa...
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!