Ibu ada followers ke??

Monday, April 29, 2013

Selamat Bertunang Fiza..

Ahad, 28.4.2013, majlis pertunangan kak fiza a.k.a sepupu Kak G/along/farah pulak..
buat majlis dekat2 tu.. penat denn..hehe
So ibu terpaksa amik cuti memandangkan Ahad merupakan hari bekerja di Terengganu..
seawal 8.00 pagi selepas hantar anak2 ibu ke sekolah, ibu + ayah & tok terus ke rumah ayahteh di Bukit Payung...

pelamin yang simple..

Kak G dirisik orang

Pada 27.4.2013 yang lalu (Sabtu), telah diadakan Majlis Merisik di rumah makcik..
merisik siapa?? off course la Kak G.. satu2nya anak perempuan kat rumah tu..
seawal 8.00 pagi ibu & anak2 dah ada kat umah makcik, nak tolong2 masak apa yg patut.. 

Monday, April 22, 2013

tupperware lagi :)

Lama gak mencari jug mcm ni.. 
tanya stokis/member ibu xde stok sokmo :(

Thursday, April 18, 2013

t u p p e r w a r e ~ u p d a t e d ~

tupperware ohh tupperware!
amatlah menggoda jiwa & raga..
dengan kaler2 mu yg menawan :)

Sebenarnya ibu ni bukanlah tupperware 'collector' macam kawan2 ibu yang lain..
sebab arwah mak ibu pun x pakai bekas2 plastik yang comel & mahal ni... pakai yg biasa2 je...
that's why la ibu x terdedah kepada barangan tupperware ni..
tapi sejak berkawan dengan Kak Nora, Cik Yann, Cik Hariana & Cik Earnie (antara orang yang passion giler kat barangan tupperware ni) baru la ibu try membeli sikit demi sikit.. mengikut keperluan..
bukan untuk menjadi koleksi yer :)
Lagipun tempat menyimpan pun xde kalu nak buat koleksi..hihi 

Monday, April 15, 2013

Kenangan Silam | Kehidupan Ayah & Ibu Selepas Berkahwin

Ibu & ayah bernikah pada 7 Disember 2003
selepas tu ibu & ayah tinggal di Johor Bahru, menyewa rumah di Kg. Melayu Majidee..
Masa tu ayah bekerja di kilang Kenwood Larkin..

ibu pulak masih study di UiTM Segamat (3 jam perjalanan dari Johor Bahru)
jauh gak kan??
every week je ibu balik jumpa ayah.. kesian ayah kena tinggal.. :)

di awal perkahwinan.. muda remaja gitu kan..

Sunday, April 14, 2013

Kenangan Silam | Ibu Di Zaman Universiti

DIPLOMA PERAKAUNAN @ UiTM SEGAMAT, JOHOR

Entry sebelum ni, DISINI ibu ada cerita tentang kisah ibu masa di zaman persekolahan.
tahun 1996 hingga 2000..
Now ibu nak cerita kisah hidup di universiti pulak...
Sebelum ibu melanjutkan pelajaran di UiTM ni, ibu dapat offer sambung Matrikulasi dalam bidang Perakaunan di Kolej Yayasan Perak, tapi ibu tolak..
sebabnya hanyalah semata2 kerana x nak pakai baju uniform..
Matrikulasi dulu2 kena pakai uniform macam baju sekolah..
Impian ibu nak menjalani hidup seperti siswazah yang berbaju kurung warna/corak bebas seperti di Universiti...hehe..
mujur atok x kisah....

Saturday, April 13, 2013

along cabut gigi

lepas berbuka puasa di Water Front, ibu decide nak cabut gigi along yg kat depan ni..
sebelum tu solat Maghrib dulu kat Water Front sebab memang x sempat nak balik rumah..
dengan nak pegi klinik gigi lagi, harus x sempat
gigi along yg sumpik ni sebenar lama dah.. jatuh kat tangga rumah makcik masa usia along 4,5 tahun.. ibu pun x ingat... 
memandangkan gigi ni dah goyang2, better la dicabut untuk bagi laluan ke gigi baru nak tumbuh...

berbuka puasa

Khamis minggu lepas, ibu puasa lagi... maklumlah, x sampai 100 hari dah nak menjelang bulan Ramadhan..
puasa yg tertinggal perlu diganti balik..hehe
berbuka puasa kali ni ayah nak belanja nasi arab di Al-Edrus kat bandar Kuala Terengganu

yang ke 3 sudah!!

entry DISINI ibu ada cerita pasal beg sekolah along yg kedua...
entry kali ni, beg along yg ke 3 pulak..
Alkisahnya beg kaler merah tu awal2 dah koyak.. tapi ibu xde cerita..
then pakai beg biru ni semula sebab masih molek..
bulan April ni, tengokla apa dah jadi..  

Tuesday, April 9, 2013

Karakter Anak Ke 2

Godeh punya godeh kat facebook ibu jumpa maklumat ni..
KARAKTER ANAK KE 2..

Siapa ANAK KE-2 dalam family JOM baca fakta ini!!!!!!!!!!

1. ANAK MANJA EMAK ♥

sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.


2. ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata...

 semua dia aje yg betul... kemahuan dia kuat...
kalau buat sesuatu sungguh-sungguh...
kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya..
 boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

Monday, April 8, 2013

makan makan makan

Alkisahnya semalam ibu kelaparan, sebabnya makan pagi hanya makan kepok lekor goreng yg sedap atas pasar payang..
menjelang waktu lunch, ibu godek2 la akaun facebook 'Norlia Musa'
mak oii menitis air liur teringin nak makan durian crepe, pavlova, lasagna & melty choc seperti gambar dibawah..
yummyyy..
so apa lagi, terus call Cik Lia sebab sebelum ni ibu biasa dah beli dengan dia..
kebetulan dia cuti bekerja semalam, semua makanan di atas ada kecuali lasagna..
pukul 12.45tghari dah kuar opis nak pegi umah Cik Lia.. mengalahkan orang mengandung la pulak kan..hahah
sama naik dengan Cik Marita (kawan opis ibu)..

Saturday, April 6, 2013

seronoknya bermandi manda | Sungai Menerung

Lama dah rasanya kita sefamily x berendam...
last kita mandi kolam di Residence Resort, Paka pada bulan Disember 2012.. 
kali ni ayah yang plan nak mandi sungai...
plan hampir batal bila hujan turun tiba2 pada jam 2 ptg... tapi hujan x lama, pastu panas balik... tu yg jadi pegi jugak sbb dah janji dgn anak2... sian pulak dorang kalu x jadi pegi..

kita mandi kat tempat biasa... kat sungai Menerung, dekat dengan Tersat Kuala berang..
sampai2 ibu tengok banyak keta kat sana..
glamour jugak tempat ni..hehe
Kak G pun ikut sama..

Friday, April 5, 2013

Kenangan Silam | Zaman Persekolahan Ibu

Tetiba ibu teringat zaman persekolahan ibu dulu2...
kenangan manis yang mustahil dapat diulang semula...
so hari ni mood ibu nak scan sebahagian gambar2 lama untuk disemadikan dalam blog family kita ni..
boleh gak along & farah baca kisah kehidupan ibu di zaman persekolahan nanti.. :)

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU PENGGELI
Ibu sekolah rendah kat sini dari darjah 1 sampai darjah 6..
gambar kat bawah ni ibu jadi pengawas yang dilantik masa ibu darjah 3..
masa gambar ni diambil ibu darjah 6..
kalu nak tahu, baris kedua dari depan ialah Makde (kanan sekali yg tudung putih)
nape x tau makde x pakai tudung hijau..maybe masa tu tudung dia kotor kot.hehe


Thursday, April 4, 2013

umah Mak Ngah No. 2

Semalam balik keje ayah ajak amik anak2 kat tapak umah baru Mak Ngah..
Mak Ngah nak buat umah baru..
Lama dah tanah ini Mak Ngah beli tapi dibiarkan jer..
Tanah ni kebetulan ada orang terdesak nak pakai duit, tu yg cepat2 je Mak Ngah sambar..
untungla badan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...